Keresahan rakyat dengan pengumuman kenaikan tol tidak akan terjawab sekiranya isu ini berlandaskan dengan permainan politik. Maka, soal jawab mengapa kenaikan kadar tol adalah seperti berikutnya;
MENGAPAKAH PENGUMUMAN KENAIKAN KADAR TOL DIBUAT
OLEH SYARIKAT KONSESI? Pengumuman mengenai kadar tol yang baru di 18
lebuh raya tol bermula 15 Oktober 2015 telah dibuat sendiri oleh
syarikat-syarikat konsesi lebuh raya yang berkaitan memandangkan mereka
mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan lebuh raya masing-masing untuk
satu tempoh masa berdasarkan Perjanjian Konsesi yang ditandatangani.
ADAKAH MELALUI PERJANJIAN KONSESI (CA) SESUATU KADAR TOL PERLU DINAIKKAN?
Didalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani, ada beberapa komponen seperti jadual kadar tol sepanjang tempoh konsesi di mana penentuan kadar tol dan tempoh kenaikan kadar tol adalah mengambil kira kos operasi, penyenggaraan, unjuran trafik dan kos pembiayaan kewangan (loan repayment). Atas faktor-faktor inilah, tempoh kenaikan kadar tol perlu dikaji secara puratanya di antara 3 hingga 5 tahun. Oleh yang demikian, kenaikan kadar tol adalah diperlukan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat untuk membolehkan mereka menampung kos-kos operasi dan penyenggaraan di lebuh raya masing-masing demi memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan yang optimum.
APAKAH PERKARA YANG DIAMBIL KIRA KERAJAAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN KADAR KENAIKAN TOL PADA TAHUN 2015?
Bagi tahun 2015, kenaikan kadar tol telah dikaji dengan teliti dengan mengambil kira beberapa parameter. Antara parameter yang telah digunakan adalah penstrukturan semula dasar subsidi nasional di mana kenaikan kadar tol ini dapat menjimatkan perbelanjaan Kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta yang seterusnya boleh digunakan untuk tujuan pembangunan lain yang lebih memerlukan.
Bagi tahun 2015, kenaikan kadar tol telah dikaji dengan teliti dengan mengambil kira beberapa parameter. Antara parameter yang telah digunakan adalah penstrukturan semula dasar subsidi nasional di mana kenaikan kadar tol ini dapat menjimatkan perbelanjaan Kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta yang seterusnya boleh digunakan untuk tujuan pembangunan lain yang lebih memerlukan.
APAKAH KESAN KENAIKAN TOL KEPADA KEWANGAN KERAJAAN
?
Kenaikan kadar tol mulai 15 Oktober 2015 seperti yang diumumkan
oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya perlu dilihat dari segi
penjimatan kepada kewangan negara. Setiap tahun, Kerajaan perlu membayar
pampasan penangguhan kenaikan kadar tol kepada syarikat-syarikat
konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan. Dalam hal ini,
Kerajaan perlu membayar pampasan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta
kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak
dinaikkan pada tahun 2015.
Penjimatan sebanyak RM580 juta ini boleh
digunakan untuk membiayai perkara-perkara seperti berikut: penurapan
semula 380km jalan-jalan sediada; pembinaan sebanyak 380 buah jejantas
baru; pembinaan 19 jambatan baru; dan pembinaan 58 sekolah rendah yang
baru. Kenaikan kadar tol adalah salah satu langkah awal yang perlu
diambil oleh Kerajaan untuk mengawal bilangan kenderaan yang masuk ke
Bandaraya Kuala Lumpur. Sekiranya langkah ini tidak dilaksanakan, ianya
dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan yang agak kritikal di Kuala
Lumpur.
APAKAH KEBAIKAN PENJIMATAN PERBELANJAAN KERAJAAN HASIL DARIPADA KENAIKAN KADAR TOL?
Melalui penstrukturan semula dasar subsidi ini, Kerajaan dapat menumpukan perhatian dalam membangunkan ekonomi negara yang pada akhirnya akan memanfaatkan rakyat sekalian.
Melalui penstrukturan semula dasar subsidi ini, Kerajaan dapat menumpukan perhatian dalam membangunkan ekonomi negara yang pada akhirnya akan memanfaatkan rakyat sekalian.
APAKAH TINDAKAN MITIGASI OLEH KERAJAAN DALAM
MENGURANGKAN KESAN KENAIKAN TOL KEPADA RAKYAT DI BANDAR ? DAN APAKAH
SOLUSI UNTUK RAKYAT YANG MEMBAYAR TOL NAMUN MASIH TERPERANGKAP DENGAN
KESESAKAN JALANRAYA?
Pemantapan sistem pengangkutan awam darat adalah
antara usaha Kerajaan untuk mengurangkan kesan kenaikan tol ini dengan
menggalakkan pengguna beralih kepada penggunaan pengangkutan awam. Ini
kerana kadar tol untuk bas tidak akan dinaikkan dan akan kekal seperti
mana sekarang.
Rakyat mampu memperolehi penjimatan untuk urusan
seharian mereka apabila mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan
tambahan untuk tol, kos bahanapi serta mampu meminimakan risiko
kemungkinan berlakunya kemalangan akibat sikap pemandu di jalanraya.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Government
Trasnformation Programme : NKRA Urban Public Transport mempunyai
perancangan jangka panjang dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam
darat. Tiga (3) bentuk approach telah dikenal pasti iaitu:
pembangunan sistem rel (MRT, LRT & monorel); pembangunan hub
pengangkutan awam darat (hub utara di Gombak, hub selatan di Bandar
Tasik Selatan dan hub utara di Sungai Buloh); dan pembangunan sistem
pengangkutan awam seperti teksi dan GoKL.
