Thursday, October 13, 2016

TOKEY LADANG SELURUH NEGARA PILIH BERTEMU MCA DAN BUKAN DAP


Betapa pentingnya MCA kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional dan seterusnya mempunyai suara mewakili bangsa Cina di dalam kerajaan. Kini, MCA sedang berusaha membela nasib petani yang sedang kebimbangan berhadapan dengan kekurangan pekerja di ladang-ladang sayur, bunga dan ternakan ayam.

Baru-baru ini, wakil-wakil peladang dari negeri Pahang, Kedah, Johor dan Perak telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong bagi memohon prihatin dan tindakan mengatasi kekurangan pekerja asing di ladang-ladang mereka. Seramai 63,000 pekerja asing diperlukan segera atau mereka mungkin akan berterusan menghadapi kemerosotan pengeluran dan seterusnya mengalami kerugian.

Datuk Wee memberi contoh pengeluaran bunga chrysanthemum di Cameron Highlans yang merupakan pengeluar ketiga terbesar di dunia, telah mampu menyumbang sebanyak RM200 juta setiap tahun kepada eksport negara. Bayangkan jika tiba masa untuk dipetik, oleh kerana kekurangan pekerja ladang maka akan pasti pengeluarannya terjejas.

Pada masa yang sama juga, Datuk Wee mengambil maklum yang kerajaan telah membenarkan mengambil pekerja asing di sektor perladangan tetapi ia terhad kepada perladangan kelapa sawit sahaja.

Bayangkan apabila tiba masa musim hasil tanaman perlu dipetik dan dengan keadaan cuaca yang panas, ditambah pula dengan kekurangan pekerja, maka pasti segala hasil akan membusuk. Oleh itu kebimbangan berterusan ini telah dibawa kepada perhatian MCA untuk mendapatkan bilangan pekerja asing seperti berikut;

Ladang sayuran : 30,000
Ladang buah-buahan : 10,000
Ladang bunga : 10,000
Ternakan ayam :10,000
Cameron Highlands: 3,000

Justeru, sebagai parti politik yang mewakili bangsa Cina, Presiden MCA DS Liow Tiong Lai akan membawa kebimbangan mereka kepada pengetahuan PM Najib Razak dan juga TPM Zahid Hamidi dengan kadar segera.

Ini adalah salah satu bukti yang menunjukkan yang MCA sangat diperlukan bangsa Cina yang sememangnya terkenal di dalam industri perladangan.

Apabila diteliti peranan MCA, nampaknya kata-kata provokasi yang mereka tidak lagi relevan kepada politik bangsa Cina adalah tidak benar sama sekali. MCA bukan sekadar bermain politik semata-mata jika dibandingkan dengan DAP. MCA di bawah kepimpinan Datuk Liow lebih mementingkan untuk berkhidmat dan mewakili bangsa Cina untuk bersuara di dalam kerajaan.

Semoga segala usaha MCA ini mampu membuka mata pengundi Cina yang parti komponen BN sentiasa bersatu dan menepati slogan mereka... STRONGER TOGETHER!

No comments:

Post a Comment