Kesilapan yang tidak sengaja dilakukan MCA Bahagian Taiping kerana mengeja perkataan 'pertabalan' tetapi telah dicetak sebagai 'perbatalan' telah disedari dan mendapat teguran, telah dengan segera diperbetulkan oleh pihak yang terlibat. Pada masa yang sama, pihak MCA Taiping telah mengeluarkan mesej memohon maaf seperti berikut;
Selamat Petang Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan.
Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami. Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut. Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula.
Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku di atas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tulus ikhlas daripada
Cik Ang Sui Eng,
Pengerusi MCA Bahagian Taiping
Di dalam rakyat Malaysia meraikan upacara pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara yang kaya dengan sejarah dan penuh istiadat ini, MCA sebagai parti komponen Barisan Nasional tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan turut bangga. Istiadat yang diadakan hanya sekali setiap lima tahun ini pastinya menjadi tumpuan bukan saja rakyat Malaysia malahan disaksikan juga di seluruh dunia.
Walaubagaimanapun, seperti yang dijelaskan pihak MCA Bahagian Taiping, kesilapan mereka menaikkan banner yang tersilap itu bukanlah sesuatu yang disengajakan dan ia hanyalah kekhilafan manusia biasa. Oleh itu, seharusnya tidak ada mana-mana pihak terutamanya dari pihak parti-parti pembangkang mengambil kesempatan kesilapan yang tidak disengajakan ini memandangkan MCA Bahagian Taiping telah memohon maaf dan diperbetulkan kesilapan dengan segera.
Jelas pihak MCA Bahagian Taiping bukan sengaja mengeja perkataan 'pertabalan' ke 'perbatalan' kerana perkataan 'perbatalan' tidak membawa apa-apa maksud mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia sekadar kesilapan yang bukan dibuat-buat tetapi kekhilafan manusia yang terlepas pandang.
Keikhlasan MCA Bahagian Taiping mengaku kesilapan mereka dan segera mencetak banner yang lain dengan pembetulan perkataan serta meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong ke-15 yang lebih tepat, harus diterima dan menjadi contoh kepada kita apabila ditegur rakyat, segera memohon maaf dan memperbetulkan kesilapan mereka.
Tindakan segera yang diambil oleh pihak MCA Bahagian Taiping ini juga menunjukkan betapa mereka menghormati dan memahami sensitiviti masyarakat pelbagai bangsa di negara terutama orang Melayu. Pasti MCA berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin dan peka dengan segala yang berlaku walaupun ia bukan disengajakan.
Syabas MCA, demi menjaga keharmonian semua rakyat Malaysia, apabila ditegur... segera bertindak!
No comments:
Post a Comment