Saturday, July 03, 2010

APA itu Nik Aziz??!!!


Terlalu banyak artikel dan perbincangan di blogsphere mempersoalkan siapa itu Nik Aziz ... Kali ini saya secara peribadi ingin persoalkan APA itu Nik Aziz kerana kebelakangan ini terlalu banyak tindak-tanduknya dan percakapannya tidak mencerminkan seorang Islam sebenar sehingga mampu memecahbelahkan umat Islam...

Berikut adalah serba sedikit sejarah NikAziz yang dipetik daripada comment>> Facebook :

Komen AKAM....mengenai nik ajis... selalu mengamalkan sunnah Rasulullahsaw... dari mula... mengingatkan kita tentang dosa dan pahala....

Mari kita lihat bagaimana pendirian nik ajis didalam pentadbiran yang sebenar telah mengelirukan Ummah dengan kenyataan kenyataan serta dakyah dakyah yang berbaur wahabi dan kawarij yang jelas banyak mengelirukan rakyat malaysia. terutama ahli PAS khasnya..

_____________________________________________

Sedikit sejarah pendidikan nik ajis untuk renungan:
Nik Aziz adalah seorang pelajar dalam bidang tafsir dan usuludin di sebuah pondok di Hyderabab. Pondok tersebut letaknya di Deo Band yang mana adalah dipengaruhi fahaman Wahabi. Fahaman Wahabi ini adalah adik kepada Khawarij yang mempunyai sikap “tidak Sabar”.


_____________________________________________


Apa itu wahabi dan apakah itu kawarij..

Amalan kaum Wahabi menurut hadith Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924. Perubahan yang mereka lakukan ialah :



  1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]
  2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
  3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2]
  4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
  5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
  6. Melarang membaca qasidah.
  7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
  8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
  9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

****************************

Kenyataan nik ajis tahun 1987 bagi persoalan no 9 (wahabi).. Pada tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani.

________________________________________________________

kawarij:

Secara umum, ajaran utama golongan Khawarij adalah:

  1. Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir (bertentangan dengan pendapat Imam Hasan al-Basri dan golongan Muktazilah).
  2. Kaum muslimin yang terlibat dalam perang Jamal, yakni perang antara Aisyah, Thalhah, dan Zubair melawan Ali ibn Abi Thalib dan orang perantara (termasuk yang menerima dan membenarkannya) adalah kafir.
  3. Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak harus dari keturunan Nabi Muhammad SAW dan tidak mesti keturunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan manapun boleh menjadi khalifah jika mampu memimpin dengan baik.

Amalan mengkafirkan orang Islam lain ini dipanggil takfir. Mengikut tafsiran konvensional, hukum bagi mereka yang menjadi kafir (murtad) adalah bunuh. Melalui tafsiran inilah golongan Khawarij menghalalkan darah Ali dan Muawiyah
untuk dibunuh. Pada zaman moden ini, terdapat kumpulan ekstrimis Islam yang mengguna pakai hukum takfir untuk membunuh mereka yang tidak berdosa termasuk orang Islam.

****************************
Kenyataan nik ajis bagi persaoalan no 1( kawarij):

“Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,” kata Nik Aziz di dalam kuliahnya di masjid Kg Pulau Melaka.


Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Nik Aziz berkata,“Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir.


Kenyataan nik ajis bagi persoalan no 3 (kawarij):

Perarakan itu tidak ada di dalam sunnah Nabi dan ia satu bida'ah amalan turun menurun. Isunya, kalau ia bida'ah, kenapa apabila DAP yang haramkan baru ia dikatakan bida'ah?


Sila jelaskan? ....


Sila jelaskan yang ini juga? ....

8 comments:

sudin said...

org tua ni kalau dibiarkan mau jadi kepala taliban..

sudin said...

org tua ni kalau dibiarkan mau jadi kepala taliban..

Anonymous said...

Salam, jgn layan Nik Aziz, dia ahli politik yg levelnya sama mcm Shahidan Kassim yg pernah jadi MB Perlis. Tiada yg istimewanya tentang Nik Aziz, ketaksuban membawa kepada perkara syirik

Anonymous said...

Nik Aziz dah gila rakyat terutama org melayu jangan percaya lagi dengan ulamak yg tiada pendidikan ugama yg tinggi lagi pun org tua ni tidak di kenali dalam dunia islam dia hanya berlakun depan rakyat terutama org melayu kita dia tahu org melayu cepat percaya kalau org tua ni berpakian saperti ulamak tapi haikatnya dia pun tak betul dia hanya kumpul harta untuk kesenangan anak cucu cicit masa akan datang kalau dia mati nanti itu saja niat dia bukan dia berkorban untuk rakyat kalau betul dia berkorban untuk rakyat dia tak benci pada org melayu org melayu itu islam.

Anonymous said...

Dulu orang PAS yang Nik Aziz jaga dan bela, kata Dr Mahathir mahafir'aun.

Sekarang Nik Aziz sedang menujuk kearah menjadi fir'aun, kerana segala apa yang dia cakap adalah hukum.

"MU LAWAN PAS MASUK NEGHAKO. MU SOKONG PAS MASUK SYURGA"

Anonymous said...

sungguh tidak baik komen dan cerita fasal nik aziz ini.kalau benar dia wahabbi pasti tidak akan bergabung dengan kafir dan sondolme untuk hapuskan kuasa orang melayu....
kita harus ukur beliau sebagai ahli politik, dan orang politik hanya mahu kuasa.

jadi kalau serban sudah dijadikan kusyen empok di kerusi pejabat MB, tentu sekali serban yang sama diguna untuk tutup kebodohan pemikiran sebab bagi orang PAS mursyidul am macam maksumdari segi politik. he can do no wrong dan haji hadi pun tak mampu buat apa-apa

sudah tercatit ulama yang menghampiri istana (kuasa) akan jatuh mertabatnya.

bagilah peluang beliau mengislamkan Lim Guan Eng terlebih dahulu

Anonymous said...

info yang bagus...benarkan saya copy paste untuk renungan sahabat2 yg lain

mantra-indeeptots said...

silakan...