Saturday, June 17, 2017

DAP PERLU BELAJAR DARI MCA CARA MENGHORMATI RAMADHAN

Saksikan video ini dan bandingkan insiden di Bazar Ramadhan Kluang;


Insiden kekecohan yang berlaku di Bazar Ramadhan Kluang tidak akan mudah untuk dilupakan apabila DAP cuba tunjuk lagak dengan peniaga-peniaga tempatan. Berlainan sekali dengan tauladan yang telah ditunjukkan MCA Kelantan apabila berhadapan dengan bangsa Melayu di bulan Ramadhan ini.

Video seorang anak jati Wakaf Bharu, Tumpat telah dikongsi di laman Facebook oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles untuk dijadikan tauladan kepada semua terutama yang bangsa bukan Melayu dan ingin sama-sama meraikan Ramadhan bersama-sama masyarakat setempat.

Bagi Chua Hock Kuan, menyantuni rakan-rakan yang beragama Islam dan memahami budaya Ramadhan setempat adalah lebih penting daripada asyik ingin berkempen politik. Beliau telah memberi kotak kurma terus kepada pihak masjid dan tidak seperti DAP yang mempunyai agenda politik, konon ingin memberi kurma dalam kotak kecil tetapi sebenarnya hanya ingin mendekati hati pengundi bangsa Melayu. DAP pula memilih tempat di mana pengunjungnya pasti ramai bangsa Melayu.

Lebih jelek apabila dengan terang-terangan DAP meletakkan logo partinya di setiap kotak kurma. Pasti pemberian mereka tidak menunjukkan keikhlasan tetapi bertujuan untuk kempen politik mereka.

Jika inilah amalan DAP maka tidak hairan jika mereka dihalau di Bazar Ramadhan Kluang. Banyak lagi yang perlu DAP belajar dari MCA terutama sekali untuk menghormati bulan Ramadhan dan masyarakat Melayu. Memang masih jauh lagi untuk DAP mudah diterima bangsa Melayu terutama di kawasan kampung.

Bukan saja pendekatan Hock Kuan diterima baik umat Islam malahan mampu mengelak daripada sebarang kekecohan. Malahan beliau telah dijemput untuk bersama-sama beriftar dengan jemaah masjid dengan penuh rasa persaudaraan di kalangan pelbagai kaum.

Inilah penerapan kesederhanaan yang sering diterapkan oleh MCA dalam mendekati hati rakyat dan bukan seperti yang dilakukan DAP dan juga sekutunya PKR yang cuba memandai-mandai untuk campur aduk kempen politik dan juga hal ehwal ugama. Perbuatan Sivarasa dari PKR jelas tidak mendapat perkenan Sultan Selangor sehingga menimbulkan kemurkaan baginda dan menyelarnya dengan kata-kata... 'Sivarasa, You have crossed the line'.

Walaupun DAP cuba sedaya-upaya meniru apa saja MCA lakukan, mereka tahu... pasti akan gagal!

Ini sebenarnya yang berlaku di Bazar Ramadhan Kluang...

No comments:

Post a Comment