Thursday, January 18, 2018

AMANAH DAN PROFESIOANLISMA SPAD, AKHIRNYA PERJANJIAN DUA HALA PROJEK RTS LINK DIMETERAI


Setelah di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur–Singapura yang telah berlangsung pada 19 Julai, 2016 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, kini tiba masanya kedua-dua negara bergerak selangkah lagi bagi memperkemaskan perancangan serta menunjukkan komitmen di antara kedua-dua negara berjiran rapat ini.

Setelah beberapa siri perbincangan di antara pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mewakili kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan serta Lembaga Pengangkutan Darat Singapura, kini satu perjanjian dua hala di antara Malaysia dan Singapura telah berlangsung pada 16 Januari lalu untuk projek  Sistem Transit Rapid (RTS) laluan Johor Bahru-Singapura (RTS Link) yang diwakili oleh Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bagi pihak kerajaan Malaysia dan Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur dan Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan, serta disaksikan oleh kedua-dua kepimpinan negara.

Di antara perkara utama perjanjian dua hala ini, ia merangkumi soal teknikal, langkah keselamatan, kerangka komersil, pembiayaan, perolehan dan peraturan kawal selia dan kastam, imigresen berserta kuarantin.

Di dalam kajian SPAD, laluan RTS ini mampu menggerakkan 10,000 penumpang pada setiap satu jam sehala dan ia adalah penambahan kepada perjalanan di waktu puncak di mana seramai 60,000 pengguna akan melalui laluan ini. Bagi melancarkan lagi perjalanan penumpang, laluan RTS ini akan mempunyai Kastam, Imigresen dan kemudahan Kuarantin (CIQ) di lokasi yang sama di Bukit Chagar dan Woodlands Utara.

Ini bermakna mereka yang melalui RTS akan melalui pemeriksaan pihak berkuasa Malaysia dan Singapura di pintu pelepasan dan perlu melepasi pelepasan imigresen sekali lagi di pintu ketibaan. Hakikatnya, kemampuan RTS Link menampung 10,000 penumpang setiap jam untuk satu arah adalah lebih tinggi dari kemampuan ulang-alik di KTMB Tebrau yang hanya membawa penumpang secara purata seramai 300 penumpang.

Perkhidmatan mengangkut di KTMB Tebrau ke Singapura akan dihentikan selepas enam bulan RTS Link bermula dan dijangkakan pada Disember 2024. RTS Link akan merentasi Tambak Johor melalui jambatan setinggi 25 meter yang menghubungi Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru ke RTS Link di Stesen Utara Woodlands di Singapura seperti gambar di bawah;

Bagi tujuan yang lebih jimat, RTS Link akan mengguna empat sistem utama yang sama iaitu keretapi, sistem 'signalling', sistem perhubungan dan sistem Kawalan Pengawasan Bersepadu memandangkan di pihak Singapura akan membangunkan Thomson-East Coast Line (TEL). Ini bermakna, kerja-kerja penyelenggaraan berat di Singapura akan dilakukan oleh pengendali TEL - Keretapi SMRT di Depot Mandai. Walaubagaimanapun, peneyelenggaraan berskala kecil juga akan melibatkan RTS Link di Bukit Chagar.

Perjanjian dua hala ini juga merangkumi persetujuan syarikat infra masing-masing yang akan membiayai, membina, memiliki, menyelenggara dan memperbaharui kerja-kerja infra awam dan stesen-stesen di kawasan masing-masing. Di pihak kerajaan Malaysia, Prasarana Msia Bhd telah dilantik manakala kerajaan Singapura pula telah memilih LTA.

Kedua-dua negara bersetuju untuk bersama-sama melantik sebuah syarikat pengendali (OpCo) untuk memiliki, merekabentuk, membina, membiaya dan memperbaharui aset-aset RTS Link seperti gerabak, landasan dan sistemnya. OpCo ini akan membayar kadar konsesi kepada kedua-dua negara apabila ia diberi kebenaran mengutip hasil dari RTS Link (seperti gambarajah). Kadar tambang akan ditentukan syarikat pengendali dan akan dikuatkuasa oleh kedua-dua negara.

Di dalam perjanjian dua hala ini juga merangkumi persetujuan jangkamasa konsesi iaitu 30 tahun. OpCo ini adalah syarikat kerjasama di antara syarikat Malaysia dan Singapura. Oleh itu, kedua-dua negara telah menetapkan Prasarana Malaysia Berhad, LTA, dan SMRT Corporation Ltd sebagai syarikat kerjasama bagi tempoh pertama konsesi dan kerjasama ini akan ditubuhkan pada 30 Jun 2018 dan memeterai perjanjian konsesi pada 30 September 2018 pula. Konsesi lain akan ditawarkan melalui tender terbuka.

Inilah komitmen kedua-dua negara dalam memastikan bukan saja projek RTS Link dapat direalisasikan, malahan mengeratkan lagi hubungan diplomatik bersama-sama negara jiran. Lebih utama, rakyat kedua-dua negara khasnya dan di rantau ASEAN umumnya dapat menikmati manfaat dari segi hubungan persaudaraan dan juga peluang ekonomi yang lebih memberangsangkan.

Di dalam merealisasikan projek RTS Link ini, pihak SPAD telah memberi sepenuh tumpuan apabila kerja-kerja awal dan teknikal telah diamanahkan kerajaan Malaysia dan kini ia bakal dilaksanakan dengan penuh pendekatan profesional, telus dan harmoni.
 

No comments:

Post a Comment