Tuesday, June 23, 2015

MCA : PENGECUALIAN VISA UNTUK PELANCONG CHINA MAMPU BERI FAKTOR 'WOW'

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 8.6 peratus dalam bilangan ketibaan pelancong pada suku pertama tahun ini berbanding tahun lepas untuk tempoh yang sama daripada 7.091 juta kepada 6.482 juta.

Dalam peratusan, pelancong Finland telah menurun pada 30.1 peratus, berikutan dengan pelancong dari Sri Lanka pada 28 peratus, China penurunan sebanyak 27.1 dan Australia turun kepada 22.7 peratus. Pelancong dari China merupakan jumlah yang terbanyak walaupun telah merosot daripada 520,466 kepada 379,265.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelancongan di Parlimen dan antara lain telah membincangkan cadangan strategi 'QUICK WINS' untuk menangani dan mengatasi penurunan dalam ketibaan pelancong dan juga kepada prestasi pelaksanaan 'Tahun Malaysia Perayaan 2015 (MyFEST 2015).

Di antara intipati cadangan adalah pengecualian visa bagi pelancong China dan pada yang sama, Kementerian Dalam Negeri telah memulakan percubaan visa percuma untuk tempoh pelancong dari negara China.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyokong sepenuhnya inisiatif ini memandangkan perkara yang mampu menghalang minat pelancong China ke Malaysia adalah kerana proses permohonan visa yang memakan masa.

Dengan inisiatif yang telah diluluskan kabinet, maka ia mampu memberikan faktor 'wow' untuk menarik mereka ke Malaysia sebelum negara-negara lain mencuri perhatiankepada mereka.

Datuk Liow juga berpandangan seandainya Malaysia boleh membuka pintu baru dan memudahkan pelancong dari negara China ini, beliau yakin jumlah ketibaan akan mampu ditingkatkan.

Dari maklumat yang terkumpul telah menunjukkan pelancung negara China sangat suka melawat Malaysia kerana pemandangan dan pantainya dan juga kawasan-kawasan membeli-belah.

Pada pandangan Datuk Liow, inisiatif pengecualian visa ini juga akan dipertimbangkan untuk pelancong dari negara-negara Asia yang lain di masa akan datang, namun sambutan dari negara China perlu dilihat mampu meningkatkan jumlah pelancongnya terlebih dahulu.

No comments: