Setakat hari ini, UMNO telah ada 3 calon Timbalan Presiden dan masih ramai calon-calon teka-teki walaupun Pak Lah belum membuat keputusan. UMNO insider kata, letaklah 10 calon pun, semua bergantung kepada apa yang akan Pak Lah akan kata sehari dua ni...
Wow! Pertama kali, UMNO dan rakyat Malaysia telah iktiraf kata-kata Pak Lah adalah 'keramat' ataupun 'kiamat' bagi sesetengah pihak... khususnya UMNO!
Katakanlah, Pak Lah akan kata.... "SAYA AKAN PERTAHANKAN JAWATAN SAYA!".. apakah susulan-susulan yang mungkin berlaku?
- Najib terpaksa pertahankan jawatan Timbalan Presiden... sakit! sakit!
- Calon-calon 'kuda hitam' Timbalan Presiden akan menentang Najib... mampukah?
- Tan Sri Muhyidin akan menentang Pak Lah atau Najib? ...
- Peluang Ku Li bertanding dimakbulkan?
- UMNO memang akan benar2 reform... silap haribulan tunggang terbalik!
Fahamkan kata-kata ini:
Pak Lah,“Ada kerja yang perlu disiapkan. Pembaharuan yang saya janjikan kepada rakyat pastinya perlu saya buat,''
Pak Lah,“Ada kerja yang perlu disiapkan. Pembaharuan yang saya janjikan kepada rakyat pastinya perlu saya buat,''
Katakanlah, Pak Lah akan kata... "SAYA TIDAK AKAN PERTAHANKAN JAWATAN SAYA!"... mungkinkah ini yang akan berlaku?
- Najib hanya ditentang oleh Ku Li?
- Akan bertambahkah calon-calon 'kuda hitam' ?
- Tan Sri Muhyidin selesa dengan pertandingan Timbalan Presiden?
- UMNO kembali tenang?
Pak Lah telah berkias-kias...
“Anda tunggulah. Lepas tidak berapa lama, akan ada beberapa nama yang berundur dan tinggal satu atau dua sahaja (yang mahu bertanding),” katanya.
“Anda tunggulah. Lepas tidak berapa lama, akan ada beberapa nama yang berundur dan tinggal satu atau dua sahaja (yang mahu bertanding),” katanya.
Paling ditakuti sekiranya Pak Lah akan berkata... "KITA MASIH BANYAK KERJA NAK BUAT... APA KATA KITA TANGGUH DULU!"... apa?
- Reform UMNO ... berani berubah... UMNO dah kiamat?
- Ahli-ahli UMNO akan berdemonstrasi?
- 'Kuda hitam' akan diputihkan oleh Pakatan Rakyat?
- Tun Mahathir dengan sinis akan kata... "I told you so!"
- Parti komponen BN... to be or not to be?
p/s : Terkini, UMNO insider telah berbisik-bisik kencang, Pak Lah akan pertahankan jawatannya... Please confirm this!
No comments:
Post a Comment