Tuesday, December 30, 2014

LIOW TIONG LAI BUKTIKAN MCA PILIH MEMBANTU TAPI DAP PILIH BERCAKAP

Di saat rakyat sedang sangat memerlukan bantuan akibat banjir yang diluar jangkaan pada akhir tahun ini, MCA terus menggerakkan bantuan dan sukarelawannya melalui misi bantuan CRSM.

Sehingga hari ini, APA PULA MISI BANTUAN DAP?


Poster ini cukup menyatakan misi DAP untuk mangsa banjir... Bandingkan dengan Presiden MCA!

Apa yang telah MCA buat sebenarnya?

20-12-2014  
CRSM mengagihkan 3,000 pek barangan bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan


21-12-2014  
CRSM mengagihkan 3,000 pek barangan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Kulim, Tumpat, Kelantan


23-12-2014  
Presiden MCA YB Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Ketua CRSM Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann untuk menubuhkan skuad operasi bantuan mangsa banjir Pantai Timur.

CRSM menubuhkan Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur bagi memungut derma daripada orang awam untuk membantu mangsa banjir.


24-12-2014  
Ahli-ahli CRSM dan MCA dari seluruh negara menyertai skuad operasi bantuan mangsa banjir Pantai Timur dan mula bergerak ke kawasan banjir di Pantai Timur.


25-12-2014  
MCA mula mengumpulkan barangan bantuan untuk dihantar ke kawsan banjir.


26-12-2014  
Presiden MCA YB Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden YB Datuk Dr. Wee Ka Siong, Pengerusi MCA Negeri Kelantan YB Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung dan Ketua CRSM Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann membawa 300 pek makanan dan minuman telah bergerak ke kawasan banjir dengan menaiki helikopter .

Mereka telah melawati kawasan banjir di Gua Musang, Kuala Krai, Kota Bharu dan Kemaman, serta menziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan mangsa banjir.

Pengerusi MCA Negeri Terengganu Dato’ Toh Chin Yaw dan Pengerusi MCA Negeri Pahang Dato’ Hoh Khai Mun dilantik menyelaras operasi membantu mangsa banjir di negeri masing-masing.

Barangan bantuan seperti makanan, minuman dan ubat dihantar dengan segera ke kawasan-kawasan banjir di ketiga-tiga negeri Pantai Timur.


27-12-2014  
2 unit lori 6-tan dan 2 unit 4WD dengan barangan bantuan dihantar ke Gua Musang, dan tiba di kawasan banjir pada pukul 3:00PM
2 unit lori 3-tan dengan barangan bantuan bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai dan tiba di kawasan banjir pada pukul 3:00 pagi keesokan hari
1 unit lori 3-tan yang membawa air minuman bertolak dari Shah Alam, Selangor ke Kelantan
2 unit lori 3-tan yang membawa air minuman dan 1 unit lori 3-tan yang membawa beras bertolak dari Kuala Lumpur ke kawasan banjir.

Pemuda MCA dengan kerjasama 15 NGO Pemuda Bangsa Cina melancarkan program “Youth Care” untuk membantu kerja-kerja selepas banjir. Ketua Pemuda MCA Kebangsaan YB Senator Chong Sin Woon bergerak ke kawasan banjir di Gua Musang dan Kuala Krai selepas pelancaran program tersebut.

Operasi pengagihan barangan bantuan yang diketuai oleh Ketua CRSM Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann dimulakan di beberapa kawasan yang dilanda banjir.

CRSM Negeri Pahang, Johor dan beberapa negeri lain mula mengagihkan barangan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan masing-masing.

MCA Negeri Sembilan dan MCA Negeri Perak menghantar barangan bantuan yang Berjaya dikumpulkan ke Kuala Lumpur untuk dibawa ke Pantai Timur.


28-12-2014  
1 unit lori 3-tan dan 4 unit 4WD yang membawa barangan bantuan bertolak ke Kelantan pada pukul 11:00AM dan tiba di kawasan banjir.
Naib Presiden MCA YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun menghantar 200 pek barangan bantuan ke Kelantan dengan helikopter.
CRSM semua negeri terus dengan operasi menghantar barangan bantuan ke kawasan banjir.

Rupanya seawal 20 Disember MCA telah bergerak menghulur bantuan terus ke kawasan-kawasan banjir.

Perangai DAP... bercakap tapi tak membantu

Dengan gerak kerja yang tersusun dan bantuan sampai ke tangan mangsa menyebabkan sumbangan barangan dan kewangan telah mencurah-curah. Sehingga semalam misi bantuan CRSM telah berjaya mengumpul sumbangan keseluruhan sebanyak 940 ribu dan di antaranya adalah sumbangan dari Kedutaan China sebanyak US100 ribu.

Jelas sekali apabila dibandingkan dengan DAP, MCA adalah parti politik yang memilih untuk membantu rakyat tetapi DAP yang sentiasa melaungkan slogan 'demi rakyat', hanya mampu bercakap... mampu provokasi... mampu menidakkan usaha MCA dan paling utama, DAP mampu mengutip derma tetapi bukan untuk membantu rakyat.

Di dalam membantu rakyat, walaupun MCA adalah parti komponen BN yang berlandaskan bangsa Cina, namun demi semangat BN yang mengamalkan perkongsian kuasa, MCA juga mengamalkan berkongsi susah senang rakyat tanpa mengira warna kulit.

Negeri yang paling teruk terjejas bencana banjir pada kali ini adalah Kelantan dan 95% adalah bangsa Melayu, apa perlu MCA membantu jika mereka adalah rasis?

DAP yang perjuangkan hak samarata di dalam ideologi politiknya, terbukti tidak mampu dan tidak menunaikan apa yang dilaungkan kepada rakyat.

Apabila mangsa banjir di Kelantan kebanyakannya adalah Melayu, bantuan DAP sudah tenggelam ... sama tenggelamnya Setiausaha DAP di Paris.

Dengan kekuatan Pemuda MCA, Dato Seri Liow Tiong Lai mengumumkan pelancaran projek untuk merekrut lebih ramai sukarelawan muda untuk ke hadapan membantu dan nampaknya respon sungguh menggalakkan.

Usaha MCA membantu mangsa banjir terutama di Kelantan akan berterusan sehingga banjir merosot di misi Fasa Ke2 mereka. Ketika ini lebih tenaga diperlukan untuk membantu menjaga kebersihan dan membina semula rumahtangga mangsa.

Dato Liow yakin akan dapat mengatasi kesusahan mangsa-mangsa banjir kerana resam rakyat Malaysia yang sentiasa tabah dan bersatu dalam membantu dan menghadapi cabaran bersama.

Sebagai komponen parti BN, MCA nampaknya menyahut saranan Presiden dan Timbalan, DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin, agar menghulurkan bantuan seberapa segera dan sebaik mungkin.

Bagaimana pula jika dibandingkan dengan 3 sekawan dalam Pakatan Rakyat? Apakah mereka benar-benar sekawan dalam membantu rakyat yang telah memberikan undi popular kepada mereka?

No comments:

Post a Comment