Saturday, June 07, 2008

KHAIRY MEMPERMAINKAN RAKYAT SEKALI LAGI?

Blogger A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri dimuliakan,

Pada Mesyuarat Agung Tahunan Umno yang lalu, Naib Ketua Pemuda Kahiry Jamaluddin berhujah mengenai beban subsidi yang tidak dapat ditanggung lagi oleh kerajaan.

Presiden Umno merangkap Perdana Menteri dan bapa mentua Khairy mengulangi hujah yang sama sehari kemudian.

Hasil mulut mereka yang masin dan kuasa mereka yang besar, subsidi minyak kini dihapuskan.

Dengan sekelip mata beban kos berpindah daripada Kerajaan kepada rakyat jelata.

Selamat, Aman dan Makmur!

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan Khairy sebagai barkata tol lebuh raya wajar dihapuskan terus atau dikurangkan.

Apakah Khairy sekadar membuat kenyataan kosong untuk mendapat sokongan atau dia tahu sesuatu yang kita tidak tahu?

Apapun muslihat belaiu, saya mencabarnya agar tidak bermain dengan sentimen dan mempermain-mainkan rakyat jelata sekali lagi.

Terima kasih.

2:16 PM

-----------------------------------------------------------------------

SEREMBAN 6 Jun - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menurunkan kadar tol lebuh raya atau memansuhkannya dalam usaha mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang bermula semalam.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu mempercepatkan proses rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya supaya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.

"Proses rundingan itu diharap dapat diselesaikan secepat mungkin dan kita juga berharap syarikat konsesi lebuh raya yang sudah mendapat semula modal dan menikmati keuntungan dapat bekerjasama membantu mengurangkan beban rakyat," katanya.

----------------------------------------------------------------------

THIS YOUNG MAN KNOWS TOO MUCH DOESNT HIM?

A WISE THOUGHT BY DATO KADIR JASIN TO KHAIRY...
DOES KHAIRY KNEW ANYTHING WE DONT?

TO KHAIRY...
YOU WONT STOP PLAYING GAMES WITH US WONT YOU?

INNALILLAH WA INNA LILLAHI ROJIUN
(ONLY IF U COULD UNDERSTAND WHAT IT MEANS)

No comments: