Saturday, September 10, 2016

MCA : GUAN ENG JANGAN SELINDUNG KESALAHAN LIM SIEW KHIM


Apabila Ketua Menteri Pulau Pinang dan beliau juga adalah setiausaha agong DAP menganggap yang kesalahan amalan rasuah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN DAP) Sungai Pinang , Lim Siew Khim sebagai menegakkan undang-undang, jelas sekali yang kerajaan DAP tidaklah sebersih dan setelus seperti yang sering dilaung-laungkan. Paling malang bagi rakyat Pulau Pinang apabila 'duit kopi' seperti satu kemestian jika hendak mendapatkan rumah kos rendah.

Apabila video pertama diviralkan, Siew Khim tegas menafikan mengetahui amalan menguitp 'duit kopi' berlaku dan mudah menuduh ia bertujuan politik dari pihak lawannya samada MCA mahupun Gerakan. Tetapi apabila pendedahan kedua dikeluar di media sosial yang jelas menunjukkan Siew Khim mengetahui amalan 'duit kopi' serta penglibatan bapanya, beliau terus menghukum bapanya pula.

Mula-mula nafi, kemudian salahkan MCA dan Gerakan, kemudian salahkan bapa sendiri pula tetapi DAP tetap tidak melihat ia sebagai kesalahan dan enggan membuat sebarang siasatan tetapi menutup kes ini walaupun sukar bagi rakyat menerima alasan-alasan mereka.

Bagi MCA, sikap Siew Khim yang cuba untuk lari dari kesalahan samada beliau menyedarinya ataupun tidak, ia tidak seharusnya berlaku dan dibenarkan. Jelas di antara Guan Eng dan Siew Khim, mereka mempunyai persamaan. Mereka akan keluarkan komen yang bercanggah sesuka hati setiap kali bukti baru muncul dan sengaja melupakan apa yang pernah dikatakan terdahulu.

Bayangkan jika amalan rasuah ini berlaku ke atas mana-mana pemimpin Barisan Nasional, bukan sekadar mereka akan dikritik DAP malahan mereka akan mendesak agar pemimpin BN yang terlibat untuk melepaskan jawatan. Tetapi apabila amalan tidak bermoral ini berlaku kepada pemimpin mereka, terserlah amalan double-standard dan juga hilang segala prinsip yang dilaungkan untuk berlaku jujur dan ikhlas kepada rakyat.

Bukankah dengan jelas mereka mengkhianati dasar Kecekapan, Amanah serta Telus (CAT) yang diperkenalkan mereka sendiri?

MCA melihat DAP sangat konsisten dalam cara mereka menyelesaikan skandal pemimpin-pemimpinnya di mana mereka dengan mudah membuat tuduhan ia adalah muslihat politik lawan. Dengan dakwaan-dakwaan DAP yang samada MCA mahupun Gerakan sedang memangsakan mereka demi pergelutan politik, MCA ingin bertanya samada ketika Guan Eng membeli banglonya dengan harga di bawah nilai pasara dan Phang Li Koon pula menjualnya kepada Guan Eng, apakah ini juga satu desakan dan paksaan dari MCA?

Oleh itu Jawatankuasa Disiplin DAP perlu menyiasat perkara itu dan menjawab kepada mangsa-mangsa terlibat dan juga orang ramai dan bukan sekadar seperti apa yang dikatakan Guan Eng - 'Saya percaya dia' untuk membuktikan yang Siew Khim tidak bersalah. Janganlah kerana ingin mendapatkan sokongan DAP Pulau Pinang, Guan Eng bertindak melenyapkan kebenaran dan membenarkan amalan sogokan rasuah di Pulau Pinang pula.

No comments: