Tuesday, October 11, 2016

DATUK LIOW : 1 LAWAN 1, MAHATHIR HANYA MAMPU BERHARAP


Formula 1 lawan 1 sangat di PRU14 nanti sangat diharpkan Dr Mahathir yang kini telah bersekongkol dengan pembangkang. Malangnya parti baru Dr Mahathir masih belum diterima di dalam pakatan pembangkang.

Oleh itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin ia adalah suatu perkara yang mustahil walaupun Dr Mahathir telah menyertai pembangkang. Kenyataan Datuk Liow sememang ada kebenarannya jika dilihat perpecahan dan perbalahan yang berlaku sesama pakatan sendiri.

Perbezaan fahaman politik pembangkang sedia ada dan kini ditambah pula dengan parti baru Dr Mahathir, tidak akan ada bezanya apabila mereka hanya akan bersatu untuk pilihanraya dan Dr Mahathir juga sehingga kini gagal menyatukan kesemua parti-parti pembangkang. Berbeza dengan parti-parti komponen Barisan Nasional yang dulu sehingga kini masih tetap bersatu menerajui pemerintahan negara.

Bagi Datuk Liow, pembangkang hanya mampu bercakap kosong dan berjanji kosong kerana semua tahu, walaupun mereka sedaya upaya cuba meniru konsep Barisan Nasional, mereka tetap akan gagal. Yang mereka mampu hanya bersatu untuk sementara waktu dan kemudiannya mereka akan berbalah dan pakatan mereka akan bercerai-berai.

Sejarah telah buktikan ketika seawal tahun 1980an apabila wujudnya Semangat46, DAP dan beberapa parti pembangkang bersatu namun terpaksa dibubarkan kerana di antara DAP dan PAS tidak sehaluan. Mereka sekali lagi bergabung dengan usaha PKR di bawah Barisan Alternatif, kemudiannya ditukar kepada Pakatan Rakyat yang juga akhirnya terkubur.

Lebih pelik apabila kononnya Pakatan Rakyat dibubarkan tetapi masih berfungsi kerjasama di Selangor. Kini Dr Mahathir pula cuba bermain wayang yang kononnya parti baru beliau mampu menyatukan parti-parti pembangkang sedangkan kita tahu, Presiden PKR masih tidak dapat memaafkan perbuatannya terhadap Anwar Ibrahim.

Jelas terbukti apabila Dr Mahathir cuba mewujudkan satu pakatan politik dan NGO di bawah 'Deklarasi Rakyat' untuk menentang kerajaan tetapi gagal mendapat sokongan dari semua pemimpin-pemimpin parti pembangkang termasuklah dari DAP dan PKR. PAS pula sekadar menghantar wakil dan NGO yang pro-pembangkang juga ada yang tidak yakin dengan keikhlasan Dr Mahathir.

Kenyataan Dr Mahathir juga sering bertukar-tukar apabila di London, beliau memilih Muhyiddin sebagai calon PM pembangkang tetapi apabila berada di Malaysia, beliau telah bertukar fikiran dan menyerahkan kepada kehendak pakatan pembangkang. Yang pasti, Dr Mahathir tidak berani melebarkan kempennya ke Sabah atau Sarawak.

Apakah Dr Mahathir tidak lihat apa yang sedang berlaku dengan PKR dan DAP Sabah?

Setelah kegagalan pembangkang mendapat kata sepakat ketika PRN Sarawak, apakah Dr Mahathir masih ingin berharap? Di 2 PRU di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, apakah Dr Mahahtir lupa referendum rakyat yang disarankannya itu telah menunjukkan jalan keluar untuk pembangkang?

Kesemuanya itu kerana parti-parti pembangkang gagal mendapat kata sepakat. Seperti saranan Datuk Liow, pengundi-pengundi Cina haruslah berwaspada terhadap janji-janji kosong DAP dan rakan pembangkang mereka yang sehingga kini sememangnya tidak mampu ditunaikan.

Tiba masanya, pengundi-pengundi Cina yang telah dikecewakan DAP untuk kembali memberi sokongan kepada MCA kerana hanya dengan parti ini saja mampu membawa suara rakyat berbangsa Cina didengari kerajaan dan seterusnya ia adalah sangat penting untuk mengekalkan MCA di dalam kerajaan.

No comments:

Post a Comment