Tuesday, February 06, 2018

BUKTI SETERUSNYA... PROJEK TERANCANG TIPU RAKYAT PULAU PINANG


Walaupun Guan Eng berusaha untuk menjawab keraguan Datuk Wee Ka Siong terhadap projek terowong Pulau Pinang, yang pasti, Guan Eng hanya mampu bermain dengan sentimen seolah-olah MCA cuba sabotaj projek ini. Hakikatnya, Guan Eng terpaks membelitkan dirinya. Kini Datuk Wee mengeluarkan lagi bukti bagaimana projek berbilion ringgit ini sebenarnya adalah projek menipu rakyat Pulau Pinang.

Guan Eng mungkin rasakan dirinya bijak memutar-belit kenyataan orang lain tetapi kini satu lagi penerangan dari Datuk Wee yang dapat menjelaskan yang projek mega terowong Pulau Pinang ini sebenar-benarnya adalah satu penipuan yang terancang. Dalam siri ini, Datuk Wee menerangkan bagaimana syarikat konsortium digunakan sebagai syarikat untuk kepentingan sekumpulan kecil.

Apabila terdapat perbezaan ketara antara kenyataan Guan Eng dan Kerajaan Pulau Pinang di antara tahun 2013 dan 2018 berkaitan dengan pemegang saham untuk projek terowong Pulau Pinang dan tiga jalanraya berkaitan, Datuk Wee mendapati terdapat perubahan kepada syarikat projek khas ini, yang melibatkan seperti tersebut;

Syarikat konsortium bertukar menjadi syarikat kumpulan kecil yang berkepentingan, rangkaian antarabangsa menjadi kumpulan kecil, pakar kini membaut kerja 'freelance' dan dari syarikat yang mempunyai aliran tunai yang baik kini semakin menyusut. Itulah senario yang ada kini.

Perubahan yang paling besar berlaku apabila CRCC dan BUCG tidak lagi berada di dalam syarikat Konsotium tetapi telah dimanipulasi kerajaan DAP-Pulau Pinang untuk kepentingan politik mereka. Apabila kedua-dua syarikat gergasi China itu tiada, modal-berbayar untuk syarikat Konsortium yang dibanggakan Guan Eng yang berjumlah RM4.5492 bilion, adalah tidak sah.

Guan Eng sedaya upaya cuba menonjolkan yang syarikat konsortium yang dipilihnya mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh iaitu Consortium Zenith BUCG tetapi jika CRCC di dakwa adalah pemegang saham dan mempunyai modal berbayar terbanyak di antara pemegang saham yang lain, mengapa CRCC tidak disebut langsung?

Jelas sekali Guan Eng pernah mengumumkan yang tiga jalan raya yang berhubung di dalam temuramah bersama BBC China akan mula dibina pada tahun 2016 dan jelas ia tidak berlaku. Persoalan yang dilontarkan Datuk Wee, bagaimana Guan Eng boleh katakan ini tender ini dimenangi syarikat 'China-bidded' jika BUCG hanya memegang 10% ekuiti Consortium Zenith BUCG dan CRCC bukan pun pemegang-sahamnya?

Bagi Datuk Wee, bukan sukar untuk mengetahui mengapa Guan Eng terdesak menonjolkan syarikat Consortium Zenith BUCG sehingga terpaksa menipu yang CRCC ada bersama-sama. Segalanya adalah untuk menunjukkan kononnya syarikat ini mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh.

Sekali lagi pada September 2016, apabila berlakunya kemalangan di tapak pembinaan CRCC yang melibatkan kematian, Guan Eng berkeras agar BUCG digugurkan dari projek tersebut. Dia telah memberi jaminan yang projek terowong ini tidak akan terkesan kerana kononnya syarikat gergasi CRCC masih lagi kontraktor utama.

Pada tahun 2018, satu rombakan besar telah berlaku di mana menurut Datuk Wee, syarikat konsortium ini bertukar menjadi anak syarikat Zenith Construction dan Vertice Berhad memiliki lebih dari separuh ekuiti dan pemegang saham terbesar, bersama-sama syarikat agen lain yang penuh dengan misteri. Juteras Sdn Bhd pula yang pada mulanys memiliki ekuiti sebanyak 10% tetapi kini hanya tinggal 0.75%.

Dari syarikat gergasi di bawah nama konsortium kini beralih kepada syarikat kecil yang ada kepentingan dan syarikat ini gagal memiliki modal-berbayar yang telah ditentukan. Jika ini bukan satu manipulasi, apa lagi yang boleh dikatakan dengan permainan mereka ini? Inilah elemen-element yang Datuk Wee percaya terdapatnya satu bentuk pembohongan dan putar-belit yang disengajakan.

Datuk Wee juga mengingatkan Guan Eng akan surat terbuka yang ditulisnya kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang pada 21 Mac 2013, di mana beliau tegas tidak akan menandatangani kontrak dengan konsortium dan juga 4 syarikat lain dalam konsortium tersebut. Tetapi hari ini, kerajaan Pulau Pinang dengan mudahnya membenarkan konsortium tersebut membuat pindaan pemegang saham. Apakah kontrak ini benar-benar wujud?

Jika Datuk Wee salah, Guan Eng perlu tunjukkan buktinya dan juga buktikan kepada rakyat Penang yang beliau tidak berbohong.
 

No comments:

Post a Comment