Monday, June 27, 2016

BRAND KLIA2 KEKAL, AIR ASIA HANYA PERLU TUMPUKAN PROMOSI MEREKA


Satu lagi ketetapan kerajaan di dalam melakukan sesuatu yang betul apabila Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mengekalkan nama KLIA2 walaupun Air Asia mendesak untuk menukarkannya kepada LCCT (low-cost carrier terminal). Ini hanyalah kerana Air Asia memainkan peranan utama sebagai agensi penerbangan tambang murah.

Menurut Datuk Liow KLIA2 telah memberi pelbagai insentif kepada AirAsia untuk mempromosi meluas laluan penerbangan, bisnes dan hasil perniagaan mereka. Terdahulu, AirAsia telah kemukakan cadangan kepada MAHB untuk menukar nama, kemudian telah ditolak dan kini AirAsia telah memohon kepada Kementerian Pengangkutan pula.

Walaubagaimanapun, pihak kementerian bersedia berjumpa dan berbincang mengenai penambahbaikan promosi Air Asia dan bukan untuk menumpukan menukar branding KLIA2 kerana AirAisa perlu faham KLIA2 telah berdaftar dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa dengan kod rasminy - KUL. Sekaligus, Datuk Liow ingin memaklumkan kepada AirAsia agar hentikan melobi dan mendesak kerajaan mahupun MAHB untuk menukarkan nama KLIA2.

Seharusnya usaha AirAsia untuk membawa masuk lebih banyak pelancong ke Malaysia dan tambang murah mereka yang mampu merangsang kedatang lebih pelancong dari luar negara diberi fokus dan bukan sekadar ingin menukar branding nama.

Kerajaan menghargai penglibatan AirAsia sebagai pemain utama di dalam sektor tambang murah penerbangan dan hasrat AirAsia menandingi syarikat-syarikat penerbangan lain adalah digalakkan. Tetapi pihak kerajaan berpandangan yang KLIA2 adalah sebahagian daripada rancangan negara untuk meletakkan Malaysia sebagai hub penerbangan di rantau Asean dan juga dunia.

Samada KLIA, KLIA2 mahupun KLIA Aeropolis, ia adalah penggerak yang penting dan masing-masing memainkan peranan bagi memastikan di dalam rancangan membangunkan sistem hab KLIA yang bersepadu, bersambungan dan berdaya saing. Pada masa yang sama, AirAsia yang menjalankan perniagaan juga wajib mempunyai sikap patriotik dan meletakkan kepentingan negara seiring dengan hasil perniagaan mereka.

AirAsia seharusnya juga bekerjasama dengan kerajaan demi mengutamakan kepentingan rakyat dan menyedari insentif-insentif yang diperolehi melalui MAHB.

No comments: