Saturday, September 27, 2014

DARI PEMIMPIN UNTUK RAKYAT... BERTUAHNYA WARGA KOTA TINGGI

Ini adalah kata-kata keramat Perdana Menteri di hari ke 100nya sebagai Perdana Menteri;
"...bagi saya, seseorang pemimpin yang berkesan bukanlah seorang pemimpin yang berpuas hati setakat duduk dan menunggu di bilik berhawa dingin dalam pejabat-pejabat untuk mendengar taklimat atau sekadar menerima laporan yang belum tentu pasti ceritanya.  Seorang pemimpin yang prihatin dan berjiwa  rakyat ialah seorang pemimpin yang 'turba’, sanggup turun ke bawah dan melihat dengan mata kepalanya sendiri penderitaan rakyat, mendengar rintihan, keluh kesah juga merasai gundah gulana mereka  sekaligus mampu meresapi denyutan nadi rakyat yang dipimpinnya."

dan pesanannya...
“Seharusnya tiada tembok yang wujud antara pemimpin dengan rakyat kerana untuk berjaya dalam sistem demokrasi berparlimen, pemimpin perlu berjiwa rakyat.

Berlandaskan kepada pesanan keramat DS Najib ini, satu program Walkabout “Ziarah Mesra: Jalinan Murni” untuk warga parlimen Kota Tinggi telah dilaksanakan bagi mendokong amanat YAB Perdana Menteri supaya usaha menjiwai rakyat sentiasa berterusan.

Pendekatan “Mesra Bersatu Bersama Rakyat” adalah merupakan satu wadah komunikasi secara dekat di antara penduduk dan juga pemimpin tempatan serta mewujudkan hubungan integrasi diantara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta penduduk tempatan melalui pendekatan “House to House”.  

Usaha bersepadu untuk “Mesra Bersama Rakyat” bagi meningkatkan lagi ukhuwah di antara rakyat dan pemimpin melalui pendekatan “salam mesra” telah dimulakan dari DUN Sedili, Parlimen Kota Tinggi bagi mengenal pasti serta menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan fakir miskin. Jalinan rangkaian hubungan telah diusahakan bersama-sama agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan Yayasan Mesra.











Dari gambar-gambar di atas, pendekatan berinteraksi untuk mendengar, mengenal pasti kesusahan rakyat dengan lebih dekat mampu menerapkan nilai-nilai murni yang terjalin seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat kekitaan, perpaduan di antara kaum di samping bantuan dan sumbangan yang dihulurkan serta sokongan moral kepada kanak- kanak yang mengalami masalah kesihatan.

Kita juga tumpang berasa bertuahnya menjadi warga Kota Tinggi yang memiliki pemimpin prihatin dan sentiasa berkhidmat untuk rakyatnya dan pemimpin yang baik adalah
dari rakyatnya yang baik juga, seperti pantun ini;

Kalau hendak memilih kain
Pilih kain bercorak pelikat
Kalau hendak memilih pemimpin
Pilihlah pemimpin berjiwa rakyat

No comments:

Post a Comment