Friday, December 05, 2014

WANG BESAR ADALAH MOTIF UTAMA 'PROJECT IC' DI SABAH


Kerajaan tidak terlibat dan tiada sebarang kaitan dengan ‘Projek IC’ di Sabah sebagaimana dibangkitkan banyak pihak, sebaliknya pengeluaran kad pengenalan secara haram didalangi sindiket dan individu tertentu. - Utusan Malaysia

Persoalannya, apa yang mendorong sindiket dan individu tertentu ini dan siapakah mereka?

Kenyatan 1:
Pada akhir Januari 2013, Ketua Special Branch Sarawak, Datuk Ibrahim Zakaria yang merupakan saksi ke 33, telah menyoalsiasat pesalah ISA Datuk Abdul Rauf Sani pada tahun 1996, ketika itu Rauf adalah Pengarah Jabatan Pendaftar Sabah dari 1990 hingga 1992.

Rauf telah mengaku perbuatannya tidak diarahkan oleh mana-mana pihak malahan dilakukan demi kepentingan keuntungan peribadinya sendiri dan telah mengutip sebanyak RM167,300 kerana mengeluarkan 6,305 kad pengenalan kepada warga asing.

Kenyataan 2:
Pegawai Unit Teknikal Inteligen Kelantan, Timbalan Superintendent Badaruddin Ismail telah membuat kenyataan bahawa mantan Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku mengeluarkan 16,000 resit iaitu JPN 1/9 bagi dokumen pengenalan sementara dan JPN 1/11 sebagai dokumen sementara bagi laporan kehilangan) kepada warga asing. Ramli mengaku mengenakan caj sebanyak RM250 bagi setiap resit dan telah menerima lebih dari SEJUTA. Ramli juga mengaku tidak menerima arahan dari sesiapa termasuk pemimpin kerajaan yang berlaku sekitar 1993 hingga 1995. Habuan yang diterima dikongsi bersama sindiket dan untuk keuntungan peribadinya.

Kelima-lima yang telah diambil keterangan dari Kee Dzulkifly, Asli Sidup, Alcop Damsah @ Yakup Damsah, Nasir Sungib dan boss mereka, Ramli Kamaruddin adalah di antara 23 kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara yang bersubahat dan ditahan di bawah ISA kerana mengancam keselamatan negara.


SAKSI KEDAI KOPI

Itulah istilah paling tepat diberikan kepada mereka yang setakat bercakap tanpa ada apa-apa dokumen untuk dibuktikan. Yang penting persepsi perlu ditimbul supaya keraguan kepada yang benar mudah diluputkan.

Jika kita melihat di laporan-laporan portal pembangkang, projek IC dikatakan 'MUNGKIN' wujud hanya berdasarkan kenyataan kelima-lima tahan ISA tersebut walaupun kredibiliti mereka perlu diragui. Mereka ditahan ISA kerana mengancam keselamatan negara dengan kata lain, mereka telah ditahan kerana terlibat menjual dokumen negara kepada warga asing.

Apabila kegiatan kelima-lima saksi yang disoalsiasat RCI ini dibongkar, apakah mereka tidak akan ada perasaan dendam?

Paling mengejutkan apabila didapati Nasir Sungip adalah abang kepada Ahli DUN PAS Selangor, YB Saari Sungip. Mungkinkah kerana dendam, Nasir berkongsi maklumat dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang? Tidak mustahil...

Satu lagi maklumat dari saksi kedai kopi adalah pemimpin PKR Sabah, Dr Jeffrey Kitingan. Beliau juga adalah bekas tahanan ISA dan pernah berkata yang ketika berada dalam tahanan, beliau menemui beberapa tahanan yang kononnya dikambing hitamkan, terdiri daripada pegawai Jabatan Pendaftaran dan Imigresen. Jeffrey yang beri maklumat bahawa tidak kurang dari sejuta kad pengenalan telah dikeluarkan kepada warga asing sekitar tahun 1991.


'PROJECT IC' ATAU 'PROJECT M'

'Project IC' adalah gelaran yang diberi Pakatan Pembangkang dengan mendakwa bahawa seramai 830,000 rakyat asing mendapat kewarganegaran di Sabah sejak 1993-1980. Dakwaan seterusnya, Tun Mahathir adalah kepalanya dan berlaku bagi tujuan menambah bilangan undi pro-BN di Sabah.

Kini laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan dakwaan 'Project IC' telah dibentang Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dua hari lalu dengan keputusan berikut;

Dakwaan Pakatan Pembangkang disahkan "TIDAK TEPAT" dalam kenyataan KSN di mana di dalam laporan RCI, hanya 68,703 orang saja mendapat status warganegara di Sabah dari sejak 1963. Hanya 67,675 mendapat kad pengenalan biru kerana ada diantara mereka yang masih belum mencukupi umur 12 tahun semasa mendapat status kewarganegaraan.

