Wednesday, April 23, 2014

LAWATAN PENGERUSI SPAD KE KLIA 2


Pihak Express Rail Link akan mula beroperasi dan menerima penumpang ke KLIA2 dengan rasminya pada 2 Mei 2014. Oleh itu, satu lawatan rasmi telah dilakukan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid degnan diiringi Puan Noormah Mohd Noor, CEO ERL.

Setelah pihak SPAD menerima permohonan dari pihak ERL untuk melanjutkan perkhidmatan mereka ke KLIA 2, permohonan mereka telah dicadangkan kepada Perdana Menteri dan pada 14 April 2014, SPAD telah mengeluarkan lesen untuk ERL beroperasi.

Selepas ERL diberi lesen untuk memulakan operasi, perkhidmatan KLIA Ekspres akan meneruskan perkhidmatan terus tanpa henti dari stesen KL Sentral ke KLIA yang memakan masa 28 minit, dan laluan pulang juga akan melalui stesen KLIA. Jumlah masa yang akan diambil dari stesen KL Sentral ke stesen terminal lapangan KLIA 2 pula ialah selama 33 minit, termasuk waktu berhenti di stesen KLIA selama 2 minit.

Apabila perkhidmatan ini disambung ke stesen KLIA 2, penumpang-penumpang yang tinggal di kawasan Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Cyberjaya dan Salak Tinggi akan berpeluang terus pergi dan balik dari KLIA melalui keretapi dengan lebih mudah, selesa dan menjimatkan masa berbanding melalui perjalanan pengangkutan lain.






Pihak SPAD telah berpuas hati setelah pemeriksaan dibuat terutamanya yang berkaitan pengangkutan awam. SPAD juga telah diberi penerangan mengenai tambang
yang dikenakan di mana ia adalah sama seperti tambang yang dulu, cuma tambahan tambang sebanyak RM2 saja dikenakan bagi perjalanan ke KLIA2.

Dalam siri lawatan ini juga, pihak SPAD mengambil kesempatan untuk melihat sistem teksi dan bas di terminal pengangkutan awam. Dan bagi pihak SPAD, semua pihak
yang terlibat dengan pengangkutan awam seperti operator dan queue manager yang mengendalikan koupon berpuas hati dan adalah mustahak memastikan ia tidak
membebankan penumpang-penumpang yang hendak datang ke KLIA2.

Di samping itu, pihak SPAD juga juga berpeluang berbincang tentang signage dan perkhidmatan-perkhidmatan di KLIA2 yang melibatkan pengangkutan awam.

Pada keseluruhannya, Tan Sri Syed Hamid selaku Pengerusi SPAD sangat berpuas hati dengan pelaksanaan yang melibatkan pengangkutan awam di KLIA 2.

No comments: