Sunday, May 18, 2008

PAK ALI ... AKAN MENYALAK LAGI!!!

MOHD ALI PERTAHAN JAWATAN NAIB PRESIDEN?
(Perwakilan jangan terbeli dengan manis di bibir)

oleh Acan Lok


Sesungguhnya saya gelihati dengar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata dia akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Sebagai Naib Presiden parti, apa yang beliau sudah buat untuk UMNO? Kalau setakat hantar barang makanan dan beri duit pada negeri-negeri terlibat banjir, orang lain pun buat.

Semasa negara kehilangan banyak kerusi dalam pilihan raya lalu, Ali tidak pun menyerlah memberikan pendapat bernas. Malah khabarnya sibuk meraikan ‘kemenangan’ yang kalah di sana sini.

Seperkara lagi, berapa banyak jawatan yang dia mahu pegang dalam kerajaan, parti dan NGO? Dia sibuk dengan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) berseminar sana, berseminar sini, habuk pun takde.

Bila perdana menteri sibuk dengan Islam Hadhari, dia pun sibuk dengan Islam Hadhari, tapi sepatah apa pun dia tak faham dengan konsep Islam Hadhari sebenarnya. Beliau lebih syok dengan event besar-besar dan berucap di sana sini. Tapi bila berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO, hancus!

Datuk Seri Adnan Yaakub bagus. Siang-siang sudah umumkan tidak pertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Sebab dia tidak bertanding pun bagus kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada pengukuhan parti dan kerajaan Negeri Pahang.

Mohd. Ali sudah dilihat sedikit rakus tentang jawatan. Macam-macam jawatan dia nak pegang. Kalau boleh Belia 4B pun dia nak pegang sampai akhir hayat. Begitu juga dengan menerajui Negeri Melaka kalau boleh dia nak pegang sampai bila-bila.

Untuk mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO, Ali terpaksa berdepan dengan ramai perwakilan akan menutup hidung dan mulut ketika Ali berucap nanti sebagai tanda ‘menutup bau hindzir’.

Ketua Menteri itu mendakwa ternakan babi di Paya Mengkuang sekarang dikurangkan kepada 44,000 ekor sahaja. Siapa yang pergi bilang babi yang begitu banyak setiap hari sedangkan seekor babi boleh beranak sehingga 10 – 13 ekor dalam satu masa.

Bayangkanlah dari 44,000 ekor itu ada 5,000 ekor babi betina yang beranak setiap hari sudah cukup boleh meningkatkan berapa puluh ribu ekor dalam masa sekelip mata. Banyak betul!

Setiap kali isu babi dibangkitkan dalam media, setiap kali itulah rakyat Melayu Melaka mengeluh dan lemas menanggung malunya seolah-olah Kerajaan Negeri Melaka memberi galakan kepada penternak babi menguasai sebahagian besar dari kawasan Negeri Melaka.

Penyiksaan kepada penduduk Melayu di sekitar Paya Mengkuang, hanya tuhan yang tahu. Tapi Mohd Ali tak tahu. Atau buat-buat tak tahu.

Dulu Mohd Ali setuju dengan Datuk Zainuddin Maidin kata bloggers itu goblok (bodoh dalam Bahasa Jawa). Sekarang, beliau setuju pula yang bloggers atau goblok sudah berjaya mengubah minda rakyat dan dia pun bukalah blog sendiri.

Oleh kerana blog itu blog Datuk Mohd Ali Rustam, maka orang pun cari peluanglah hentam dia betul-betul. Sebelum ini ada Portal e-aduan kononnya rakyat Melaka boleh buat aduan terus dan disalurkan kepada jabatan-jabatan berkenaan.

Pun tak laku. Aduan tetap tidak diambil tindakan. Jalan berlubang tetap berlubang, papan tanda terlindung di sana sini tetap terlindung, tapak Melayu berniaga pun di pindah ke sana sini dan bertabur tak tentu hala.

Halau Melayu di Padang Nira untuk buat tempat letak kereta dekat gereja untuk memudahkan penganut agama Kristian beramal ibadat. Itulah satu-satunya tapak peniaga Melayu meraih rezeki sekian lama dan begitu konsisten sebelum ini.

Tapak kraf orang Melayu dah jadi Hotel Pah 1. Pengusaha di situ dihambat ke Dataran Pahlawan dengan sewa RM700 sebulan yang dulunya hanya RM200 sahaja. Teruk masyarakat Melayu niaga di Melaka dibuatnya.

Pemimpin Melayu mesti fikirkan Agenda Melayu terlebih dahulu dengan memikirkan selera dan kemudahannya sama. Pemimpin Melayu mesti berjiwa Melayu dan berjiwa Islam yang bukan hanya memikirkan jawatan dalam pertubuhan buat sendiri seperti Dunia Melayu Dunia Islam tetapi bergelumang dengan isu babi dan tidak diberikan keutamaan memikirkan sensitiviti orang Melayu.

Ramai lagi yang layak jadi Naib Presiden. Pertahan boleh pertahan, tetapi kalau kalah nanti jangan tuduh orang UMNO tak sokong pulak, orang Melayu tak kenang budi dan sebagainya.

No comments: