Monday, September 14, 2015

LIOW : KERAJAAN SELANGOR SEBENARNYA GAGAL MELONJAKKAN EKONOMI NEGERI

Sidang Akhbar di Konvensyen MCA Selangor

Datuk Liow melancarkan Biro Hal Ehwal Kampung Baru. Diketuai oleh Hoh Khai Mun untuk lawatan sambil belajar ke Zhejiang

Sejak Pakatan Rakyat yang diterajui PKR mengambil alih kuasa pemerintahan negeri Selangor dari BN pada tahun 2008, ramai yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah gagal melonjakkan ekonomi negeri kepada tahap yang lebih baik. Prestasi pencapaian eknonomi Selangor gagal dipertingkatkan walaupun dikatakan negeri terkaya di Malaysia.

Seperkara yang perlu diketahui bahawa kekayaan serta prestasi ekonomi yang baik adalah hasil dari pentadbiran pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini. Inilah yang ingin diutarakan Datuk Liow Tiong Lai selaku Presiden MCA dan Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Selangor di dalam ucap utamanya ketika merasmikan Konvensyen MCA Selangor di Dewan San Choon semalam.

MCA Selangor telah mengenalpasti beberapa isu kritikal seperti kekurangan bekalan air yang masih gagal ditangani dan banyak aktiviti ekonomi di peringkat negeri dan daerah yang tidak dapat diuruskan oleh kerajaan tempatan di negeri Selangor ini.

Kerajaan Persekutuan di bawah BN rancak mengembangkan ekonomi negara tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor rancak bercakaran sesama sendiri dan ia menjadi bertambah parah selepas memenangi PRU 13. Segala janji-janji kempen pilihanraya telah gagal ditunaikan mereka, malahan apa yang berlaku adalah perebutan kuasa sesama Pakatan sehingga kepentingan rakyat diabaikan tetapi kerakusan berpolitik diutamakan.

 
Di dalam sibuk bercakaran di antara Pakatan, MCA telah pun melancarkan fasa ketiga program transformasinya dalam membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui "10 Kerangka Strategi Ekonomi" baru-baru ini. Dalam tempoh 12 bulan yang lalu, MCA telah mengenalpasti 10 sektor yang akan dibangunkan iaitu Pertanian Moden, Perbandaran Baru, 'Belt and Road', TVET (Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional), Industri berasaskan kayu, Peniaga Kecil, Pelancongan, Teknologi Maklumat, Logistik dan Pembiayaan Kewangan.

Sebaliknya, Pakatan lebih berminat mewujudkan pertikaian parti di antara mereka. Kini wujud pula parti serpihan PAS tajaan DAP dinamakan Parti Amanah Negara (PAN) dan konflik ini sangat membimbangkan rakyat Selangor.

Baru-baru ini isu kewujudan dan operasi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) telah menimbulkan banyak persoalan di mana ia melibatkan aset negeri Selangor yang berjumlah hampir RM30 bilion. MCA Selangor dimaklumkan DEIG adalah sebuah syarikat sendirian berhad telah diwujudkan secara rahsia bertujuan mengambilalih peranan MBI yang tertakluk di bawak enakmen kerajaan negeri.

Kegagalan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali membawa ke pengetahun Dewan Undangan Negeri Selangor jelas menunjukkan ia sesuatu yang meragukan dan menyembunyikan sesuatu. MCA Selangor sangat bimbang dengan ketelusan kerajaan kepimpinan PKR dan mendesak agar penjelasan diberikan kepada rakyat. DAP yang berkongsi kuasa di kerajaan Selangor juga didapati gagal mendapatkan sebarang maklumat dan jika ia berterusan, MCA akan mengambil alih memantau dan meminta sendiri penjelasan dari Menteri Besar.

Tidak dapat dinafikan politik MCA mempunyai matlamat yang sangat jelas, bersatu sebagai sebuah negara majmuk yang berbilang kaum. MCA juga telah berkali-kali menyatakan komitmennya dan terus mendokong kesederhanaan dalam berpolitik dan hidup berharmoni bagi memastikan rakyat boleh hidup aman damai.

Sebarang bentuk ekstremisme tidak akan diterima politik MCA. Apa yang DAP lakukan untuk menanam api kebencian dan ketegangan kaum hanya akan melumpuhkan pertumbuhan ekonomi negara dan rakyat. Oleh itu, MCA akan terus menjadi agen perpaduan dan kesederhanaan di dalam berpolitik demi memastikan nasib rakyat terbela dan tidak terhalang untuk bersama-sama kepimpinan negara menuju taraf hidup maksima ke arah negara maju menjelang 2020 nanti.

No comments: