Saturday, December 30, 2017

KERJASAMA MCA DAN GERAKAN DEMI PRU14


Sesuatu yang sangat dicemburui dan gagal diikuti adalah perpaduan utuh di antara parti-parti komponen dalam Barisan Nasional. Walaupun di antara MCA dan Gerakan ada sejarah mereka tersendiri, hari ini, mereka tidak lagi menyaingi antara satu sama lain malahan merancang pelbagai program bersama untuk persiapan PRU14.

Justeru, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengumumkan satu perhimpunan bersama akan diadakan pada Januari 6 2018 yang akan melibatkan ahil-ahli akar umbi kedua-dua parti MCA dan Gerakan. Kedua-dua parti ini ingin menyerlahkan betapa mereka ingin perbaiki hubungan bersama dan seterusnya mempromosi perjuangan mereka untuk mempromosi keharmonian, kesederhanaan dan masyarakat pelbagai latarbelakang kaum dan budaya.

Banyak perubahan positif telah terserlah sejak gandingan Datuk Liow dan Timbalannya Datuk Wee Ka Siong mengambilalih tampuk kepimpinan MCA. Ia juga berlaku di dalam kepimpinan Datuk Mah Siew Keong apabila dilantik sebagai Presiden Gerakan. Kedua-dua kepimpinan parti komponen BN ini telah berusaha keras memberi tumpuan sebagai barisan utama yang mampu bergandingan di dalam isu-isu tertentu.

Selepas keputusan pahit yang terpaksa ditelan kedua-dua MCA dan Gerakan dalam meraih sokongan pengundi Cina di PRU12 dan PRU13 lalu, kedua-dua parti ini mendapati tiada formula yang lebih baik selain dari bekerjasama dan bersatu sepertimana yang sering diusulkan Presiend BN Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Gerakan Datuk Mah juga yakin, setelah program bersama MCA nanti, ahli-ahli akar umbi kedua-dua parti akan lebih memahami, menghormati dan meyakini antara satu sama lain. Lantas, persefahaman mereka nanti akan mampu kembalikan keyakinan sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional.

Bagi MCA, strategi politik ini mampu beri kemenangan yang lebih kepada BN dan MCA target untuk menang 20 kerusi parlimen dan 40 kerusi DUN, manakala Gerakan juga menjangkakan 5 atau lebih kerusi parlimen dan 12 kerusi DUN yang akan dipertandingkan di PRU14 nanti memihak kepada mereka, ini termasuklah kerusi yang dipertandingkan di Pulau Pinang.

Sungguhpun MCA merupakan parti yang seratus peratus mewakili masyarakat Cina dan Gerakan mewakili 70%, yang pasti, suara masyarakat Cina telah hampir lumpuh di dalam kerajaan kerana terlalu mempercayai janji-janji kosong dan terpengaruh dengan hasutan DAP yang mereka akan berjaya menawan Putrajaya di kedua pilihanraya umum lalu.

DAP mungkin berjaya dengan doktrin mereka di masa lalu tetapi apabila hakikat kejayaan BN masih kekal sebagai parti pemerintah di kedua-dua pilihanraya umum lalu, masyarakat Cina sebenarnya telah menjadi mangsa kepada pembohongan mereka. Akhirnya bukan saja mereka telah dimangsakan malahan mereka terus-terusan ketinggalan dari pelbagai keistimewaan dan hak sebagai rakyat Malaysia.

Barisan Nasional dan parti-parti komponan lain tidak rugi kerana mereka kekal sebagai parti pemerintah negara. BN juga diwakili parti-parti komponen dari Sabah dan Sarawak di mana mereka adalah parti yang mampu mengatasi keistimewaan yang pernah dinikmati MCA dan Gerakan seperti bilangan menteri yang bertambah dan jawatan kanan kerajaan.

Sekali lagi diingatkan masyarakat Cina khasnya yang bakal ketinggalan. Oleh itu, gandingan kerjasama di antara MCA dan Gerakan ini perlu dilihat sebagai strategi bukan saja untuk Barisan Nasional pada keseluruhannya tetapi khusus untuk masadepan dan kepentingan masyarakat Cina nanti. Seperti kata-kata orang Melayu... SESAL DAHULU PENDAPATAN TETAPI SESAL KEMUDIAN, TIADA GUNANYA LAGI.
 

No comments:

Post a Comment