Pembangkang juga mendakwa rakyat asing yang mendapat kewarganegaraan di Sabah berlaku sekitar tahun 1993-1980, sementara laporan RCI mendapati ia berlaku sejak 1963 di mana ia dibuat 20 tahun lebih awal daripada perlantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

'Project IC' tidak wujud seperti dakwaan Pakatan Pembangkang, namun kerajaan telah memberi kad-kad pengenalan dan juga kerakyatan kepada mereka yang layak mengikut undang-undang negara. Yang pasti wujud adalah agen-agen yang tidak dilantik kerajaan yang mengeluarkan dokumen-dokumen yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan korup.

Ketelusan Dato Seri Najib supaya laporan RCI dibentang secara terbuka selepas diumumkan di dalam mesyuarat kabinet bulan lalu telah menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk selesaikan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Bagi memastikan penyiasatan RCI lebih fokus, Peguam Negara telah ditugas untuk merangka Garis Panduan siasatan (Terms of Reference - TOR)  seperti berikut;
  • Menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang telah diberi kad pengenalan biru atau kewarganegaraannya;
  • Menyiasat samada pemberian kad-kad pengenalan atau kewarganegaraan telah mengikut undang-undang;
  • Menyiasat samada mereka yang diberi kad pengenalan biru, resit pengenalan sementara atau kewarganegaraan yang menyalahi undang-undang telah didaftarkan sebagai pengundi di Sabah;
  • Menyiasat samada pihak berkuasa telah mengambil sebarang tindakan atau membuat penambahbaikan ke atas SOP, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan untuk mencegah sebarang penyelewengan yang selaras dengan undang-undang.
  • Menjalankan siasatan terperinci ke atas SOP, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan pemberian kad-kad pengenalan biru atau kewarganegaraan di Sabah dengan mengikut standard dan piawaian antarabangsa yang selaras di Malaysia, dan memberi cadangan sebarang pindaan atau perubahan bagi menambahbaik amalan semasa;
  • Menyiasat sebab-sebab pertambahan penduduk Sabah mengikut kategori tersebut dan mengkaji kesan ke atas jumlah yang berdaftar sebagai pengundi;
a) Penduduk yang tinggal di negeri Sabah, termasuk yang mempunyai kad pengenalan biru atau warganegara melalui sijil kelahiran (kelewatan pendaftaran);
b) Pekerja asing (termasuk ahli keluarga);
c) Pendatang tanpa izin (termasuk ahli keluarga);
d) Pelarian
  • Menyiasat kesan sosial masyarakat Sabah berikutan pemberian kad pengenalan biru atau kerakyatan kepada pendatang asing di negeri ini; dan
  • Menyiasat jumlah warga asing yang tanpa kerakyatan di Sabah tetapi telah diberi kad pengenalan biru atau kerakyatan.

Kesemua garis panduan di atas merupakan perkara-perkara yang telah ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu dan parti-parti pembangkang, maka Suruhanjaya telah memulakan pendengaran awam pada 14 Januari 2013.

Walaupun DS Najib menyenaraikan 167 nama sebagai saksi, sebelum kes ditutup pada 20 September lalu, namun RCI telah memanggil seramai 211 saksi termasuk Tun Mahathir dan bekas setiausaha politiknya, dan juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Bagi membantu RCI menjalankan soalsiasat saksi, beberapa pegawai dari Jabatan Peguam Negara telah dilantik iaitu Manoj Kurup, Datuk Azmi Ariffin dan Jamil Aripin. Soalsiasat akan mengemukakan keterangan dari perspektif sejarah daripada saksi-saksi yang mempunyai kepakaran dalam sejarah dan antropologi. Saksi-saksi dari pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pilihanraya, Jabatan Perangkaan dan Pejabat Ketua Menteri Sabah telah dipanggil sebagai saksi.

Bukan setakat itu, bukti juga dikumpul dari beberapa individu dari negara Filipina, India, Pakistan dan Indonesia yang memiliki dokumen-dokumen sebagai pengenalan seperti 1MM-13, permit kemasukan, kad pengenalan hijau dan biru.

RCI telah membuktikan, saksi kedai kopi tidak boleh dipercayai dan digunapakai. Sekali lagi Pakatan Pembangkang hanya mampu bersorak dan timbulkan kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional di kalangan rakyat.

SEKALI LAGI USAHA PEMBOHONGAN PAKATAN PEMBANGKANG TELAH TERBONGKAR

No comments:

Post a Comment