Tuesday, February 13, 2018

GUAN ENG SEMAKIN GABRA, DATUK WEE KA SIONG DENGAN MUDAH SAJA MENERJAH


Semakin Guan Eng cuba menjawab kontroversi yang didakwa Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, semakin jauh Ketua Menteri-DAP Pulau Pinang, tanpa disedari beliau semakain jauh membelitkan dirinya sehingga terpaksa mengaitkan isu lain yang tidak langsung mempunyai kaitan dengan projek terowong Pulau Pinang.

Lebih kasihan apabila sikap Guan Eng ini terpaksa ditegur Datuk Wee yang jelas bukanlah sepertimana seorang Ketua Menteri perlu bertindak dan lebih memalukan apabila Guan Eng sentiasa melaungkan polisi CAT (Competency, Accountability, Transparent) Pulau Pinang yang jelas bercanggah dan tidak langsung dipatuhi Guan Eng sendiri.

Datuk Wee nampaknya terpaksa melayan tuduhan Guan Eng yang jelas menunjukkan beliau telah nyanyuk di usia mudanya. Guan Eng mendakwa yang kesemua hujahnya berkaitan projek RM6.3 bilion adalah tidak tepat langsung.

Pertamanya, Guan Eng dakwa yang Datuk Wee menuduh Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) telah diberi projek ini melalui saluran yang tidak betul dengan alasan ia telah berjaya melalui proses tender terbuka. Persoalannya, apakah Datuk Wee benar-benar mengguna isitilah 'saluran tidak betul' sedangkan soalannya adalah mengapa Zenith Construction yang ditubuhkan hanya beberapa bulan sebelum dijemput menyertai RFP (Request for Proposal).

Seterusnya, Datuk Wee dakwa Zenith telah menubuhkan konsortium pada 6 Julai 2012, sehari sebelum kerajaan Pulau Pinang hantar penyertaan RFP.

Apakah kedua-dua dakwaan Datuk Wee boleh dikira sebagai layak memenangi tender terbuka melalui saluran betul? Jika ini adalah kriterianya, Guan Eng perlu kemukakan perincian dan juga minit mesyuarat proses RFP.

Keduanya, Guan Eng mendakawa yang Datuk Wee menuduh syarikat fesyen yang membina terowng Pulau Pinang dan menafikannya serta mengesahkan CRCC adalah kontraktor utama.

Sejak pertama kali bersuara mengenai skandal ini pada bulan Januari, Datuk Wee mempersoalkan bagaiman pemegang saham SPV dengan mudahnya diubah-ubah? Jawapan Guan Eng, sesiapa saja boleh melabur dalam projek ini termasuklah syarikat fesyen. Di samping itu, Jawatankuasa tender Pulau Pinang pula telah mengumumkan yang CRCC adalah di antara pemegang saham SPV.

Ini telah termaktub di dalam lidah rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang pada 4 Mac 2013 bahawa CRCC adalah sebahagian dari pemegang saham SPV dengan gabungan modal berbayar sebanyak RM4.5 bilion. Guan Eng sendiri telah mengulangi kenyataan ini secara terbuka sekurang-kurangnya di 4 majlis yang berlainan. Tiba-tiba hari ini, Guan telah menukar kenyataan mendakwa CRCC adalah kontrator utama sahaja dan bukan pemegang saham. Lebih memeranjatkan apabila pada Januari 2018, sebuah syarikat fesyen yang sedang mengalami kerugian untuk beberapa tahun, tiba-tiba didafar dalam SSM sebagai pemegang saham SPV.

Guan Eng mungkin gagal mengetahuinya atau sengaja sembunyikan fakta ini. Syarikat fesyen Vertice Bhd yang terdahulu dikenali sebagai VOIR, hari ini memegang saham sebanyak 13.21% dalam SPV. Di mana saham CRCC atau semua dakwaan Guan Eng yang CRCC adalah pemegang saham SPV sebenarnya satu berita palsu?

Ketiga, Guan Eng dakwa yang Datuk Wee telah menyatakan peranan CRCC tidak lagi penting kerana syarikat ini bukan lagi pemegang saham SPV dan masih bersama dengan Zenith Consortium dan telah pun menandatangani perjanjian dalam 'Acknowledgement of Commitment' dengan kerajaan Pulau Pinang untuk memulakan projek ini.

