Monday, May 12, 2014

MELAKA AMBIL LANGKAH MENGINGATKAN PENGENDALI BAS SEKOLAH MEMATUHI PERATURAN SPAD

Datuk Md. Yunos Husin (kanan)

Adalah satu langkah dan tindakan yang sangat bertanggungjawab kerajaan negeri Melaka apabila pengendali bas sekolah di negeri itu diingatkan tanggungjawab mereka agar mematuhi peraturan keselamatan SPAD. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh semua kerajaan negeri agar dapat bekerjasama dengan SPAD demi memastikan semua pihak terutamanya murid-murid sekolah.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin telah sama-sama membuat pemeriksaan terhadap bas-bas sekolah di hadapan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka, Durian Daun bersama-sama Ketua SPAD Negeri, En Anuar Abdullah dan Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah, Abdul Halim Abd. Malek. Pemeriksaan terhadap bas sekolah akan terus dilaksanakan secara berkala dan mungkin akan diadakan sebulan sekali selepas ini.

Kerap kali kita dapati kemalangan jalanraya yang melibatkan bas sekolah samada ketika membawa murid-murid sekolah mahupun ketika bas-bas sekolah dijadikan
bas tambahan ketika musim perayaan atau aktiviti luar sekolah seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang kurikulum tambahan yang disahkan oleh
pihak sekolah.

Kepada ibubapa pula, adalah penting bagi mereka memeriksa dengan pihak SPAD disamping pihak sekolah untuk mengetahui samada bas sekolah yang digunakan telah berdaftar dengan pihak SPAD ... click DI SINI

Sebelum sesebuah bas sekolah diberi kelulusan oleh pihak SPAD untuk beroperasi, kenderaan tersebut akan menjalani pemeriksaan pihak-pihak berkaitan seperti PUSPAKOM yang akan memastikan kenderaan berada di tahap baik dan aspek keselamatan diutamakan. Di samping itu, pemandu bas sekolah juga perlu dipastikan sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan sihat sebelum dibenarkan mengendalikan bas berkenaan.

Sehingga kini, Melaka mempunyai sebanyak 572 buah bas sekolah yang beroperasi di negeri yang terbahagi kepada 333 buah di daerah Melaka Tengah, 93 di Jasin dan 146 di Alor Gajah.

Seandainya kerajaan Melaka telah memulakan kerjasama berikut, diharapkan kerajaan negeri lain pun turut bekerjasama dengan pihak SPAD dan sekali gus dapat menyumbang kepada pencegahan kemalangan jalanraya terutama yang melibatkan bas-bas sekolah.

No comments: