Sunday, September 28, 2014

BAS BANDAR GO-KL TAMBAH LALUAN BIRU DAN MERAH


Apabila berada di bandaraya Kuala Lumpur, kita selalu merungut masalah parking yang mahal dan kesesakan lalulintas. Seperkara lagi yang selalu menjadi rungutan pengunjung Kuala Lumpr ialah apabila ingin ke satu destinasi lain, jika tersalah masuk lorong, maka kita akan dibawa lebih jauh lagi dan kemungkinan sesat. Senario ini tidak dapat dinafikan jika kita masih ingin memandu sekitar Kuala Lumpur.

Berita baik kepada wargakota apabila kerajaan telah menyediakan perkhidmatan bas percuma Go-KL sejak  2012. Nampaknya perkhidmatan bas Go-KL telah mendapat sambutan yang sangat baik terutamanya, kebanyakan laluannya melalui jalan-jalan kegemaran dan tumpuan wargakota.

Baru-baru ini, pihak SPAD telah meningkat dan menambah baik perjalanan Go-KL untuk laluan biru dan merah.



Berikut adalah ringkasan kenyataan media SPAD;

1. Mulai 1 Oktober 2014, laluan merah dan biru akan bermula di Terminal Bas Jalan Tun Razak.

2. LALUAN MERAH
a. 4 hentian baru dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke KL Sentral :
i.    Terminal Bas Jalan Tun Razak
ii.   Hospital Damai
iii.  Chow Kit (Jalan Ipoh)
iv.   Grand Season

b. 2 hentian tidak akan beroperasi:
i)    Wisma Sime Darby
ii)   Maju Junction

c. Alternatifnya boleh ke perhentian:
i)    Puteri Park Hotel
ii)   Kompleks Pertama

d) Perjalanan dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke KL Sentral:
i)   50 minit pada waktu puncak
ii)  40 minit pada waktu biasa

3. LALUAN BIRU
a. 10 hentian baru dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke Bukit Bintang :
i)      Terminal Bas Jalan Tun Razak
ii)     Hospital Kuala Lumpur (HKL)
iii)    Institut Penyelidikan Perubatan (IPP)
iv)    Masjid Kampung Baru
v)     Sekolah Khas Kampung Baru
vi)    Bukit Nanas
vii)   LRT Dang Wangi
viii)  Puteri Park Hotel
ix)    Chow Kit
x)     Grand Season

b. 7 perhentian tidak akan beroperasi :
i)     Menara Uniasia
ii)    Monorel Medan Tuanku
iii)   Kompleks Campbell
iv)   Maju Junction
v)    Wisma MPL
vi)   The Weld
vii)  SOGO

c. Alternatifnya boleh ke perhentian:
i)    Medan MARA
ii)   Concorde Hotel
iii)  Wisma Boustead
iv)  Menara Hap Seng

d) Perjalanan dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke Bukit Bintang:
i)    45 minit pada waktu puncak
ii)   35 minit pada waktu biasa



Malahan, jika kita lihat laluan yang ditetapkan pihak SPAD dan kepada penggemar yang suka membeli-belah terutama di sekitar Masjid India dan SOGO, kita masih boleh mendapatkan bas Go-KL di Medan MARA.

Bertepatan dengan objektif perkhidmatan bas Go-KL memberi kemudahan dengan tumpuan utama kepada pengguna yang ramai seperti di sekitar Kampung Baru, inilah peluang terbaik.

Peralihan permulaan dan akhir perkhidmatan Go-KL di Terminal Bas Jalan Tun Razak juga adalah paling sesuai di mana kita juga mudah akses dari hentian Monorail, LRT (laluan Ampang) dan bagi penumpang-penumpang bas ekspres juga.

Terpulang kepada kita, jika inginkan keselesaan, berasa selamat dan perkhidmatan bas yang mudah diakses, bas Go-KL adalah pilihan terbaik wargakota Kuala Lumpur. Yang paling penting ia adalah PERCUMA!

Jangan lupa, ia adalah ilham Perdana Menteri kita, DS Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment