Monday, September 29, 2014

DATO & GENG SPENDA AKHIRNYA DIKENALI DAN DIDAKWA

Pernah dengar tak, jika nak buat perangai hodoh atau nak buat jenayah di usia muda, kita masih boleh katakan dia budak dan masih ada masa untuk bertaubat tetapi jika sudah hampir usia warga emas yang buat, apa yang boleh dikatakan?

Sepandai-pandai tupai melompat, lambat laun akan ke tanah jua dan sepandai-pandai menutup menerima rasuah, akhirnya tertangkap jua.

Itulah yang terjadi kepada mereka-mereka ni;




Jika dilihat gambar-gambar di atas,  apa perlu muka ditutup dengan seluar dalam? Malu? Dan kini, dikatakan wajah Dato bertopeng spenda Renoma telah diviralkan di media sosial... 

Wajah Dato' Mohd Isa Endot... dari Google Image
Lagipun, bukankah pihak media tidak dibenarkan menyiar wajah-wajah OKT yang ditahan?

Tak perlulah hendak tunjuk protes dan pihak SPRM pun ada nasihatkan OKT supaya jangan gunakan seluar dalam jika pun ingin tutup muka. Lagipun, apa guna undang kontroversi jika selepas pertuduhan disebut, nama masing-masing akan disebut. Hari ini, semua maklumat dihujung jari.

Cuba nilaikan pertuduhan terhadap pegawai-pegawai kastam ini;
Dato' Mohd Isa Endot, 55, Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdepan dengan empat (4) pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 melibatkan jumlah suapan RM8,000 sebagai bayaran bulanan dan wang perlindungan bagi melindungi dan melicinkan proses untuk segala urusan di Kastam Kuala Lumpur dari Mei ke Ogos 2014 di Pejabat Pengarah Kastam Kuala Lumpur. Hakim menetapkan wang jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin dan pasport ditahan.

Wan Azman Wan Ali, 47, Penolong Kanan Pengarah Kastam II Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdepan lima (5) pertuduhan iaitu satu (1) dibawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 kerana meminta suapan berjumlah RM2,000 daripada 'A' di Cawangan Pergudangan Kastam KL dan empat (4) pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana meminta dan menerima wang berjumlah RM8,000 daripada 'A' di mana beliau mengetahui 'A' mempunyai hubungan rasmi dengan Dato' Mohd Isa Endot, Pengarah Kastam KL, dari Mei ke Ogos 2014 di sekitar Lembah Klang. Hakim menetapkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan pasport ditahan.

Shamsul Anwar Mohd Radzi, 32, Penguasa Kastam Kuala Lumpur turut berdepan dua (2) pertuduhan bersama Azlee Mohamed Yusof, 48 tahun, Pegawai Kastam Kanan Kastam Kuala Lumpur melibatkan wang suapan perlindungan berjumlah RM3,000 agar tidak mengganggu perniagaan pada Julai dan Ogos 2014 di Kelana Jaya, Selangor. [Azlee dituduh kali ke-3 hari ini di mana beliau telah didakwa dua kali sebelum ini]. Hakim menetapkan wang jaminan sebanyak RM 8,000 dengan seorang penjamin dan pasport ditahan.

Mohamad Helmi Burhanudin, 37, Pembantu Penguasa Kastam Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Kastam menghadapi tujuh (7) pertuduhan menerima suapan secara bulanan yang keseluruhan berjumlah RM14,000 dari Februari sehingga Ogos 2014 sebagai dorongan tidak menganggu lori kepunyaan 'A' atau yang mana 'A' mempunyai kepentingan yang keluar dari kawasan Pelabuhan Bebas Klang. Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan pasport ditahan.

Mohamad Fauzi Kamsar, 33, Pembantu Penguasa Kastam berdepan dengan dengan tiga (3) pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 berjumlah RM4,200 sebagai dorongan tidak mengganggu aktiviti penyeludupan arak semasa operasi pemeriksaan dari Jun ke Ogos 2014 di Kelana Jaya, Selangor. Hakim menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport ditahan.

Pengarah Kastam WPKL Dato Isa Endut dan 5  Pegawai Kastam Pelbagai Pangkat dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah Shah Alam melibatkan 21 Pertuduhan Rasuah dengan nilai suapan RM39,200.

Sejak 3 September lalu, seramai 43 individu telah ditahan termasuk seorang pada 27 September 2014, bagi membantu siasatan SPRM berkaitan ketirisan hasil kerajaan melibatkan penyeludupan rokok dan arak menggunakan Zon Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.

Tarikh sebutan bagi ketujuh-tujuh kes adalah 30 Oktober 2014.

Jika dilihat kepada suapan yang Dato dan rakan-rakannya ini terima tidaklah banyak tetapi rasuah yang diterima itu adalah untuk melindungi kegiatan haram. Mereka ini berkhidmat sebagai Pegawai Kastam dari Kastam Di Raja Malaysia tetapi yang menyedihkan, sepatutnya mereka membanteras segala jenis penyeludupan dan segala kegiatan haram dan tidak menerima rasuah demi lambang yang digunapakai.

Perlu diingat, mereka yang menerima dan memberi rasuah adalah seorang pengkhianat negara.

No comments: