Tuesday, September 16, 2014

RAJA PETRA DALAM ARTIKEL 'SYED HAMID ALBAR: AN ARAB HYPOCRITE' ... TERNYATA BUTA!!!

Terbaca tulisan Raja Petra bertajuk 'Syed Hamid Albar: an Arab hypocrite' di portal beritanya Malaysia-Today.net dengan terpapar gambar buku tersebut;



 
Raja Petra menulis;
"Nevertheless, it really does not matter because whatever that means I am sure Syed Hamid is not sincere or honest about what he wrote in that book anyway."
Bila diterjemahkan ke Bahasa Malaysia bermaksud;
 
Walaubagaimanapun ia tidak penting kerana walau apa pun maksudnya, Raja Petra pasti yang ditulis Syed Hamid di dalam buku itu, bukan sesuatu yang ikhlas dan jujur.

Bukankah dengan terang dan jelas, pada gambar yang diletakkan di artikelnya tertulis - Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris oleh Syed Hamid Albar?

Buku 'Wasatiyyah Dalam Al-Quran dan Sunnah' ini telah ditulis oleh Professsor Dr. Mohammad Hashim Kamali yang bukan saja seorang professor undang-undang malahan beliau dilantik sebagai Pengerusi & CEO, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia. Buku-bukunya seperti Freedom of Expression in Islam (Cambridge, and K.L., 1997 & 1998) and Freedom, Equality and Justice in Islam (Cambridge, and K.L., 2002) telah dijadikan rujukan di universiti-universiti terkemuka serata dunia. Beliau juga telah dua kali menerima anugerah Isma'il al-Faruqi untuk kecemerlangan Akademik dalam tahun 1995 dan 1997, dan beliau juga pernah disenaraikan di dalam Who's Who in the World.

Apakah Raja Petra juga ingin mempersoal buku yang ditulis Professsor Dr. Mohammad Hashim Kamali dan google saja nama Prof Hashim Kamali, yang pasti beliau bukan calang-calang professor undang-undang untuk menulis mengenai Wasatiyyah. Jika Raja Petra kurangkan malasnya untuk membaca, google juga apa yang dimaksudkan wasatiyyah...

Raja Petra tidak pernah dengar perkataan Wasatiyyah? Sekali lagi dia perlu gunakan 'Google Search' sebaik-baiknya dan terdapat 114,000 lebih yang mampu dijelaskan apa itu 'Wasatiyyah' samada di dalam bahasa malaysia ataupun bahasa Inggeris. 

Di dalam ucapan TS Syed Hamid ketika pelancaran buku ini, beliau sendiri telah memberi takrif Wasatiyyah yang menjurus kepada kesederhanaan dari perspektif Islam dan umat Islam yang perlu bersederhana dari bersifat ekstrem di dalam kenyataan mereka mahupun perilakunya.

Malahan, TS juga telah membuat ringkasan 'wasat' yang membawa tiga makna, iaitu "to moderate, to be in the middle and to be the best". Raja Petra masih tidak faham?

Buku ini pula menjelaskan kajian yang bersumberkan al-Quran dan hadith serta pendapat ilmiah penulis, daripada makan dan minum, untuk bersuara dan humor, untuk keagamaan, kerja dan masa lapang, seni dan muzik. Buku ini juga menjelaskan bagaimana konsep wasatiyyah dijadikan panduan untuk menjalankan gaya hidup
dan hubungan sosial seseorang . Kita juga akan dapat penjelasan sama ada Islam telah dilihat, jika pada semua, personaliti model yang mengintegrasikan ciri-ciri wasatiyyah.

Kita perlu puji usaha Tan Sri Syed Hamid menterjemah buku yang ditulis Prof Hashim Kamali kerana buku ini bukan sekadar dijadikan rujukan akademik tetapi penghayatan Wassatiyah itu sendiri perlu diamalkan oleh setiap umat Islam dan hasil dari terjemahan tersebut akan memudahkan pemahaman pembaca. Malahan pihak IAIS sendiri telah memberi pengiktirafan dan sokongannya.

Seandainya kemampuan TS Syed Hamid menghayati dan memahami kandungnan buku ini, apakah IAIS, MPH dan penulis buku ini membenarkan Tan Sri membuat terjemahan?

Bagi TS Syed Hamid, walaupun di dalam kesibukannya sebagai Pengerusi SPAD, namun TS Syed Hamid membuat penterjemahan di atas minatnya dalam penulisan dan yang paling utama ialah penguasaan Bahasa Inggerisnya. Bidang penulisan bukan baru baginya dan beliau merupakan Menteri Kabinet pertama yang menerbitkan buku sastera hasil karya puisi penulisannya bertajuk 'Merenung Jendela Hidup' serta antologi sajak “Meninta di Ufuk Kabus” selain menulis pelbagai artikel di akhbar dan majalah.

Jika kita perhatikan ruangan komen di artikel Raja Petra, tidak seorang pun yang mampu mengesan kesilapan utama artikel tersebut iaitu, buku yang diterjemah TS Syed Hamid dari Prof Hashim Kamali dan bukan TS Syed Hamid yang menulis buku tersebut. Mereka turut meleret dengan kritikan Raja Petra terhadap penahan ISAnya ketika TS Syed Hamid berada di dalam kabinet sebagai Menteri Dalam Negeri. Konsep wasatiyyah tidak mampu dikupas malahan bangsa arab pula difokus.

Kita tinggalkan sebentar perasaan dendam Raja Petra, dan ingin dikongsikan mengenai buku terjemahan TS Syed Hamid...

Pada pelancaran buku "WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN SUNNAH", Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabbery Cheek yang pernah menjadi setiausaha parlimen kepada Tan Sri telah melancarkan buku ini dan turut dihadiri penulis asal buku ini, Professsor Dr. Mohammad Hashim Kamali. MPH Group Publishing bertanggungjawab menerbit serta mengedar buku ini.



Butir-butir buku seperti berikut:

TAJUK     :  WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN SUNNAH
ISBN        :  978-967-415-201-7
HARGA    : RM 20.00
SAIZ        : 14.9sm X 22.4sm
FORMAT   : Kulit Nipis (Paperback)

Oleh itu, hasrat Raja Petra untuk kaitkan dendamnya terhadap TS Syed Hamid dengan buku Prof Hashim ternyata satu usaha penulisan berniat sangat jahat yang telah didahului dengan hati dan mata yang buta, sekali gus gagal mengupas isi kandungan buku tersebut.

Kepada Raja Petra.... BILA HATI DAH BUTA, MATA YANG TERANG PUN AKAN TURUT DIBUTAKAN!!!

No comments:

Post a Comment