Sunday, July 30, 2017

MCA YAKIN PENGUNDI CINA DI PENANG AKAN BERALIH MEMILIH BN

Presiden MCA : BN mampu memenuhi janji-janjinya

Perbezaan ketara di antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) adalah BN mampu memenuhi janji-janjinya. Demikianlah peringatan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada rakyat Pulau Pinang khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Maka dengan itu, setelah menyedari PH gagal dalam menunaikan janji-janji mereka yang telah lalu, telah ada tanda-tanda positif yang pengundi Cina di Pulau Pinang akan kembali memberi sokongan kepada BN pada PRU14 nanti.

Ternyata kepimpinan Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang telah mengecewakan rakyatnya apabila setelah mandat dan peluang diberikan kepada mereka, bukan saja segala janji-janji terdahulu gagal dilaksanakan malahan mereka telah ditambahkan dengan pelbagai beban.

Selama 9 tahun, DAP telah berjaya menipu rakyat Pulau Pinang yang semata-mata memecah-belahkan bangsa Cina hanya untuk berkuasa, namun DAP tidak lebih daripada tidak berkeupayaan membangun Pulau Pinang malahan negeri ini bakal dibebani dengan pelbagai musibah dan hutang.

Datuk Liow yang juga adalah Menteri Pengangkutan turut menyelar DAP yang telah menabur pelbagai janji-janji palsu kepada rakyat Pulau Pinang kononnya Pelan Pengangkutan Pulau Pinang akan memberi sinar kepada penduduk tempatan. Tetapi apa yang terjadi, jumlah yang besar yang menelan ratusan juta  telah dikeluarkan untuk kerja-kerja penyelidikan sahaja tetapi sehingga kini bukan sahaja tidak mampu disiapkan malahan belum pun dimulakan.

Jauh bezanya dari kerajaan BN yang telah berjaya melengkapkan aliran MRT (Mass Rapid Transit) dari Sungai Buloh ke Kajang. Projek mega ini bukan saja telah berjaya beroperasi malahan oleh kerana ia dikawalselia oleh kerajaan BN, ia telah mampu disiapkan lebih awal. Justeru, kos perbelanjaan telah mampu dikurangkan sebanyak RM2 bilion.

Banyak lagi projek yang berpaksikan kepentingan rakyat yang telah dilaksanakan kerajaan BN di bawah kepimpinan PM Najib Razak. Kita juga telah menyaksikan pembinaan rumah-rumah rakyat yang dibina di Kampung Kerinchi, Cheras dan merata Lembah Kelang. Tetapi sehingga kini, janji DAP untuk membina rumah mampu rakyat hanya tinggal rumah mampu lihat oleh rakyat tempatan.

Kerajaan BN juga telah mampu menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dalam pelbagai program. Lihat saja setiap kali perayaan besar setiap bangsa. Ini adalah hasil inisiatif awal kerajaan BN yang ingin ditiru Pakatan Harapan dan mereka ternyata gagal. Di negeri-negeri lain selain Pulau Pinang, Tahun Baru Cina diraikan semua kaum bersama, Hari Raya disertai oleh semua kaum selama sebulan, Hari Gawai pula didatangi oleh rakyat dari Semenanjung untuk bersama-sama rakan dan sahabat di Sarawak.

Tetapi DAP di Pulau Pinang telah menyisihkan perayaan Aidil Fitri dari bangsa Cina dan Tahun Baru Cina pula disisihkan dari bangsa Melayu. Apakah ini yang dikatakan sebagai keharmonian rakyat?

Ternyatalah DAP ini hanya mampu bercakap tetapi gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Begitu juga yang sekarang ini berlaku dalam kerajaan PKR di Selangor di mana sehingga kini isu air masih di tahap kritikal walaupun mereka berjanji menyelesaikannya pada PRU12 dan PRU13.

Bagi MCA pula, Datuk Liow sekali lagi memaklumkan yang parti yang mewakili bangsa Cina telah melalui transformasi parti dalaman untuk persiapan menghadapi PRU14 nanti. MCA telah mengadakan pelbagai program untuk mendekati pengundi muda di mana MCA sangat mengetahui yang mereka ini penuh dengan idea dan mereka perlukan sokongan dan galakan agar mampu memberi sumbangan positif kepada negara.

Ramai di kalangan masyarakat Cina hari ini telah mula menyedari yang negara ini hanya boleh dikendalikan oleh sebuah parti yang kuat dan bersatu seperti  Barisan Nasional. Maka dengan itu, MCA perlu diberi mandat penuh untuk terus berada di dalam kerajaan agar dapat benar-benar memperjuangkan masa depan masyarakat Cina dan rakyat Malaysia juga. Diharapkan rakyat Pulau Pinang tidak akan berterusan dikecewakan dengan JANJI PALSU DAP!

1 comment:

  1. 1MDB pinjam berbilion melalui bon. Minta kelulusan Bank Negara utk guna duit itu bayar IPIC. Bank Negara lulus. Hantar duit itu ke akaun yg tiada kaitan dgn IPIC*. 1MDB didenda oleh Bank Negara.
    IPIC pun tuntut wang itu. Dlm perbicaraan, dipersetujui 1MDB/MOF kena bayar IPIC 31 Julai dan hujung tahun. 1MDB kata "No problem" sebab boleh jual Edra, Bandar Malaysia & lain2 utk bayar IPIC.
    (Ambil duit deposit dari pembeli Bandar Malaysia. Lepas itu pulangkan balik sebab ada pihak lain sanggup bayar lebih. Tapi sampai hari ini, tak jadi2 juga. Terpaksa cari pelabur lain pula.)
    Sampai masa, 1MDB tak bayar IPIC. Minta utk dibayar dlm Ogos. IPIC kata 5 hari atau akan dikenakan lagi tuntutan2 lain.
    Nampaknya MOF juga lah yg akhirnya terpaksa bayar. Duit siapa agaknya?
    * Oh ya, kemana perginya berbilion yg sepatutnya dibayar kpd IPIC? Dah banyak kali tanya, tak terjawab lagi.
    Siapa Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB? Siapa Menteri MOF? Siapa PM?
    Siapa MO1?.... Hanya golongan Melayu UMNO-PAs-Sultan-Agong govenor Radical IS ISlam Racist terrorist yang cubaa nak sembunyi Fakta dan buat tak tahu...Allah sumpah keluarga awak mati Ganjil...Amaran!!

    ReplyDelete