Wednesday, April 26, 2017

PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH 1MDB-IPIC, PEMBANGKANG BELUM HABIS MENIPU



Masih ramai yang dikelirukan pembangkang apabila Kementerian Kewangan terlibat di dalam perundingan penyelesaian luar mahkamah arbitrari (timbang tara) di antara 1MDB dan IPIC, ia pasti akan melibatkan duit rakyat kerana ia adalah hutang persekutuan. Sebelum pergi jauh butir penyelesaian di antara 1MDB dan IPIC, kita semak semula apakah benar kerajaan Malaysia dan rakyat terpaksa menanggung segala hutuang piutang 1MDB.

Pihak 1MDB tidak pernah menafikan yang ia adalah sebuah syarikat milik kerajaan dan dalam rancangan rasionalisasi untuk menyusun semula hutangnya, seawal Januari 2016, menerusi tiga urus niaga yang berjaya maka hutang yang pada asalnya sebanyak RM42 bilion, kini berkurangan sebanyak kira-kira RM40.4 bilion. Malah, hutang jangka pendek termasuk hutang kepada kerajaan sebanyak RM950 juta juga telah selesai.

Kini 1MDB diambil alih oleh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Inc) di atas saranan PAC selepas penyiasatan dilakukan. Maka bagi anggapan pembangkang yang cuba dipengaruhi Tony Pua adalah semua lebihan hutang 1MDB terutamanya dengan IPIC akan ditanggung kerajaan dan ini bagi mereka pasti melibatkan duit rakyat.

Perlu kita ketahui yang hutang 1MDB dan projek-projek yang berkaitan dengannya tidak diklasifikasikan sebagai hutang Kerajaan Persekutuan dan jumlahnya pula tidak menyumbang kepada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan. Ini telah dijelaskan Menteri Kewangan Ke-2 Datuk Seri Johari Abdul Ghani di dalam Dewan Rakyat pada bulan Mac yang lalu.

Di dalam laporan PAC juga telah menjelaskan hutang yang kekal dalam lembaran imbangan 1MDB adalah sukuk RM5 bilion, bon US$3.0 bilion serta bon International Petroleum Investment Co (IPIC) sebanyak AS$3.5 bilion dan pembayaran hutang akan dibuat menerusi aliran tunai dan bukan seperti apa yang di dakwa Tony Pua yang mendakwa Putrajaya “menyelamatkan” 1MDB dengan mengambil alih hutang bernilai lebih RM3.2 bilion.

Kini untuk sekian kali Tony Pua mengulangi pembohongan yang sama apabila kes arbitrari antara 1MDB dan IPIC diselesaikan di luar mahkamah beberapa hari lalu kononnya kerajaan mengguna duit rakyat membayar jumlah hutang AS$3.5 bilion bersamaan RM 25.18 Bilion (IPIC RM5.28 Bilimon + Bon RM15.4 Bilion + Faedah Bon RM4.5 Bilion).

Di dalam ucapan Tahun Baru 2017 lalu, PM Najib juga telah menyatakan yang di antara kejayaan plan rasionalisasi 1MDB termasuk perjanjian yang dipersetujui dengan IPIC di mana bon bernilai US$3.5 bilion (RM15 bilion) diambilalih mereka iaitu IPIC.

Pada awalnya, IPIC telah menafikan menerima sebarang bayaran dari 1MDB, maka inilah permulaan pertikaian dan isu utama dalam aribitrari (timbang tara) sehingga di bawa ke mahkamah. Namun, setelah diselidiki oleh pihak 1MDB, kekuatan kes ini bakal berpihak kepada mereka dan akhirnya IPIC mengakui bayaran telah diterima memandangkan terdapat dokumen sahih seperti dijelaskan oleh 1MDB ... DI SINI

Pada Tony Pua, 1MDB masih perlu membayar bon bernilai US$3.5 bilion (RM15 bilion) tetapi beliau sengaja tidak menjelaskan yang jumlah yang pernah dinafikan IPIC telah diperakui penerimaan melalui syarikat lain. Tony Pua beranggapan yang bon US$3.5 bilion ini tidak dibayar kepada IPIC. Sebenarnya wang
US$3.5 bilion ini, kemudiannya akan digunakan 1MDB untuk menjelaskan bon tersebut apabila tempohnya telah matang dalam lima tahun lagi pada 2022.

Walaupun telah dijelaskan secara rasmi di dalam Dewan Rakyat, yang segala hutang 1MDB bukanlah hutang kerajaan yang akan ditanggung rakyat tetapi Tony Pua dan pembangkang enggan menerima penjelasan. Pada masa yang sama, Tony Pua sengaja sembunyikan yang nilai aset 1MDB terkini yang kini dimiliki MoF Inc melebihi hutangnya.

Pokoknya, penyelesaian yang dilakukan MoF Inc terhadap IPIC telah membuktikan segala dakwaan Tun Mahathir dan rakan-rakan pembangkangnya sebagai satu pembohongan di mana selama ini, mereka terlalu terdesak menuduh Datuk Seri Najib menyamun wang 1MDB sehingga dikaitkan dengan penyaluran kepada pihak ketiga yang melibatkan Jho Low dan anak tirinya Reza.

Datuk Seri Najib juga cuba disabitkan dengan 'money laundering' sehingga pihak berkuasa Amerika, Switzerland, Singapura dan negara-negara lain dipengaruhi untuk menyiasat tetapi akhirnya, bermula dengan Singapura yang hanya menjatuhkan hukuman terhadap kakitangan USB dan kemudian Switzerland pula telah menggugurkan siasatan mereka.

Dengan penyelesaian ini juga, kita bakal menyaksikan kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dan dakwaan bahawa wang 1MDB telah dicuri akan menjadi tidak relevan sepertimana tindakan AG Switzerland. Penyelesaian IPIC dan 1MDB ini juga adalah pengakhiran kepada fasa kritikalnya.

Kita tidak mengharapkan Dr Mahathir, Tony Pua dan kuncu-kuncunya enggan menerima hakikat yang Datuk Seri Najib tidak terlibat dalam sebarang penyelewengan wang 1MDB tetapi yang lebih penting, rakyat kini telah faham dan telah mula mencurigai segala yang pernah dan bakal mereka katakan nanti kerana itulah, mahkamah juga tidak menerima pakai sebarang tulisan Dr Mahahtir yang dianggap ... ANDAIAN TANPA BUKTI NYATA!

Apabila pembangkang belum habis menipu, apakah kita akan terus membenarkan diri kita ditipu?

No comments:

Post a Comment