Saturday, January 03, 2015

KERANA DS NAJIB, KEDUTAAN CHINA HULURKAN USD100,000

Kita tidak lupa ketika tragedi MH370, apabila hubungan antara China dan Malaysia hampir terjejas kerana terdapat suara-suara hasutan yang cuba menimbulkan ketegangan dan ingin melihat hubungan yang telah terjalin sekian lama semenjak era Tun Razak menjadi rengang.

Kini, apabila negara kita sedang berhadapan dengan bencana banjir terburuk dalam sejarah negara, kita tidak keseorangan. Kedutaan China ke Malaysia  telah menyumbang sebanyak USD100,000.

Apabila ditanya pemberita kenapa Duta China ke Malaysia Tuan Huang Huikang begitu prihatin dengan keadaan banjir di Malaysia, jawapannya adalah kerana terharu...



Melihat DS Najib yang berada di luar negara bergegas pulang untuk menangani bencana ini sambil mengarahkan jemaah menterinya membatalkan cuti dan pulang ke tanahair, menyaksikan para pemimpin mendampingi rakyat semasa bencana melanda dan mengkagumi semangat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir telah menimbulkan rasa terharu.

Para pemimpin MCA turut mendapat pujian Huang Huikang kerana telah turun padang menyertai operasi menolong dan menyelamat mangsa-mangsa banjir.

Pemimpin-pemimpin Negara China juga akan berada di sisi rakyatnya dan senario ini jarang berlaku di negara-negara lain. Duta China ke Malaysia juga berpendapat, adalah menjadi kewajipan samada kerajaan mahupun pemimpin politik, hendaklah hadir apabila rakyat memerlukan mereka. Di sinilah menunjukkan sebuah kerajaan dan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya.

Huikang menegaskan, China sentiasa bersedia menghulurkan bantuan di atas semangat persaudaraan dan bersiap sedia menolong MCA meringankan beban mangsa banjir sekiranya permintaan dikemukakan.

Tiga syarikat milik China memberikan sumbangan termasuk CSR Zhuzhou Electric Locomotive Ltd yang menyumbang RM500,000, China Railway Construction Corporation Malaysia yang menyumbang RM300,000 beserta 10,000 batang lilin dan Beijing Urban Construction Group Malaysia yang menyumbang RM100,000.

Kementerian Luar China juga telah menghantar mesej takziah kepada Malaysia, manakala Red Cross Society of China juga telah menderma AS$100,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, dipercayai sumbangan kepada pertubuhan luar negara yang pertama. Ini menunjukkan betapa rapatnya rakyat kedua-dua negara. 

China tidak akan membiarkan Malaysia bersendirian menghadapi cabarannya.

Kedutaan China di Malaysia telah memperuntukkan RM50,000 kepada tiga kawasan bencana yang teruk seminggu yang lalu dan pasukan tarian China juga telah menyatakan akan mendermakan sebahagian perolehan daripada pertunjukannya di sini kepada mangsa banjir.

Beliau mengajak rakyat Malaysia mengambil aspirasi dari ‘bencana memupuk semangat waja’ dan mewakili kerajaan China mengucapkan selamat tahun baru. Beliau juga berharap tahun 2015 bakal membawakan keamanan, kemakmuran serta kesejahteraan kepada Malaysia.  

Seandainya negara gergasi seperti China menghargai dan terharu dengan pengorbanan dan tanggungjawab Perdana Menteri, apakah kita sebagai rakyat perlu mempersoal bakti yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir terutama di negeri Kelantan?

MCA sebuah parti politik bangsa Cina pula, tidak putus-putus memohon sumbangan dan bantuan, apakah perlu dipertikai solidariti mereka?

Inilah semangat 1Malaysia yang perlu dipertahankan dan bukan dipertikai terutama dari pihak pemimpin-pemimpin politik pembangkang.

No comments:

Post a Comment