Monday, November 27, 2017

MUSANG KING KINI SUMBER KEKAYAAN RAKYAT BENTONG


"Durian bukan saja Raja segala buah-buahan tetapi kini telah dijadikan item penting sebagai hubungan persahabatan dan diplomatik di antara Malaysia dan negara China. Malahan, pelancong dari China telah sanggup terbang ke Bentong hanya untuk durian Musang King" - begitulah pesanan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya di Festival Durian Antarabangsa yang julung kali diadakan di Bentong, Pahang.


Ini adalah festival antarabangsa yang pertama kali diadakan di Bentong Pahang dan acara promosi terbesar durian Musang King di Malaysia dengan usaha Pusat Belt and Road MCA dan kerjasama Mango Entertainment of China's Hunan Broadcasting System Company, mensasarkan sekuran-kurannya 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara ke Bentong.

Setelah Musang King Malaysia berjaya mendapat sambutan luar biasa di Nanning Durian Festival di China pada awal November lalu, kini durian Musang King Bentong dan Raub pula dipromosi secara meluas di Festival Durian Antarabangsa agar bukan saja dapat promosi produk penduduk tempatan malahan dijadikan produk dan acara tahunan dalam kalender pelancongan negara dan khususnya untuk Bentong.

Mengimbas kenangan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China pada Mei lalu, beliau secara peribadi telah meminta supaya 43 buah durian paling enak dibawa bersama sebagai buah tangan menandakan hubungan persahabatan dan diplomatik selama 43 tahun kedua-dua negara. Bermula dari situ, Musang King telah mendapat tempat di negara China.

Sambutan luarbiasa di Nanning Cina ini dikongsi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut hadir di Festival Durian Antarabangsa ini. Di negara China, produk kedua paling laris dan sentiasa ditunggu-tunggu penduduk yang lebih dari 300 juta ini selain dari kedatangan telefon pintar iphone X, durian Musang King telah mendapat tempat di pasaran negara Cina.

Menurut Menteri Pertanian, sebelum ini produk durian Malaysia harus melalui Singapura untuk eksport ke neara China tetapi setelah lawatan PM Najib
berjaya meyakinkan yang durian Musang King adalah buah tempatan yang lazat dan bermutu tinggi serta promosi ketika Nanning Durian Festival, raja buah
ini akan dieksport terus tanpa melalui Sinapura.

Durian kini dianggap sumber kekayaan baharu, maka sebagai Ali Parlimen Bentong, beliau berpesan kepada warga Bentong dan jirannya Raub untuk bersiap-sedia berhadapan dengan perubahan besar yang bakal berlaku dalam tempuh 5 tahun akan datang apabila Musang King dijadikan produk utama untuk dieksport bagi memenuhi permintaan pasaran negara China nanti. Selain dari Musang King, Bentong juga terkenal dengan hasil tanaman halianya yang sangat bermutu tinggi.

Tambahan, Bentong dan Raub akan menikmati hubungan laluan rel dalam perancangan kerajaan di dalam transformasi ekonomi melalui projek bertaraf dunia East Coast Rail Link (ECRL). Kini produk tempatan penduduk Bentong terutamanya Musang King dan halianya pasti akan menembusi pasaran antarabangsa.

Bentong juga telah mendapat liputan luas stesen TV Hunan yang terkenal dengan persembahan realitinya seperti Where Are We Going, Dad? dan Super Voice Girls, kini bersetuju mempromosi Festival Durian Antarabangsa melalui pelbagai saluran termasuk di media sosial, radio dan stesen TV. Pada masa yang sama, Pusat Belt and Road MCA telah menandatangan perjanjian sebagai rakan strategik dengan Mango Entertainment untuk promosi perdagangan, pelancungan dan kebudayaan untuk lima tahun dan fokus mereka juga adalah Festival Durian Antarabansa di Bentong ini.


Hanya dengan kebijaksanaan dan keutamaan untuk berkhidmat kepada rakyat, Presiden MCA Datuk Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong telah berjaya membawa perubahan besar dan mantap untuk rakyat Bentong. Bayangkan apabila Bentong pada masa terdekat dijadikan bandaraya hanya dengan hasil Musang King dan halianya nanti. Syabas MCA kerana berjaya membawa perubahan besar kepada warga Bentong!

No comments:

Post a Comment