Thursday, January 23, 2014

MENJAWAB TUDUHAN TROOPERS TERHADAP PENGERUSI SPAD MENYALAHKAN IBUBAPA

Gerakan untuk membenci pemimpin-pemimpin kita sedang giat dilakukan "troopers" berhaluan kiri. Kini target mereka adalah Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Dengan hanya mengambil tajuk berita yang disensasikan di portal MyMediaHub dan ditambah lagi dengan ayat-ayat menghasut untuk menimbulkan kebencian, maka inilah hasilnya...

 
Apakah benar Tan Sri membuat kenyataan begitu?

Apa sebenar yang Tan Sri maksudkan?

Berikut adalah kata-kata Tan Sri ketika sidang media selepas melancarkan Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP;
 
"Pemilik bas sekolah naikkan tambang, problem kita sebenarnya dia naikkan…ibu bapa willing to pay..so there is no report to take action against them"

Inilah sebenarnya penjelasan yang tepat...

Apa yang berlaku ialah apabila ada kesanggupan ibu bapa murid untuk membayar kos tambang yang di minta oleh pengusaha bas sekolah tanpa membuat aduan kepada pihak SPAD. Sedangkan pihak SPAD tidak pernah membenarkan pengusaha bas sekolah untuk menaikkan tambang bas sekolah mereka. - OB21net 

"Kadar kenaikan ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayar, dan selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan.   Kita sudah beritahu sekiranya dapat laporan kita akan menyiasat dan jika ada bukti kita akan dakwa di mahkamah, Tetapi jika kita ambil tindakan  seperti batalkan lesen, bagaimana pelajar mahu ke sekolah? Kita tidak boleh bertindak bertindak bersandar kepada rungutan. Tak ada sesiapa  yang mahu tampil ke depan, berikan bukti dan mahu ke mahkamah. - Agenda Daily


Jelas dan terang, Tan Sri tidak menuduh kenaikan tambang bas sekolah kerana ibubapa tetapi apa yang diperkatakan Tan Sri ialah sikap ibubapa yang hanya bersetuju membayar kenaikan tambang bas sekolah dan mereka yang hanya bersungut tetapi tidak membuat sebarang laporan kepada SPAD untuk diambil tindakan.

Kepada rakyat Malaysia, berhati-hati dengan hasutan pembangkang dan disarankan agar kita sentiasa mengajar diri kita untuk mendapatkan penjelasan seterusnya...

Portal-portal pembangkang memang enak dibaca tetapi tanamkan di dalam diri kita... BOLEH PERCAYAKAH?

Blog ini telah menulis mengenai pendirian SPAD terhadap keangkuhan Persatuan Bas Malaysia mengugut kerajaan untuk menghentikan operasi bas sekolah mereka sekiranya permintaan mereka untuk menaikkan tambang sehingga 40% tidak dipenuhi walaupun pada awalnya mereka telah bersetuju untuk berbuat sedemikian selepas March tahun ini... DI SINI

Blog ini juga telah mengeluarkan kenyataan media yang telah menegaskan tiada kenaikan tambang bas sekolah...

Inilah cara pihak media pembangkang yang mencari bahan dan dengan jelas bertujuan mewujud kebencian rakyat kepada pemimpin-pemimpin kita, namun satu tuduhan melulu media pembangkang yang perlu kita ketawakan ialah...
 



1 comment:

Anonymous said...

SPADA patut selesaikan ini sebelum 1st January 2014 ia itu sebelum ssekolah buka. Apapasal tidak berbuat demikian?