Saturday, March 07, 2009

PROF AGUS : PERSIDANGAN BAWAH POKOK SAH SEKIRANYA....

Kemelut politik Perak telah ditambahkan lagi dengan asam, garam, cili padi, gula, madu, belacan, cincaluk.... sehingga kini yang keruh bertambah keruh dan yang jernih jauh sekali.

Semua orang ingin bercakap dan beri pendapat. Ada yang petik sana sikit dan tampal sini sikit.. Ada yang bercakap untuk kepentingan tertentu... Ada yang bertindak secara waras tetapi ramai yang bertindak membuta tuli termasuk yang mengaku pemimpin...

Di akhir hayat kemelut ini, pasti ramai yang inginkan... APA SEBENARNYA?

Berikut adalah penerangan lengkap dari Prof Agus yang dikatakan menghalalkan Persidangan Bawah Pokok.... sumber informasi dari Dato' KudaKepang and thanks Dato'...

Petikan...

Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH. Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut:

(i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan;

(ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan
(iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker.

Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini
tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.
Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan), tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan). Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.

Untuk membaca selanjutnya carilah blog Dato' KudaKepang!

Apa yang dapat dipelajari di sini... rakyat hari ini, tidak semudah itu menelan apa saja maklumat samada di arus perdana ataupun di laman blog apatah lagi kalau mulut-mulut yang suka mengomel di kedai mamak. Rakyat akan sentiasa mencari kepastian kerana sumber-sumber maklumat di merata tempat.

Samada Pakatan Rakyat ataupun Parti Memerintah, sejauh mana ingin menipu rakyat?

Terkini;
Laporan Raja Petra - 'The Truth that refuses to surface' dan Altantuya: Bagaimana dan Mengapa dia dibunuh? Siri pembunuhan Altantuya yang terkini, telah dilaporkan di Perancis dan sumber balas telah dibongkar oleh 'A Voice' siapa sebenar pemberita di Perancis tersebut... 2 sumber maklumat yang perlu dibaca!





Rakyat perlu membaca dan perlu berfikir serta menilai... SIAPA SEBENAR YANG MEMAYUNG RAKYAT?




No comments: