Friday, June 16, 2017

PROGRAM RAMADHAN DAP ... PRIHATIN ATAU SEMEMANGNYA ADA MUSLIHAT?


DAP sememangnya terlalu terdesak untuk mendapat sokongan dan undi orang melayu. Maka mereka akan lakukan apa saja termasuk ingin dilihat bersama-sama umat Islam dalam keadaan bersila, bertempuh dan sanggup mengguna tangan makan di dalam dulang dengan penyokong Melayu mereka. 

Anehnya, perbuatan pemimpin-pemimpin DAP ini tidak pernah berlaku ketika mereka bersama-sama PAS di dalam Pakatan Rakyat.

Sejak memutuskan hubungan politik dengan PAS, DAP dikatakan mengalami kemerosatan sokongan melampau dari bangsa Melayu dan dengan pendedahan demi pendedahan dari UMNO terhadap muslihat DAP, sokongan terhadap mereka menjadi kritikal dan begitu juga berlaku di negeri jajahan DAP di Pulau Pinang.

Langkah pertama yang dilakukan DAP setelah menyedari sokongan Melayu di tahap kritikal adalah melantik Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution sebagai penasihat strategik Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang. Maka, di kesempatan bulan Ramadhan ini pelbagai program diaturnya untuk berbuka puasa dan juga pemberian kurma di bazar-bazar Ramadhan.

Strategi program DAP tidak terhenti kepada umat Islam saja, malah satu majlis berbuka puasa khusus untuk kumpulan songsang yang terdiri daripada mereka yang mengamalkan hubungan sejenis di antara lelaki dan lelaki serta perempuan dan perempuan yang lebih dikenali sebagai golongan LGBT.

Pada 10 Jun yang lalu, kumpulan yang dikenali sebagai Pelangi Campaign yang diketuai Numan Afifi yang juga merupakan Ketua Organisasi DAPSY Subang merangkap Ketua Koordinator Sekolah Demokrasi DAP dengan bangga mengisytiharkan majlis tersebut sebagai sangat berjaya untuk menunjukkan kemajuan baru dalam kempen menyokong golongan LGBT oleh DAP.

Sekali gus, DAP menjalankan dakyah kempen politiknya yang menegaskan bahawa hak dan nasib golongan LGBT ini hanya akan terbela jika kuasa pemerintah dapat dirampas dari parti memerintah Barisan Nasional kelak. Lebih jelas dakyah politik DAP yang sengaja menonjolkan kekuatan mereka di kalangan ahli-ahli Pakatan Harapan.

Sebenarnya, di sebalik kesemua lakonan DAP di bulan Ramadhan ini tersembunyi muslihat kesilapan mereka setelah pendedahan Kristinasi mereka dalam buku Hanah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah: A Personel Journey”. 

Buku ini dengan jelas mendedahkan politik Hannah adalah semata-mata untuk menyesatkan umat Islam sehingga berjaya dimurtadkan.

Pendedahan yang telah dibuat oleh pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Yusoff berkemungkinan besar telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 4 (1) (a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 di mana enakmen ini dengan jelas mewartakan yang seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu.

Apakah kita tidak jelas yang apabila DAP bertindak, pasti terdapat sesuatu muslihat politiknya? Kita hanya perlu bertanya diri sendiri, apakah selama DAP ditubuhkan sejak berdekad lamanya, mereka sangat prihatin terhadap ugama Islam dan bangsa Melayu ataupun apabila ada kontroversi maka mereka akan cuba menutup kesilapannya?

No comments:

Post a Comment