Saturday, May 16, 2009

SELAMA INI UMNO TELAH GAGAL UNTUK MENERANG...



Pendedahan Ahmad Maslan tidak mengejutkan...

KUALA TERENGGANU, 15 Mei

Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan. Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti. Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu. "Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat," katanya kepada pemberita pada perjumpaan dengan jawatankuasa penerangan Umno Terenggani di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ahmad, yang baru dilantik ke jawatan itu pada selepas perhimpunan agung Umno pada Mac lepas, berkata beliau berazam untuk mengaktifkan kesemua jentera yang ada menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. "Jika semua jentera penerangan itu digerakkan, ia mampu memberi impak baik kepada Umno dan Barisan Nasional kerana dengan cara itu rakyat akan lebih faham tentang isu-isu semasa," katanya. Ahmad berkata anggota jentera penerangan yang dikenal pasti akan dilatih sebagai penceramah dan diberi penerangan tentang isu-isu semasa supaya mereka dapat menjalankan peranan di peringkat akar umbi. Katanya beliau menyasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 50 penceramah di setiap negeri.

BERNAMA

Deep Tots:

Buktinya PRU12 dan pilihanraya kecil di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Yang benar itu memang pahit untuk ditelan oleh UMNO tetapi adakah UMNO masih bermimpi di siang hari?

Seringkali saya sebut, UMNO ketinggalan zaman (outdated) seperti yang pernah saya katakan di sini untuk menerajui abad 21 ini... apakah tindakan mereka?

The voice pula menyelar sebilangan pemimpin UMNO yang pernah menamakan bloggers sebagai beruk, pembawa cerita palsu, suri rumah... kini, saluran blog merupakan penyampai maklumat yang sangat dilayari rakyat Malaysia...

Mungkinkah, saluran maklumat konservatif sudah tidak relevan juga? Contohnya TV3 hanya merupakan saluran popular hiburan yang dipenuhi dengan iklan, gosip artis, tayangan filem yang ketinggalan zaman.. sangat kurang dengan penyampaian bicara isu semasa. Adakah TV3 tidak sensitif sebagai saluran maklumat kerajaan?

Seruan saya kepada Dato' Maslan...

Internet bukan lagi saluran alternatif maklumat di abad ini. Ia telah menjadi saluran utama rakyat Malaysia... Berapa ramai pemimpin UMNO aktif berforum di Facebook atau Twitter? Berapa ramai pemimpin UMNO sentiasa berhujah di blog?

Ini semua berpunca daripada sifat malas mencari ilmu dan berfikir tetapi ramai suka bercakap perkara yang cliche. Justeru itu, sematkan di fikiran ahli-ahli UMNO agar mereka sentiasa IQRA' dan pertama mendapatkan maklumat (first in news)

Seperti Mathias (Fast Forward) pernah berkata, either you shape up or ship out! You have been warned...

7 comments:

Maslan Ahmad said...

banggang betul si maslan ni...jentera penerangan mesti jadi penceramah saja ke? nak berucap sana sini? apa yg hendak diterangkan kalau isu itu melibatkan peribadi pemimpin? siapa yg timbulkan isu? ahli umno yg dibawah atau pemimpin yg diatas? siapakah ketua penerangan umno cawangan utk terang pasal contohnya polisi kerajaan yg silap...contohnya dulu bila naik harga minyak secara mendadak & tak lama lepas tu turun balik? ahmad maslan jgn bodohkan ahli umno yg dibawah...yg bodoh itu kamu sendiri..baru 2 hari jd ketua penerangan dah kata org itu tak tau kerja tak tau itu ini...piiiirah...KAMU ITU YG PERLU BUAT PENERANGAN DULU...terangkan kepada kami apa sudah jadi di Perak? Setakat ini apa ahmad maslan sudah terangkan? apa? banggang!!!

mantra-indeeptots said...

Maslan...

UMNO tiada masa lagi... gerakkan terus penerangan UMNO supaya masih diterima rakyat

mathanis said...

Satu tragedi buat UMNO..malang sungguh saya terbaca idea ni..kalu inilah otak pemimpin UMNO terhadap rakyat maka tunggu lah PRU13..Abih negeri semenanjung dok kat pembangkang...maka tak heranlah DS Najib kata Sabah lah tunjang BN berkuasa..

mantra-indeeptots said...

Mathanis...

Ahmad Maslan telah nyatakan yang pahit tetapi benar...

Shahnon said...

Dear kak Azeeza,

I've replied your comment on my blog. :)

Thanks again for dropping by.

Anonymous said...

Ketua penerangan harus bersedia dengan strategi untuk menghadapi pembangkang pada PRU13. Gerak Saraf harus bermula dari sekarang. Jangan di lupakan Media Baru. Kami hanya boleh membantu,tetapi arahan nya tidak jelas..macam mana?

Malaysian said...

Barisan Nasional Akan Bubarkan DUN Perak???
Khabar angin dimana DUN Perak akan dibubarkan kini tersebar luas. Maka keputusan rayuan hari ini amat penting bagi pihak BN kerana mereka perlu memastikan pembubaran DUN Perak ini adalah dikemukakan oleh MB BN iaitu Zambry.

read more @ http://gomalaysian.blogspot.com/2009/05/keputusan-mahkamah-rayuan-hari-ini.html
Regards,
Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/lay