Sunday, November 02, 2008

NIZAR .... ANAKANDA NAJIB




AgendaDaily berkesempatan menemui seorang anak muda ketika Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Titiwangsa.

Pemuda yang dimaksudkan ialah Mohd Nizar yang berusia 30 an ini adalah Ketua Pemuda UMNO cawangan Jalan Daud, Zon Kampung Baru dalam Bahagian Titiwangsa. Bakal bapa kepada dua anak ini, tidak mahu orang ramai atau perwakilan mendekatinya dan tidak mahu diberi layanan istimewa.

APA KATA ANAKANDA MENGENAI PENGLIBATAN DI DALAM POLITIK :
  • "Biarlah saya bermula dari sini (cawangan). Saya ingin lalui proses dari bawah... doakan saya."
  • Beliau ingin mengenali UMNO daripada peringkat bawahan bukannya terus ke puncak menggunakan kelebihan kedudukan ayahandanya.
  • "Saya tahu, ini memang unik tetapi bukan advantage... saya kena guna dengan betul, elak makan diri."
  • Ayahanda tidak menghalang beliau terjun ke dunia politik selepas mereka dan keluarga berbincang, "Ayahanda harap saya berfikir sendiri dan tak paksa."

MENGAPA UMNO? :
  • Banyak memberi sumbangan kepada rakyat khususnya orang Melayu.
  • UMNO perlu harus hidup dempi masa depan Melayu.
  • UMNO perlu kekal demi politik dan ekonomi orang Melayu.
  • Golongan muda perlu mengenang jasa UMNO dan berjuang memastikan kesinambungan parti itu.
  • Kecewa kerana golongan muda tidak mahu mengenali dan mendekati UMNO sebaliknya menentang dan membenci.
Serba ringkas ulasan temubual oleh Agenda Daily.


Deep Tots :
  • Jom kita perhatikan gambar Nizar secara close-up supaya seandainya kita terserempak Nizar samada di Kampung Baru atau di Jalan Maktab ataupun di Kuala Lumpur, kita tidak akan tersalah menegur.



  • Selamat datang ke dunia politik dan UMNO. Mungkin Adik Nizar bukan baru bergelumang di dalam keluarga politik tetapi masih hijau di dalam berjuang bersendirian.
  • Jawapan kenapa UMNO? Itu memang cara budaya UMNO menjawab. UMNO tidak akan menyalahkan diri sendiri tetapi gemar menyalahkan orang Melayu dan rakyat.
  • Ingin tahu kenapa orang Melayu dan rakyat membenci UMNO? Kami tidak mengenang budi? Sebenarnya, kami tidak membenci UMNO tetapi kami 'KECEWA'.
  • Beza antara orang UMNO dan orang Melayu, antaranya ialah - orang UMNO menuduh tetapi orang MELAYU memujuk, orang UMNO suka mencabar tetapi orang MELAYU suka menjelaskan, orang UMNO suka setia kawan tetapi orang MELAYU suka berkampung, orang UMNO sinonim dengan politik wang tetapi orang MELAYU sinonim dengan politik perjuangan, orang UMNO suka berdebat tetapi orang MELAYU suka bermuzakarah, orang UMNO suka mendabik dada tetapi orang MELAYU suka muhasabah diri, orang UMNO tidak akan mungkin menguasai orang MELAYU tetapi orang MELAYU akan pasti memerhatikan orang UMNO.... OLEH ITU, JANGAN SAMAKAN UMNO ITU MELAYU DAN MELAYU ITU UMNO!
  • Yang maha penting ialah, RAKYAT BUKAN MILIK UMNO TETAPI UMNO AKAN DITENTUKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA.
  • Sekiranya Nizar ingin tahu kenapa orang Melayu kecewa dengan UMNO dan ingin kenali UMNO dari peringkat bawah... silalah bersama-sama kami di dunia blog ini. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan Nizar. Berani berubah untuk UMNO!
  • Good intentions are just not enough, yet to be proven! Selamat berjuang untuk Nizar... we will be watching you and convince us!


5 comments:

Anonymous said...

ya..slmt datang ke-dunia politik,cuma jangan la jadi macam lain-lain pemimpin-pemimpin united malays national organisation yang merupakan PENCURI BESAR,yang telah mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat sejak 51 tahun..apa kata HIDUPkan SOSIALISMA..!

mantra-indeeptots said...

Jangan risau cucu pa kasim! Suara rakyat mengatasi segalanya.

Lambat laun, yang salah pasti kita dedahkan.

Anonymous said...

Aku kenal Nizar masa dia buat 1st degree di Nottingham University. Orangnya very humble malahan pernah aku ajak gi dengar tazkirah dari group Hizbi...dia pegi.

Aku harap dia tak berubah dengan sikap yang lebih murah senyum dari berbangga

HARAP AKU LAGI...Kalau nak suruh kenal AMNO (UMNO)...cubalah kenal PAKATAN RAKYAT....kenapa rakyat marhean lebih setia pada PR!

mantra-indeeptots said...

Nizar is Najib's son with his first wife. Thats why the humble character shows...

Anonymous said...

biring sikunani...?

ko nie sapa dah? Aku pun ade kenai di masa dia kek nottingham dulu. memang dia ade join bile ada tazkirah grup hizbi dulu!

Aku harap kawe kita tu si nizar lebih baik dan berhemah dari bapak dia dan mengaku bahwa meno nie memang malaun songlap duit hahahah!