Usaha ini mampu mengurangkan
kesesakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Pembinaan Bus Rapid
Transit (BRT) juga adalah salah satu aspek yang dikenal pasti untuk
mengurangkan kesesakan di kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kepadatan
penduduk yang tinggi. Fasa pertama yang menghubungkan kawasan Subang,
USJ dan Sunway telah siap dan buat masa ini, ridership BRT di kawasan
tersebut sedang meningkat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah
membina dua (2) kawasan park-ride di Stesen LRT Sungai Besi dan Bandar
Salak Selatan bagi kemudahan pengguna-pengguna LRT yang ingin ke
bandaraya Kuala Lumpur. Satu lagi kemudahan park-ride sedang dibina oleh
DBKL berdekatan dengan Taman Segar, Cheras untuk kegunaan para pengguna
MRT.
Oleh yang demikian, Kerajaan berharap agar usaha penambahbaikan
sistem pengangkutan awam darat ini mampu menyediakan prasarana yang
boleh membantu mengurangkan beban perbelanjaan dan kos sara hidup atau
sebagai alternatif kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya.
APAKAH USAHA KERAJAAN MENGURANGKAN BEBAN KEWANGAN PENGGUNA LEBUH RAYA?
Kerajaan pada dasarnya prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat. Oleh yang demikian, beberapa pendekatan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang berkaitan dengan kadar tol.
Kerajaan pada dasarnya prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat. Oleh yang demikian, beberapa pendekatan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang berkaitan dengan kadar tol.
Antara pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan adalah
seperti berikut:
Penutupan Awal dan Pemansuhan Kutipan Tol
Sejak 1993,
Kerajaan telah melaksanakan penutupan serta pemansuhan kutipan tol di
lapan (8) lokasi seperti berikut :
11 Januari 1993 - penutupan Plaza
Tol Slim River, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
1 Mac 2004 - Pemansuhan
kutipan tol di Plaza Tol Senai, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); 18 Mac
2004 - Penutupan awal plaza tol di Jalan Pahang, Lebuhraya Hubungan
Timur Barat (Metramac) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian
konsesi adalah pada 31 Mac 2004);
14 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan
tol di Plaza Tol PJS2 (arah Kuala Lumpur), Lebuhraya Baru Pantai (NPE);
24 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol Plaza Tol Salak Jaya di
Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA);
21 Disember 2009 - Penutupan awal
Plaza Tol Teluk Kapas, Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB)
(Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah pada 29
Disember 2009);
16 Mei 2011- Pemansuhan kutipan tol di Lebuhraya
Hubungan Timur Barat (Metramac); dan 2 Mac 2012 - Pemansuhan kutipan tol
di laluan ke Kuala Lumpur, Plaza Tol Batu 9 dan laluan Ke Kajang, Plaza
Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA).
Pengurangan
Kadar Tol
Sehingga kini, pengurangan kadar tol telah dilaksanakan di
tiga lebuh raya, seperti berikut:
1 September 2007 - Pengurangan kadar
tol di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth Outer Ring
Road (BORR), dari RM0.90 ke RM0.50 sejak tahun 2007;
18 Februari 2011 -
Pengurangan kadar tol di Plaza Tol PJS2 (arah Subang), Lebuhraya Baru
Pantai (NPE) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM1.60 ke RM1.00 sejak tahun
2011;
15 Januari 2013 - Pengurangan kadar tol di Lebuhraya Shah Alam
(KESAS) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM2.20 ke RM2.00 bagi tempoh 2013
hingga 2015.
Penstrukturan Semula Kenaikan Kadar Tol
Kerajaan juga
pada masa yang sama telah melaksanakan penstrukturan semula kenaikan
kadar tol di lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat Plus
Expressways Berhad (PEB) dan Kumpulan MTD. Penstrukturan ini
dilaksanakan melalui tiada kenaikan tol bagi lebuh raya-lebuh raya di
bawah kendalian PEB untuk tempoh dari 2011 hingga 2015. Manakala, bagi
lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan MTD pula, tiada
kenaikan tol dari tempoh 2011 hingga 2014.
Lebuh raya-lebuh raya di
bawah kendalian PEB yang terlibat adalah seperti berikut: Lebuhraya
Utara-Selatan (PLUS); Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE);
Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA); Lebuhraya
Butterworth-Kulim (BKE); dan Jambatan Pulau Pinang. Manakala lebuh
raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan MTD yang terlibat adalah
seperti berikut: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK); dan Lebuhraya
Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)
ADAKAH DENGAN
KEPUTUSAN KENAIKAN KADAR TOL INI MENUNJUKKAN KERAJAAN TIDAK PRIHATIN
DENGAN KOS SARA HIDUP RAKYAT YANG SEMAKIN TINGGI SEKARANG?
Tidak timbul isu Kerajaan membebankan rakyat kerana pada dasarnya Kerajaan sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.
Tidak timbul isu Kerajaan membebankan rakyat kerana pada dasarnya Kerajaan sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.
Pengumuman YAB Perdana Menteri pada 14 September 2015
yang antara lain menyatakan bahawa Kerajaan akan menambahkan bilangan
kedai yang menyediakan perkhidmatan dan barangan pada harga yang
berpatutan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Menu
1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia dan penyediaan sebanyak 16 buah lagi
Klinik 1Malaysia pada 2015 dan 33 buah pada 2016 adalah antara bukti
Kerajaan komited untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
No comments:
Post a Comment