Sunday, October 05, 2008

PAK LAH AKAN PANDAI AMBIL PELUANG... TUNGGUUU

Pada 9hb Oktober 2008 (Khamis) jam 12.00 tgh malam, seperti yang telah dijanjikan kepada ahli-ahli UMNO khususnya dan rakyat jelata amnya... adalah tarikh dan detik akhir bagi Pak Lah membuat keputusan yang terpenting buat negara.

Empat hari lagi, mungkin lebih awal, pengumuman akan dibuat oleh Pak Lah.. yang pasti itu janjinya dan semua rakyat jelata menuntut janji itu.

Janji yang dituntut adalah seperti berikut;
  • Samada Pak Lah akan bertanding mempertahankan kerusi Presidennya.
  • Samada Pak Lah akan tidak mempertahankan kerusinya
  • Samada Pak Lah akan mempercepatkan peralihan kuasa
ATAU MUNGKIN INI YANG AKAN BERLAKU?
  • Samada Pak Lah dengan sengaja melupakan janji-janjinya
  • Samada Pak Lah akan berdrama bila tarikh tempuhnya telah tamat dan memohon simpati ahli-ahli UMNO
  • Samada Pak Lah akan menunda sekali lagi semua tarikh dan semua yang mungkin
APAKAH AKAN ADA KEJUTAN? Yang pasti... Pak Lah pernah nyatakan, "IT IS MY DECISION"... Oh yeah??

Yang pasti... PAK LAH AKAN PANDAI AMBIL PELUANG dan bukan sesenang itu beliau akan melepaskan kerusinya tanpa bersyarat. Apakah kemungkinan syarat-syaratnya?


PAK LAH BERKEMUNGKINAN HENDAKLAH DILANTIK SEBAGAI: "PENASIHAT KEPADA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KUASA EKSEKUTIF".





Apakah rasional kenyataan itu?

Lihat sajalah tindakan Pak Lah menukar Kementerian Kewangan kepada Najib tetapi masih mempunyai kuasa eksekutif dan BOS di dalam Khazanah Berhad. Mengapa begitu? Tukar dan Serah... dua perkataan yang sama makna?

Oleh yang demikian, Pak Lah masih mengawal UMNO dan kerajaan Malaysia. Kita fikirkanlah bersama dan tungguuuuuu sajalah....

No comments: