Friday, December 29, 2017

PENGANGKUTAN AWAM KEKAL AGENDA UTAMA PADA TAHUN 2017 DAN 2018

Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya dan tidak dapat tidak, tahun ini telah meletakkan pengangkutan awam darat sebagai agenda utama pembanguan negara untuk rakyat dan secara zahirnya ia adalah kejayaan negara di bawah agenda Program Transformasi Negara. Di dalam merealisasikan agenda ini, kerajaan telah mengutamakan pengangkutan awam yang moden dan mesra alam di mana pelbagai inisiatif telah diperkenalkan termasuklah di dalam perkhidmatan rel dan penambahbaikan jaringan hubungan pengangkutan awam darat.

Bermulanya dengan pelancaran fasa kedua MRT (Mass Rapid Transit) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) pada 17 Julai lau, ini adalah pengukur utama kepada bukan saja perkhidmatan kereta api malahan kepada lanskap pengangkutan awam darat negara. Jajaran keretapi sepanjang 51km dengan 31 stesen hentian ini bukan saja telah mampu mengatasi jarak dan masa perjalanan penumpang malahan dengan perkhidmatan dan gerabak yang setanding rel di negara maju di dunia, tambangnya juga sangat murah dan mampu untuk rakyat pelbagai lapisan.

Pada masa lalu, hubungan jalan darat di sekitar kawasan Lembah Klang hanya melalui jalanraya tetapi bermulanya dengan jaringan laluan LRT (Light Rail Transit), hubungan rel di kawasan bandar telah menghubungi masyarakat di Kelana Jaya, Sri Petaling dan Ampang. Kini, jajaran hubungan rel bukan saja meliputi laluan SBK malahan apabila laluan fasa kedua MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) siap, ia mampu meluaskan kali hubungan perjalanan sehingga meliputi lebih dari 19 peratus kawasan Lembah Klang pada tahun hadapan nanti.

Fasa pertama SSP dijangka akan siap sepenuhnya pada Julai 2021 yang meliputi laluan sepanjang 52.2km dengan 37 stesen hentian termasuklah 11 hentian di bawah tanah. Pengumuman bajet 2018 lalu, PM Najib telah menyatakan yang MRT 3 (Circle Line) dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2025 di mana ia akan dilengkapkan sepenuhnya lebih awal dari jadual yang telah dirancangkan pada tahun 2027. Justeru, ia akan mampu membuat penjimatan kos.

Projek yang sangat dinanti-nantikan bukan saja rakyat Malaysia malahan seluruh dunia juga teruja apabila PM Najib dan Presiden Singapura Lee Hsien Loong, melancarkan projek keretapi laju (HSR) KL-Singapura. Pada 1 November lalu, pemantauan awam telah pun bermula dan akan diteruskan sehingga 31 Januari tahun hadapan. Cadangan lengkap terakhir akan diserahkan kepada pihak SPAD pada suku tahun pertama 2018 nanti.

Menariknya, setiap rekabentuk stesen laluan HSR telah dilancarkan yang akan melalui sepanjang 328km di mana 7 stesen hentiannya adalah di Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat and Iskandar Puteri. Di Singapura pula, stesen HSRnya adalah di Timur Jurong.

Selain dari itu, Malaysia telah melakar sejarah di dalam pengangkutan awam darat apabila kita merupakan negara pertama yang mengiktiraf perkhidmatan e-hailing di dunia. Kerajaan telah memberi kebenaran secara rasmi perkhidmatan Uber dan Grabcar sebagai perkhidmatan pengangkutan awam darat apabila usul ini telah diluluskan di Parlimen pada 27 Julai lalu.

Di antara perkembangan yang menunggu untuk dimulakan perlaksanaannya adalah projek infrastruktur ECRL (East Coast Rail Link), WCE (West Coast Expressway), KVDT (Klang Valley Double Track) dan Lebuhraya Pan Borneo.

Demikianlah apabila kerajaan memberi keutamaan kepada pengangkutan awam darat sepanjang tahun 2017 dan diteruskan perlaksanaan pembangunannya pada tahun 2018 nanti. Demi rakyat, kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan mereka dan kedatangan 2018 nanti pula akan menyaksikan lebih banyak perancangan pengangkutan awam darat dapat direalisasikan dan ia sentiasa menjadi agenda utama pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment