Saturday, August 23, 2008

PAK LAH HORMATI HAK SAYA?

Penjelasan dari blogger KICKDEFELLA yang telah dianggap oleh Pak Lah sebagai 'EVIL' kerana menganjurkan kempen mengibar bendera malaysia terbalik:

Evil Pertahankan Abdullah
20 08 2008

Saya akan pertahankan hak Abdullah Ahmad Badawi yang merujuk saya sebagai Evil. Saya juga akan pertahankan hak Abdullah menuduh saya berniat jahat. Saya hormati hak Abdullah sebagai individu dan menghormati haknya untuk berkata-kata.

Sekarang bolehkah Abdullah menghormati hak saya?

Dendam kesumat Abdullah terhadap saya tidak perlu dibangkitkan hingga melibatkan perundangan negara.

Jika Abdullah yang berada di singgahsana merasa sedih melihat Jalur Gemilang diterbalikan secara maya di alam siber oleh saya, seribu kali lagi saya merasa sedih bertanggungjawab menerbalikan jalur gemilang itu.

Setiap hari bila saya membuka blog saya, hati saya terguris melihat jalur gemilang ini terbalik. Namun saya tabahkan hati saya kerana bagi saya nilai masa hadapan dan nilai nyawa seorang rakyat Malaysia lebih utama dari segala perlambangan.

Seterusnye : klik...

Article saya menyokong kempen ini : I DECLARE THAT...

Deep Tots :
  • Terkini : Polis telah pun melakukan siasatan tetapi tiada penahan dilakukan... Apa maknanye tu?
  • Minta maaf Pak Lah, saya salah seorang penyokong tindakan dan saranan Sheih Kickdefella atas prinsip kedaulatan negara serta prinsip rukunegara telah dicemari serta diruntuhkan oleh pemimpin-pemimpin saya yang ada sekarang.
  • Rujuk semula Prinsip Rukun Negara kita... adakah kepimpinan Pak Lah benar2 menghormati prinsip2 itu?
  • Selama 51 tahun Malaysia merdeka, apabila menjelangnya tarikh keramat 31Ogos, pemimpin negara sentiasa mengingatkan kepada rakyat betapa wajibnya rakyat berterima kasih kepada mereka. Apakah sumbangan rakyat kepada negara? Its always rakyat... rakyat and rakyat!
  • Rakyat dikerah membangunkan negara, rakyat diwajibkan membayar cukai, rakyat dipaksa menurut kata, rakyat digeruni dengan kuasa... tidak lain dan tidak bukan rakyat dianggap hamba kepada pemimpin negara.
  • Selagi Pak Lah in denial that your rakyat has awaken... tiba giliran rakyat menuntut hak kami... dengan kudrat bijaksana serta 'PERCAYA KEPADA TUHAN'. Tuntutan hak rakyat tidak melampau, apa yang rakyat kehendaki hanyalah; Rakyat bayar gaji pemimpin, beri kuasa kepada pemimpin maka jaga dan hormati hak kami...
  • One simple question to you and your clans, Pak Lah; HAVE YOU EVER THOUGHT OR WISH TO EVEN SAY THANKS TO YOUR RAKYAT?

No comments: