Thursday, April 28, 2016

#PRNSarawak : KEHADIRAN MCA SEBAGAI SETIAKAWAN, DAP PULA TIDAK SEPAKAT DENGAN KAWAN


Samada di Semenanjung mahupun di Sarawak ataupun di Sabah, setiap kali adanya pilihanraya, MCA akan sentiasa bersama-sama parti komponen BN yang lain berganding bahu untuk berkempen.

Kini pilihanraya negeri Sarawak yang ke 11 telah melalui proses pencalon dan melihat kehadiran pemimpin-pemimpin MCA bersama-sama mengiringi beberapa calon jelas membayangkan betapa setianya mereka berkawan dan kuatnya semangat dan sokongan kepada rakan-rakan Barisan Nasional di Sarawak.

Dato Liow Tiong Lai telah brsama-sama mengiringi calon-calon SUPP di DUN Batu Kawah (N14) Datuk Dr Sim Kui Hian dan Lo Khere Chiang untuk DUN Batu Kitang (N13) di hari penamaan calon. Manakala, Datuk Wee Ka Siong pula telah mengiringi calon bagi DUN Tanjung Batu (N68), Bintulu, Datuk Chiong Ung Pau. 




SUPP ibarat MCA yang mewakili kaum Cina di Sarawak dan kehadiran Dato Liow serta Datuk Wee adalah juga demi semangat setiakawan dan sokongan untuk sama-sama berkempen bagi menentukan kemenangan berpihak kepada BN. Di samping memberi sokongan moral kepada rakan-rakan yang bertanding, Datuk Wee menganggap kehadiran MCA sebagai satu tanggungjawab bersama.

Amat berbeza sekali dengan DAP. Walaupun mereka adalah pencabar utama kepada SUPP di Sarawak dan MCA di Semenanjung dan mewakili kaum Cina, namun senario politik baru-baru ini mendapati DAP lebih gemar meletakkan ego dan keangkuhan mereka mengatasi sikap bekerjasama di dalam Pakatan mereka.

Politik MCA walaupun bertujuan untuk mewakili suara bangsa Cina, namun mereka seiring bersatu hati sebagai rakan komponen parti BN. Manakala sikap dan pendekatan DAP yang lebih kepada pecah dan perintah walaupun di dalam Pakatan Pembangkang mereka, tidak akan berkrompomi dengan kehendak kerakusan kuasa.

Segalanya terserlah apabila DAP sanggup merampas kerusi rakan mereka PKR. Di hari penamaan calon saja, 6 kerusi DUN dipertanding oleh DAP dan juga PKR di mana sebelum ini hanya calon PKR sahaja. Walaupun kerusi-kerusi yang dipertanding bukan mewakili majoriti bangsa Cina.

Di dalam Barisan Nasional, tiada abang besar dan kamu budak kecil yang sering ditunjukkan di dalam Pakatan Pembangkang. Bagi MCA, walaupun ada di antara mereka yang telah menduduki jawatan sebagai menteri kabinet, namun mereka sekali-kali tidak berlagak sebagai tuan malahan akan turun padang bersama-sama SUPP memasuki kampong-kampong untuk menyampaikan maklumat yang perlu bagi pihak kerajaan.

MCA pasti akan ikut resam tempatan ibarat apabila masuk ke negeri orang, bertanamlah ubi dan tidak akan bertanam tembilang pula. Yang pasti MCA datang membawa persahabatan serta muafakat dan jauh sekali seperti DAP yang hanya tau menanam politik kebencian dan iri hati.

Yang terutama sekali MCA akan seiring membantu untuk memastikan "Team Adenan" menang besar nanti!

No comments:

Post a Comment