Persoalannya, bila Datuk Wee pernah membuat kenyataan sepertimana didakwa Guan Eng mengenai CRCC? Sedangkan, selama ini Guan Eng dan kerajaan negeri yang telah mewar-warkan yang CRCC adalah kontraktor utama dan juga pemegang saham tetapi hari ini CRCC hanyalah kontraktornya saja.

Perjanjian "Acknowledgement of Commitment" yang ditandatangani CRCC hanyalah satu lampiran dan tidak terdapat dalam mana-mana perjanjian yang  telah dimeterai yang telah ditontonkan Guan Eng kepada media. Ini adalah kerana perjanjian terdahulu telah pun dimeterai di antara SPV dan kerajaan Pulau Pinang. Oleh kerana CRCC bukan pemegang saham, maka CRCC tidak terlibat dalam perjanjian secara sah. Lagipun, CRCC telah mengesahkan yang mereka tidak pernah memeterai apa-apa perjanjian secara langsung dengan kerajaan Pulau Pinang.

Apa yang ingin Datuk Wee ingin pertikaikan adalah, pada tahun 2013, Guan Eng menyebut yang kerajaan negeri Pulau Pinang bukan saja memeterai perjanjian dengan SPV tetapi dengan setiap pemegang sahamnya. Sekarang, Datuk Wee menuntut siapakah setiap pemegang saham itu? Bagi Datuk Wee, jika Guan Eng dakwa dia bercakap benar, sila tunjukkan bukti!

Keempat, Guan Eng dakwa kenyataan Datuk Wee yang "Acknowledgement of Commitment" yang ditandatangani CRCC adalah tidak sah kerana tidak dimeterai dan yang sebenarnya ia telah pun dimeterai secara sah. Persoalannya, bilakah Datuk Wee pernah katakan ia tidak sah? Apa yang sebenarnya diperkatakan adalah perjanjian itu tidak terikat secara sah dan ia sesuatu yang jauh berbeza maksudnya. Ini adalah kerana apa yang ditandatangani bukan termaktub dalam perjanjian asal tetapi sekadar dijadikan sebagai satu lampiran.

Ia juga telah disahkan oleh Menteri Penangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sepertimana yang telah dituntut oleh pihak CRCC.

Kelima, Guan Eng juga menuduh yang Datuk Wee menipu tentang kejayaan syarikat SPV yang berumur 82 hari mendapatkan projek terowong Pulau Pinang dan syarikat ini tidak mempunyai modal berbayar RM4.5 bilion sepertimana yang diakui kerajaan negeri. Apabila disemak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 22 Januari 2018 baru-baru ini, modal berbayar Zenith Construction Sdn Bhd hanyalah RM15juta.

Ia adalah Guan Eng sendiri yang mengumumkan modal berbayar minima untuk SPV mestilah sekurang-kurangnya RM381 juta yang bersamaan dengan 6% dari jumlah projek seperti yang telah ditentukan kerajaan negeri. Oleh itu bagaimana ZCSB boleh dipilih sedangkan modal berbayar mereka hanyalah RM15 juta? Kemudian, CCRC bukan pemegang saham SPV dan bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang mengakui yang modal berbayar SPV ialah RM4.5 bilion?

Di mana yang Datuk Wee menipu atau Guan Eng yang sengaja wujudkan fitnah ini?

Keenam, Guan Eng dakwa yang Datuk Wee sengaja kelirukan rakyat yang CRCC dan BUCG adalah pemegang saham syarikat SPV. BUCG pernah menjadi pemegang saham tetapi telah keluar dari SPV. Di antara Ogos dan September 2016, Guan Eng, Zenith dan kerajaan negeri sendiri telah buat kenyataan yang BUCG telah diarahkan meninggalkan SPV secara paksa. Oleh itu, kenyataan Guan Eng pada 2 Februari lalu yang menyatakan BUCG dibenarkan berundur diri dari SPV adalah agak tidak benar.

Ketujuh, Guan Eng menuduh Datuk Wee yang berkata bahawa Zenith Consortium tidak mempunyai RM381 juta modal berbayar seperti disyaratkan kerajaan Pulau Pinang dan kononnya Datuk Wee lupa bahawa Zenith Consortium telah menang projek terowong ini melalui tender terbuka. Justeru, tidak akan ada ruang bagi ahli-ahli politik Pulau Pinang mendapat sogokan yang dikatakan RM10 juta.

