Friday, December 26, 2014

BULAN DISEMBER ADALAH BULAN ULAT BERCAMBAH DAN OPS SPAD PUN DITINGKATKAN

Bulan Disember adalah bulan percutian dan melalui pengalaman penguatkuasa SPAD, inilah bulan paling ramai yang akan ambil kesempatan mencabar undang-undang dengan alasan ingin mencari duit lebih.

Kita semua tahu, negara kita akan dibanjiri pelancung samada dari dalam atau luar negara. Ulat-ulat teksi sapu dan tiket bas akan bercambah pada bulan ini dan sasaran mereka pastilah pelancung-pelancung serta penumpang-penumpang. 

'Hot spot' mereka sememangnya telah dikenalpasti dan di antaranya adalah Perhentian Pudu Sentral, di semua Lapangan Terbang Antarabangsa termasuk Senai dan Pulau Pinang, destinasi pelancungan seperti Pulau Langkawi.

Oleh itu, SPAD akan meningkatkan lagi operasi penguatkuasaan mereka. Di sepanjang bulan Disember ini, beberapa operasi telah dijalankan secara bersepadu samada bersama pihak polis, kastam, SPRM dan badan-badang penguatkuasa yang lain dan di antaranya;



5 Disember :
Operasi ke atas prebet sapu dan ulat teksi di KLIA dan KLIA2 di dalam operasi "Ops Ulat" selama 3 jam yang telah dijalankan pada 5 Disember. 6 prebet sapu dan 9 ulat teksi telah ditahan. Operasi berkenaan diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad. Sasaran ulat teksi bukanlah orang tempatan, sebaliknya pelancong asing, terutamanya dari Indonesia dan China. Ulat teksi tidak berminat menawarkan perkhidmatan kepada warga tempatan, kerana bimbang tersilap membawa anggota penguatkuasa yang menyamar sebagai penumpang.


15 Disember :
Operasi dijalankan secara bersepadu melibatkan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Johor dan SPAD di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS). Operasi ditumpukan kepada pesawat sewa khas dari Incheon, Korea Selatan ke Johor Bahru bermula sejak penerbangan pertama pada 11 Disember lalu.

Operasi tersebut turut memastikan agar tiada bas persiaran dari Singapura datang mengambil penumpang di LTAS kerana keutamaan seharusnya diberikan kepada agensi pelancongan tempatan. Operasi secara bersepadu ini akan diteruskan pada setiap Ahad dan Khamis bermula 11 Disember 2014 dan dijangka berakhir pada 26 Februari 2015.


19 Disember :
13 lori pelbagai saiz dan muatan ditahan atas kesalahan melebihi muatan dalam satu operasi timbang berat kenderaan perdagangan sekitar daerah di kawasan rehat Hutan Rekreaksi Ulu Bendul. Operasi diketuai Asisten Superintendan Abdul Hanif Abdul Ghani dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Pilah bersama enam anggotanya dan 11 anggota penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Zon Tengah.

Tujuan operasi diadakan bagi menahan dan mengambil tindakan tegas terhadap kenderaan perdagangan yang menyalahi undang-undang serta boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. Selain itu, operasi ini juga bertujuan memeriksa pemandu-pemandu kenderaan perdagangan ini supaya bebas daripada pengambilan bahan terlarang semasa pemanduan.


23 Disember :
SPAD telah menyita lima kenderaan persendirian dalam Ops Revus Tegas Siri Kedua di sekitar bandar raya Johor Baharu seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Legoland dan Pasir Gudang. Kenderaan Uber  disita mengikut Seksyen 80 dan Seksyen 81 Akta Pengangkutan Awam dan Darat (APAD) 2010 kerana kesalahan menawarkan perkhidmatan Uber. Kesemua kenderaan milik individu itu akan didakwa di bawah Seksyen 16 Akta APAD 2010.


24 Disember :
Ops Parasit/Serkap bagi banteras aktiviti ‘ulat’ dan pemeriksaan bas di Pudu Sentral dilakukan selama dua hari bermula kelmarin melibatkan 12 anggota dan pegawai SPAD, dan turut disertai oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Sebanyak 10 ulat tiket berumur lingkungan 20 hingga 39 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.

Unutk pengetahuan umum, bidang kuasa yang diberikan kepada penguatkuasa SPAD termasuk audit, siasatan, pembatalan/penggantungan lesen, menyita kenderaan dan penalti kepada pengendali seperti termaktub di dalam Akta Pengangkutan Darat 2010.

Bidang kuasa pegawai penguatkuasa SPAD yang lain termasuklah pemeriksaan pengangkutan-pengangkutan awam dan pengangkutan muatan bagi memastikan kesemua layak berada di atas jalan raya, dan memiliki lesen yang sah serta dokumen-dokumen lain; pemeriksaan pemandu, konduktor dan pemandu gantian bagi memastikan bahawa mereka dalam keadaan yang memuaskan untuk bertugas; pemeriksaan tiket perjalanan; dan mengetatkan kawalan bagi membanteras penjualan tiket haram dan perayu tiket.

Di dalam kita menikmati percutian di hujung tahun ini, pastikan kita tidak diambil kesempatan ulat-ulat yang sedang bercambah dan sebaiknya hindari mereka dan laporkan kepada talian berikut seandainya ulat-ulat ini terus mendesak;


No comments:

Post a Comment