Sunday, March 11, 2018

MCA : SELCAT YANG GARANG, KINI MENIKUS DALAM ISU TANAH IJOK


Kononnya ketika mula mengambil-alih pentadbiran Selangor dari Barisan Nasional, pakatan pembangkang telah menubuhkan satu jawatankuasa khusus menegakkan keadilan dan ketelusan iaitu Selcat (Select Committee on Competency, Accountability and Transparency) . Justeru, perkara utama yang dilakukan adalah membicarakan segala salahlaku pentadbiran BN terdahulu. Tetapi Selcat hanya berminat mencari kesalahan dan kesilapan orang lain.

Malangnya, kesemua ahli DUN pakatan pembangkang di Selangor telah membisu seribu bahasa dari seekor harimau yang garang, kini ibarat tikus yang berlari sembunyikan diri untuk menutup segala deria dari membuka mulut dalam isu tanah di Ijok. Sedangkan mereka mengetahui ketidakadilan sedang berlaku di hadapan mata di mana walaupun harga tanah telah naik melambung tinggi, peneroka di kawasan itu tetap teraniaya.

Lebih pelik, apabila tanah Ijok ini diberikan semula kepada dua pemaju kroni yang telah kalah dalam saman kerajaan negeri ketika Khalid Ibrahim adalah Menteri Besarnya. Mereka kalah di kedua-dua peringkat iaitu di Mahkamah Tinggi dan juga di Mahkamah Rayuan. Tetapi Azmin Ali tetap membenarkan kedua-dua pemaju ini mengambil-alih tanah Ijok. Apakah Selcat tidak ingin menyiasat perkara tersebut?

Azmin dan kerajaan kepimpinannya telah memberi publisiti cukup meluas dengan memberi gambaran yang penjualan tanah Ijok berjumlah RM1.18 bilion telah memberi banyak kebaikan dan manfaat. Namun apa yang berlaku adalah seperti berikut;

Clause 16 of the 2015 Settlement agreement reads that “sale proceeds and other proceeds of sale of other lands would be distributed to seven third parties” – the seven consisting of consultancy parties, management firm besides other individuals became beneficiaries of some RM260 million.

Manakala klausa 43 pula menyatakan “The Settlement Agreement, the Supplemental Settlement Agreement and the Consent Judgement were entered into with the full knowledge, support and sanction of the Selangor state government.”

Ini membuktikan yang kerajaan pakatan pembangkang di Selangor amat mengetahui yang bukan kesemua RM1.18 bilion akan dibayar kepada peneroka tetapi malangnya mereka tidak langsung memaklumkan kepada pihak media dan ia telah disengajakan. Apakah muslihat kerajaan Azmin dan adakah tidak terang yang mereka sedang menipu peneroka di Ijok?

Adalah sesuatu yang tidak normal apabila mereka yang mendabik dada sebagai pemberi maklumat seperti Rafizi dari PKR dan Tony Pua selaku Setiausaha Publisiti DAP telah menikus berdiam diri dengan skim penipuan ini di mana jelas sekali peneroka Ijok mengalami kerugian yang sangat besar dalam pampasan yang diterima manakala pemaju mendapat kelebihan yang melambung dalam tawaran penyelesaian oleh Azmin Ali.

Apakah secara tiba-tiba mereka juga tidak mendapat sebarang maklumat dari kerajaan Selangor?

Justeru, sekiranya penipuan yang jelas untuk menganiaya rakyat Ijok di Selangor juga tidak lagi mendapat perhatian Selcat dan ahli Parlimen seperti Rafizi dan Tony Pua juga gagal berfungsi untuk menegakkan akauntabiliti dan ketelusan tetapi sekadar cekap untuk menipu rakyat, tindakan terbaik yang perlu dilakukan adalah bubarkan saja Selcat di Selangor.
 

No comments:

Post a Comment