Tuduhan ini sememangnya tidak berasas. Yang dikatakan Datuk Wee adalah Zenith Consortium bersama-sama pemegang saham terkini, modal berbayar mereka tidak mencapai RM381 juta seperti yang ditetapkan kerajaan Pulau Pinang. Datuk Wee dengan jelas mengatakan yang ketika syarikat konsortium dianugerahkan projek ini, mereka gagal mengadakan modal berbayar sebanyak RM4.5 bilion sepertimana yang didakwa Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Lagipun, Datuk Wee tidak pernah mensabitkan apa-apa sogokan yang bakal diterima ahli-ahli politik Pulau Pinang. Ia hanya ditulis pihak media dan bukan Datuk Wee.

Kelapan, Guan Eng tuduh Datuk Wee buat kenyataan yang kedudukan kewangan Zenith Consortium adalah lemah ketika dianugerah projek terowong ini pada 2013. Kononnya Guan Eng tidak masuk campur hal ehwal syarikat lain tetapi pada masa yang sama dia membuat penilaian sendiri dengan keputusan jawatankuasa tender seolah-olah ia adalah keputusan bijak kerana syarikat yang dikatakan lemah itu kini masih wujud.

Satu penilaian yang melucukan. Apakah justifikasi yang dikatakan bijak itu bergantung kepada kekuatan kewangan dan kekuatan pengalaman teknikal atau kerana Zenith Consortium masih wujud setelah lima tahun? Apakah syarat untuk melantik Zenith Consortium begitu rendah sekali? Segala yang dikatakan Datuk Wee adalah merujuk kepada laporan odit yang menekankan kerisauan samada syarikat tersebut mampu meneruskan operasi memandangkan kedudukan kewangan mereka. Apakah Guan Eng sebagai seorang akauntan tidak memahami maksud laporan odit itu?

Seterusnya yang kesembilan, Guan Eng mendakwa yang Datuk Wee katakan perjanjian perlu ditandatangani pada setiap helai dan barulah ia sah. Guan Eng juga mendakwa yang Datuk Wee cuba memutar-belit kononnya menukar kenyataan yang perjanjian tidak ditandatangani di muka hadapan tetapi bertukar  di lampiran yang ditandatangani CRCC. Pokoknya, bila Datuk Wee berkata yang dokumen perlu ditandatangani di setiap helai perjanjian dan barulah ia sah? Yang dikatakan dengan jelas Datuk Wee adalah, 'Acknowledgement of Commitment' yang dijadikan lampiran tidak boleh dianggap sebagai satu perjanjian yang sah mengikut undang-undang. Adalah salah jika Guan Eng mendakwa, perjanjian asal yang ditandatangai maka lampiran juga adalah sah.

Yang kesepuluh pula, Guan Eng mendakwa selagi perjanjian telah ditandatangani dan dicop CRCC, ini bermaksud sememangnya ada syarikat dengan keupayaan kewangan yang komited dalam projek terowong ini. Apa yang ingin disampaikan Guan Eng adalah tidak kira dalam apa juga keadaan, modal berbayar CRCC boleh dimanipulasi sebagai modal berbayar SPV. Jika inilah justifikasi Guan Eng, bagi Datuk Wee, adalah lebih baik Guan Eng juga ambil rizab kerajaan negeri sebagai modal berbayar untuk menjadikan modal berbayar SPV hingga berbilion ringgit.

Bagi Guan Eng, apabila perjanjian telah ditandatangani, dicop dan dimeterai, apa-apa perubahan dalam pegangan saham SPV bukan masalah kerajaan negeri Pulau Pinang. Apabila semakan dilakukan dengan SSM yang modal berbayar Zenith Consortium telah menurun ke RM26.5 juta pada 22 Januari 2018, apakah ini tidak menimbulkan keraguan dan kebimbangan kepada Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?

Akhir sekali yang kesebelas, Guan Eng mendakwa yang projek yang diumumkan pertama kali sebelum pilihanraya umum 2013, keputusan telah menunjukkan yang semua rakyat Pulau Pinang memberi sokongan kepada projek terowong dasar laut ini dan Barisan Nasional tidak seharusnya sabotaj kerana ini adalah suara rakyat Pulau Pinang.

Oleh itu, apakah Guan Eng sebenarnya mengaku yang di antara Mac dan April 2013, beliau telah memanipulasi modal berbayar CRCC sebagai kekuatan SPV untuk menipu pengundi Pulau Pinang?
 

No comments:

Post a Comment