Wednesday, March 23, 2016

KEUNTUNGAN FGV MEROSOT TIDAK JEJAS DIVIDEN UNTUK PENEROKA



Sedikit atau pun banyak keuntungan yang dibuat FGV, yang pasti keuntungan tetap ada. Justeru peneroka FELDA yang mempunyai saham tetap akan menerima dividen bergantung kepada keputusan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada Jun akan datang nanti. Itulah jaminan yang diberikan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebelum jumlah sebenar dividen yang akan dibayar nanti.


Jika didengar cakap-cakap nakal terutama dari pihak pembangkang, mereka mendakwa FELDA dan FGV kerugian serta tidak ada duit. Tetapi situasi sebenar adalah berbeza kerana walaupun FGV berhadapan pelbagai situasi yang mencabar tetapi masih mendapat keuntungan. Logiknya adalah kerana FGV sentiasa mempunyai alternatif di dalam terus memajukan sektor hiliran yang sangat berdaya maju untuk meningkatkan pendapatan syarikat.

FGV telah memberi tumpuan kepada industri hiliran untuk jangka masa panjang berdasarkan potensinya berbanding industri huluan dengan potensi industri hiliran terutamanya berasaskan makanan berdasarkan pasaran semasa. Industri hiliran berasaskan makanan ini lebih stabil kerana permintaan yang tinggi bukan saja bagi pasaran domestik, malah ke peringkat global. Ia mampu meningkatkan pendapatan sehingga 40 peratus menjelang 2020.

Ini juga merupakan langkah terbaik FGV untuk mengurangkan kebergantungan kepada industri huluan membabitkan sawit dan getah di mana faktor harga komoditi perladangan yang tidak menentu dan tidak stabil. Walaubagaimanapun, FELDA dan FGV akan terus memperkukuhkan industri huluan komoditi selaras dengan peranannya sebagai aset utama, sekali gus meningkatkan pendapatan diraih.

FELDA mempunyai rekod dalam memberi dividen dan duit raya di mana pada tahun lepas, sebanyak RM88.8 juta telah diterima peneroka untuk dividen dan duit raya mereka pada tahun lepas dan pada tahun 2014 pula sebanyak RM72.9 juta.

Jika ada yang termakan hasutan pembangkang, kemungkinan ada di antara warga FELDA yang bakal menerima nasib seperti mereka yang mempercayai hasutan untuk mengeluarkan simpanan mereka dari Tabung Haji di mana akhirnya mereka menyesali tindakan tergesa-gesa mereka apabila Tabung Haji mengumumkan pemberian bukan saja dividen dengan peratusan yang konsisten  malahan tambahan bonus pula.

No comments:

Post a Comment