Thursday, June 25, 2009

BERAKHIRNYA KERAJAAN PERPADUAN CIPTAAN PAS

Maka benarlah apa yang dijangka – PAS menarik balik idea kerajaan perpaduan yang diilhamkan dalam muktamarnya awal bulan ini. Ternyatalah parti itu tidak dapat membuat pendirian sendiri, tanpa restu DAP dan PKR. Sikap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang semakin berlembut dalam soal kerajaan perpaduan sehari sebelumnya tidak cukup untuk mengatasi kekuatan cengkaman Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang terhadap arah perjuangan PAS.



Curahan hati seorang melayu yang sentiasa perjuangkan perpaduan Islam dan Melayu
- click to WANGSA SETIA


5 comments:

red rooster said...

Salam,
Walau pun Pas dan pakatannya telah berjaya meraih lebih byk undi dalam PRU yg lalu, namun saya melihat Pas sbg parti yang terperangkap dgn strategi politiknya sendiri. Slogan 'Pas for all' serta keinginan menjaga keakraban nya dgn PKR dan DAP telah mengongkong Pas dari terus memperjuangkan Islam dan Melayu.

Tam Dalyell said...

Salam;

Para pengundi yang melihat PAS sebagai pembela agama mula berfikir dua kali. Dari satu segi, tindak tanduk PAS yang seolah-olah tidak berpaksi itu merangsang pengundi memilih "Melayu" dari memilih "Agama" sebagai landasan undian mereka.

Unknown said...

Kuasa Presiden PAS tidak sama dengan kuasa Presiden UMNO. Presiden PAS tidak mampu membuat keputusan yang diterima majoriti ahli PAS. Malahan ketika ini, bukan sekadar Presiden, tetapi PAS keseluruhannya tidak boleh membuat keputusan partinya sesuka hati tanpa merujuk kepada DAP dan PKR.
Pas sudah hilang identitinya.

Hanya Umno yang mampu mempertahankan dan mencorakkan hala tuju bangsa Melayu dan agama Islam di masa depan.

luah fikiran said...

MALANG. PERKARA INI DITOLAK SEBELUM SEMPAT DIBINCANGKAN. PERPADUAN POLITIK NAMPAKNYA LEBIH DIUTAMAKAN DARIPADA PERPADUAN UMMAH. SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN JALAN KEBENARAN KEPADA KITA SEMUA.

mantra-indeeptots said...

Salam semua...

Saya tertanya-tanya... dari mana datang idea TGHadi Awang mencadangkan Kerajaan Perpaduan semasa muktamar PAS... dan apa tujuan TGHA mencadangkannya?