Friday, September 18, 2015

YAYASAN MESRA : KESEDARAN ANCAMAN JENAYAH SIBER

Tahukah kita disebabkan jenayah siber, Malaysia telah kerugian RM1 bilion dan meletakkan negara di tangga ke 6 mudah diserang jenayah siber, menurut laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2014. Malaysia telah disenaraikan bersama-sama beberapa negara, termasuk Hong Kong, Taiwan, Thailand, China, India dan Indonesia.


Di atas kenyataan itulah maka Yayasan Mesra telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan "Program Jenayah Siber: Ancaman dan Kesan kepada Masarakat" kepada warga pendidik di Kota Tinggi. Program ini adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi dan Yayasan Mesra dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, PIBK Parlimen Kota Tinggi dan Biro Pendidikan Kota Tinggi.



Golongan pendidik merupakan golongan sasaran yang perlu ditingkatkan kesedaran dan diberi pengetahuan memandangkan ia perlu dimulakan di kalangan remaja dan guru adalah penyampai maklumat yang paling berkesan.

Sebelum itu pada 30 April lalu, Yayasan Mesra dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi bersama PDRM Daerah Kota Tinggi telah mengadakan program serupa tetapi disasarkan kepada murid-murid sekolah di Kota Tinggi.

Maklumat di hujung jari yang diharapkan kita sebagai tepat dan cepat sering kali di eksploitasi penjenyah siber, contohnya kejadian yang pernah dialami negara apabila berlakunya tragedi MH370 dan MH17, pelbagai rekaan cerita boleh didapati sehingga masyarakat tidak dapat bezakan di antara berita palsu dan benar.

Di antara ancaman keselamatan dari organisasai jenayah antarabangsa pula melibatkan pelbagai aktiviti haram merentasi sempadan pula adalah seperti pengedaran dadah, penyeludupan manusia, penipuan kewangan serta penggubahan wang haram.

Jika kita masih ingat serangan maya pada tahun 2003 oleh kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai "Anonymous" telah melancarkan serangan ke atas laman-laman web kerajaan di seluruh dunia. Penggodam-penggodam ini telah membanjiri laman-laman web sasaran dengan limpahan data tidak berguna tanpa henti.

Sememangnya agak sukar untuk mengesan punca serangan-serangan dari penggodam memandangkan kepintaran mereka membuat rangkaian di pelbagai kedudukan yang tidak setempat di serata dunia. Di samping inisiatif memberi kesedaran kepada masyarakat melalui program-progaram seperti yang di anjurkan Yayasan Mesra, adalah penting jika mana-mana pengguna atau agensi, jabatan dan syarikat membuat laporan kepada Cybersecurity Malaysia di talian siber999 jika mengesan tanda ancaman siber.

Menyedari akan ancaman siber ini juga, ketegasan menteri baharu bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Keruak, yang tanpa berselindung mahukan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 direalisasikan segera adalah sangat-sangat dialukan.

No comments:

Post a Comment