Wednesday, March 23, 2016

#MCA : 4 PERSOALAN GUAN ENG PERLU JAWAB DENGAN JELAS


Skandal pembelian bungalow Guan Eng di Penang terus mendapat perhatian bukan saja parti-parti politik tanahair malahan seluruh rakyat Malaysia. Tiba masanya Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agong DAP ini membuat penjelasan dan bukan cuba untuk kelirukan rakyat dengan pelbagai taktik dan alasan.

Sebagai parti politik yang mewakili bangsa Cina, MCA mendesak agar Guan Eng memberi jawapan kepada isu sebenar dan bukannya membawa media ke rumah beliau untuk menunjukkan alasan harga rumah yang dibeli dengan harga murah. Lebih mendangkalkan apabila Guan Eng berdrama cuba mencabar YB Shabuddin Yahya ke pejabatnya.

Oleh itu, MCA menuntut Guan Eng menjawab 4 persoalan utama ini dan bukan cuba untuk berdolak-dalik bagi mengalih perhatian rakyat;

1. Di dalam situasi tanah yang berkurangan dan harga hartanah yang melambung di Pulau Pinang, bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang ini mendapat diskaun yang sangat istimewa ketika membeli dari pemilik bungalow ini?

2. Apakah hubungan di antara Guan Eng dengan pemilik sebelumnya?

3. Apakah ada urusan-urusan rahsia di antara beliau dan pemilik bungalow ini yang melibatkan pertukaran ganjaran dalam bentuk sumber kerajaan negeri?

4. Guan Eng ada menyebut yang beliau tidak mengetahui harga pasaran semasa hartanah. Apakah insitusi kewangan yang memberi pinjaman tidak memberi apa-apa maklumat mengenai penilaian semasa ketika membuat siasatan?

MCA akan terus mendesak Guan Eng untuk menjawab 4 persoalan utama ini dan setiap kali ada pihak yang cuba menjawab bagi pihak Guan Eng ataupun Guan Eng sendiri yang menjawab, yang pasti ia jelas menunjukkan mereka sebenarnya bersalah dan hanya cuba untuk menutupnya.

Di antara persoalan lain yang Guan Eng perlu jawab dari desakan MCA adalah apakah beliau telah mempersoal penilaian bungalow beliau dari pihak LHDN?




Bagi MCA jika Guan Eng gagal, menolak ataupun mengabaikannya, secara jelas Guan Eng mengakui nilai harga bungalow itu sebenarnya adalah RM4.27 juta.

Persoalan ini semua adalah kerana selaras dengan slogan yang diperkenalkan Guan Eng didalam pentadbiran beliau di dalam CAT "Competence, Accountability, Transparency". MCA melihat Ketua Menteri Pulau Pinang ini tidak lagi kompiten dan berwibawa untuk memimpin pentadbiran Pulau Pinang dan sehingga beliau didapati bersih dari segala kesalahan yang sedang disiasat SPRM, Guan Eng telah gagal!

No comments:

Post a Comment