Thursday, December 04, 2014

GELARAN DATUK SERI SUDAH LUCUT... TINGGAL BRADER ANWAR BIN IBRAHIM



Ini dari Agendanews :

SULTAN SELANGOR tarik balik gelaran  DATUK SERI diberi pada Anwar 1992, kuatkuasa 3 Nov. Tindakan  kerana persoal integriti Sultan masa krisis MB.

Ini pula dari STAR;

SULTAN SELANGOR stripped of Datuk Seri title bu Selangor Sultan effective Nov 3 for 'repeatedly questioning integrity of royal institution"

ANWAR PERSOAL INTEGRITI SULTAN?

Seharusnya DYMM Sultan Selangor murka terhadap kenyataan-kenyataan Anwar sebelum ini dan dengan sengaja mengingkari permintaan Tuanku dengan memuktamadkan keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baru.

Walaupun Anwar telah memohon maaf, beliau tetap ingin pertahan pencalonan satu nama iaitu isterinya kerana bagi pandangan beliau ia adalah amalan semenjak kemerdekaan. Pihak istana pula menyarankan agar En Anwar tidak mengelirukan rakyat kerana setelah Pakatan Rakyat menang PRU pada 2013, pihak istana telah memohon untuk dicadangkan 4 nama tetapi Pakatan hanya menamakan satu calon sahaja iaitu melantik semula Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dengan tindakan Anwar yang terusan mempersoal integriti Sultan Selangor, sememangnya beliau tidak layak membawa gelaran anugerah dari tuanku.

Oleh itu, parlimen dan sekalian rakyat Malaysia... kita panggil saja dia En Anwar atau Anwar atau Brader Anwar Bin Ibrahim

No comments:

Post a Comment