Friday, April 11, 2014

SPRM-IRDA BINA KEYAKINAN PELABUR ASING... SYABAS JOHOR!


Apakah tahap indeks rasuah Malaysia di peringkat yang sangat kritikal sehingga menyebabkan pelabur-pelabur asing tidak lagi menaruh keyakinan terhadap Malaysia walaupun dari segi prasarana pelaburannya lengkap?


Semuanya telah diperjelaskan oleh pihak SPRM di dalam satu program "Luncheon Talk" SPRM Johor bersama pelabur-pelabur asing yang melabur di IRDA pada 7 April lalu di di Hotel Grand Paragon Johor Bahru dan disertai komuniti pelabur asing terdiri dari negara Jepun, China dan Singapura.  



Pelabur-pelabur asing di Johor seharusnya berasa beruntung apabila program penjelasan ini merupakan yang pertama kali diadakan terutama yang melibatkan pelabur dari luar negara.

Dato' Hisham Nordin bersama pihak pengurusan IRDA







Dalam penerangan tersebut, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Haji Mustafar Ali menegaskan kerjasama di antara SPRM dan IRDA mampu membentuk keyakinan dan persepsi positif kepada pelaburan asing ke ISKANDAR Malaysia. SPRM juga sentiasa menggalakkan keperluan mencegah rasuah dari kerjasama semua pihak.

Kerjasama di antara SPRM dan IRDA merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan kerajaan amnya dan SPRM khasnya dalam membenteras segala bentuk rasuah serta memberi penjelasan dan penerangan mengenai iklim pelaburan sihat di Malaysia. Pelabur-pelabur tidak perlu khuatir dalam apa jua bentuk birokrasi yang ada terutama mengenai  segala bentuk persepsi  negatif terhadap pelaburan di Malaysia.

Datuk Mustafar juga menegaskan bahawa SPRM tidak akan berkompromi terhadap isu-isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. SPRM akan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi menggerakkan usaha-usaha pencegahan dan penerangan di masa akan datang terutamanya yang melibatkan pelabur-pelabur asing di Malaysia.

Pelabur-pelabur akan dapat melihat betapa seriusnya komitmen SPRM apabila setiap kelemahan terhadap sistem dan prosedur yang mampu memberi ruang dan peluang
rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa akan dikaji rapi serta diambil tindakan.

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan keberkesanan tindakan SPRM bagi memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur asing ini, program penjelasan tersebut perlu diadakan secara berterusan dan berulang kali agar mereka sentiasa mendapat penerangan yang lebih jelas demi meningkatkan keyakinan mereka. 

Syabas kepada kerajaan Johor yang telus mengambil langkah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing dan juga kepada bakal-bakal pelabur.

No comments: