Wednesday, March 27, 2013

EXORA DIJADIKAN BAHAN CEMUHAN RAFIZI


Pertama sekali, adakah Rafizi telah meneliti teks ucapan Perdana Menteri dan juga teks sidang akhbar Pengerusi SPAD di Majlis Pemberian Lesen Teksi Individu pada Ahad lalu?

MENGAPA EXORA SEBAGAI PILIHAN
Menurut Pengerusi SPAD, kerajaan telah beri RM3,000 rebet bagi tuanpunya teksi lama yang ingin menukar kepada kereta baru dan mereka yang belum berbuat lagi boleh tukar kepada Exora. Ini merupakan satu galakkan dan insentif kepada pemandu-pemandu2 teksi yang hanya membayar RM59 ribu setelah diberi geran sebanyak RM5,000 dengan kadar faedah 2 peratus. Teksi-teksi model baru tersebut juga boleh mengambil dan menurunkan penumpang di Airport KLIA 1 dan 2.

SPAD juga telah menerima banyak respon terutama pelancong luar negara yang mengadu teksi di Malaysia terlalu kecil memandangkan kapasiti bagasi yang mereka bawa dan ruang tempat duduk yang sempit jika dilihat pada saiz badan serta jumpah penumpang. Lebih parah bila ada tangki NGV. Adakalanya sehingga tidak ada ruang untuk memasukkan beg mereka.

Teksi Exora juga untuk meningkatkan kualiti standard teksi bajet yang selama ini begitu sinonim dengan kereta saiz kompak Iswara, Saga dan Wira.

Perdana Menteri berkata, "Kita perlu kepada Sistem Teksi yang moden dan efisien. Pelancong-pelancong yang menggunakan perkhidmatan teksi akan rasa selesa bila mereka menggunakan perkhidmatan teksi... Kita mesti pastikan bahawa orangramai, pengguna, pelancong dapat perkhidmatan teksi seperti disebut oleh Pengerusi SPAD tadi - bertaraf dunia dan ini bukan satu impian yang tak boleh menjadi kenyataan."

Teksi model Exora ini juga dilengkapi dengan teknologi yang lebih baik, terdapat kemudahan “credit card reader” supaya pengguna dapat membayar melalui kredit kad dan di belakang kerusi pemandu ada tertera nama pemandu dan nombor lessen supaya keselamatan penumpang adalah terjamin.

SPAD juga memperkenal sistem “tracking and monitoring”, saluran untuk mendapat maklumbalas perkhidmatan. SPAD juga akan memantau “code of conduct” pemandu-pemandu teksi agar mematuhi standard operasi.

Oleh itu, negara kita akan mempunyai teksi dan perkhidmatan yang lebih baik pilihan rakyat.

BAI’ AH 

Pemandu-Pemandu Teksi yang hadir

 “Sebab itu geran diberi sedikit demi sedikit, tidak kepada semua kerana ia hanya gula-gula untuk menenangkan kemarahan pemandu teksi yang terabai selama ini,” kata Rafizi.

Kerajaan BN yang menjaga kebajikan rakyat dengan membina negara untuk membawa negara kearah yang lebih baik telah melaksanakan BR1M 1.0, BRIM 2.0... DAN TR1MA 1.0 DAN TR1MA 2.0. Tetapi, apa yang pihak pembangkang telah buat untuk menghancurkan Negara serta melanggar undang-undang ialah dengan mengadakan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 … INILAH BEZA DENGAN PEMBANGKANG!

Inilah yang kita hendak. Kita hendak antara kerajaan dan rakyat bekerjasama dan permuafakatan. Kalau ada yang tak betul, kita perbaiki. Kalau ada yang kurang, kita akan tokok tambah tapi bukan kita menghancurkan atau meruntuhkan apa yang kita telah bina. Kita bawa keadaan supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Inilah kerajaan BN yang ada pada hari ini.

Rafizi telah dengan sengaja mengambil sebahagian daripada bai’ah yang dilontarkan oleh Perdana Menteri. Sebenarnya bai’ah tersebut juga meliputi menyeru pemandu-pemandu teksi yang bersopan, beramanah dan boleh dibanggakan bagi menuju kea rah perkhidmatan teksi bertaraf dunia yang akan dibangunkan.

SPAD juga telah membuat syarat kelayakan lessen individu kepada pemandu-pemandu teksi tersebut yang berdasarkan merit dan criteria tertentu. Di antaranya  seperti:
  • Bebas kesalahan trafik
  • Rekod pemanduan baik
  • Telah memandu melebihi 5 tahun
  • Syarat kelulusan pinjaman pula termaktub pada pihak bank. Jika pemohon layak menerima pinjaman. Geran dan subsidi kadar faedah sebanyak 2% setahun diberikan. 

PEMANDU TEKSI YANG TERABAI?
Berikut adalah kenyataan YB Noh Omar, mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi :


DAN...

KENYATAAN AKHBAR Y.B DATO NOH BIN HAJI OMAR MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI MENGENAI PENGELUARAN LESEN TEKSI KEPADA PENGUSAHA INDIVIDU DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN TEKSI DI SEMENANJUNG MALAYSIA - ISNIN 30 JUN 2008

1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun yang lalu telah meluluskan cadangan untuk membuka semula permohonan lesen teksi kepada individu secara berperingkat-peringkat. Pengeluaran 3,000 lesen kepada pemandu individu akan memberi peluang kepada pemandu-pemandu tulen (genuine) memiliki lesen sendiri dan dapat mengurangkan persepsi negatif mereka terhadap Kerajaan.

2. Beberapa kriteria khas akan dipertimbangkan bagi permohonan ini. Antaranya :
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak melebihi 60 tahun pada tarikh memohon;
  • pemohon mestilah ahli kepada pertubuhan yang berkaitan dengan pengangkutan awam teksi (koperasi atau persatuan); 
  • menjalani kursus anjuran MECD; 
  • bebas daripada kes jenayah dan penyalahgunaan dadah serta tiada tunggakan saman lalulintas;
  • mempunyai kesihatan yang baik dan diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan  berkala setia tahun; dan 
  • bersedia mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh MECD.


3. Pelaksanaan pemberian lesen kepada individu sebanyak 3,000 lesen akan meningkatkan nisbah pemilikan lesen teksi individu berbanding syarikat daripada 35% : 65% kepada 40% : 60%.

4. Pengeluaran 3,000 lesen teksi akan meningkatkan penawarannya di pasaran bagi memenuhi keperluan semasa. Kualiti teksi diharapkan dapat ditingkatkan memandangkan tanggungjawab sebagai pemilik lesen diletakkan sepenuhnya terhadap individu tersebut dan LPKP akan memantau pemiliknya melalui koperasi dan persatuan yang dianggotainya.

5. Pihak syarikat akan meningkatkan kualiti perkhidmatannya dan mengubah pendekatan perniagaan dengan menggaji pekerja atau menawarkan saham kepada pemandu memandangkan pemandu sedia ada telah diberikan lesen individu dan akan berlakunya kekurangan penyewa teksi / pemandu syarikat.

6. Bagi memastikan matlamat menambah baik perkhidmatan teksi di Semenanjung Malaysia tercapai, pemegang permit individu dikenakan syarat sebagaimana berikut:-

  • larangan memajak permit teksi individu kepada pihak ketiga; dan 
  • menetapkan tempoh masa minimum harian operasi teksi. Ini bagi mengelakkan  masalah kekurangan teksi berikutan sikap pemandu teksi individu yang mudah berpuas hati apabila sudah mendapat hasil harian yang mencukupi.
7. Sehingga 31 Disember 2007, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah mengeluarkan sebanyak 28,292 lesen teksi di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak 18,905 (65.4%) lesen teksi telah dikeluarkan kepada syarikat dan koperasi serta bakinya 9,387 lesen (34.6%) kepada individu.

Mantra:

Bandingkan kenyataan Rafizi di sini 
  • Strong Point Rafizi hanya menumpukan kepada penggunaan kereta Exora sebagai syarat penerimaan Lesen Teksi Individu, hanyalah sebagai ulasan penyedap bagi memenuhi ruangan article. Rafizi tanpa meneliti sepenuh teks ucapan PM, akan membuat komen-komen yang dengan sendiri merujuk kepada sikap pembangkang yang tidak membina tapi untuk meruntuh kebajikan pemandu-pemandu teksi.
  • Sebuah lagi janji ditepati Kerajaan BN tetapi Rafizi yang sebenar hanya sekadar mampu membuat ringkasan tidak berfakta demi untuk memancing undi.
  • Siapa yang tiru siapa dan siapa yang tipu siapa... di sini 
  • 11 Julai 2009 - PM umum dasar untuk menambah permit teksi individu bagi memperbaik kehidupan para pemandu teksi. Ucapan Dato Seri Najib sempena 100 hari Perdana Menteri. 
  • 5 Mac 2011 - Buku Jingga dilancarkan oleh PR dengan salah satu janjinya ialah untuk menyemak pemberian permit teksi untuk individu dan persatuan.
  • 1 Ogos 2011 - PR Janji permit teksi individu. Pemandu teksi diminta menjadi penyebar lidah PR dengan membekalkan akhbar Harakah, Suara Keadilan & Roket kepada para penumpang. Janji ditaburi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis yang dihadiri kira-kira 500 orang pemandu teksi di Petaling Jaya.

No comments: