Jika diamati perutusan Ramadhan Kareem 1435H DS Najib Razak, sebagai seorang ketua pemimpin umat Islam di Malaysia, beliau bukan sekadar berkata-kata untuk memupuk semangat perpaduan dalam agenda yang mulia untuk memenuhi kewajipan agama.
Di dalam mesejnya juga, DS Najib juga meminta di dalam bulan mulia ini di samping umat Islam mengukuhkan hubungan dengan Allah swt, hubungan baik dengan ahli keluarga dan masyarakat juga jangan diabaikan.
Inilah kata-kata dikota;
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Datuk Seri
Abdul Hadi Awang yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu
negara.
PM turut mendoakan Presiden PAS itu supaya cepat pulih. Difahamkan, ahli parlimen Marang itu kini menerima rawatan susulan di
Institut Jantung Negara (IJN) sebaik pulang daripada Turki.
Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan terpaksa dimasukkan ke Hospital Universitesi Hastansi di Medipol, Istanbul, Turki selepas mengalami sesak nafas pada 30 Mei lalu.
Berita beliau dimasukkan ke hospital di Turki turut menarik perhatian Najib yang menghubungi Pejabat Kedutaan Malaysia di Turki meminta supaya bantuan sewajarnya diberikan kepada Presiden PAS itu.
PM ketika itu berada di Beijing, China, manakala Abdul Hadi berada di Istanbul untuk tugasan rasmi serta menghadiri satu persidangan di Istanbul.-bnbbc.my
Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan terpaksa dimasukkan ke Hospital Universitesi Hastansi di Medipol, Istanbul, Turki selepas mengalami sesak nafas pada 30 Mei lalu.
Berita beliau dimasukkan ke hospital di Turki turut menarik perhatian Najib yang menghubungi Pejabat Kedutaan Malaysia di Turki meminta supaya bantuan sewajarnya diberikan kepada Presiden PAS itu.
PM ketika itu berada di Beijing, China, manakala Abdul Hadi berada di Istanbul untuk tugasan rasmi serta menghadiri satu persidangan di Istanbul.-bnbbc.my
Berikut adalah perutusan DS Najib;
Persoalaannya, apakah Harakah akan memberi liputan berita ini? Apakah pemimpin-pemimpin PAS dan ahli-ahlinya tidak mampu membuka mata mereka di bulan Ramadhan mulia ini untuk mendahulukan ukhuwah sesama Islam lebih dari politik?28 Jun, 2014Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
- Alhamdulillah, kita mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, dengan ihsanNya dapat kita bertemu lagi dengan Ramadhan al-Mubarak yang penuh kemuliaan ini.
- Sesungguhnya, kehadiran Ramadhan 1435 Hijrah ini sentiasa kita nanti-nantikan. Inilah masanya, kita mengambil peluang yang sangat bernilai untuk menghayati kemanisan beribadah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
- Ramadhan mempersatukan kita dalam satu agenda ibadah yang murni. Semangat kesatuan inilah yang seharusnya kita manfaatkan dalam memperteguhkan hubungan dengan Allah SWT, hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga khasnya dan masyarakat amnya. Impian kita bagi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif serta berstatus negara maju, kita kekalkan komitmen ini dengan penuh kepasrahan kepada Allah SWT.
- Oleh itu, sebagaimana Sahifah Madinah menjadi pengikat dan penyatu kepada warga majmuk Kota Madinah dahulu, maka saya menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bahasa dan agama agar menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai penyatu dan pemandu keharmonian kita bernegara.
- Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ketenangan. Bulan yang dipenuhi keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Semoga rahmat Ramadhan yang hadir ini menjadi pemangkin perpaduan dan kemakmuran bagi meneruskan misi transformasi negara.
- Dalam pada itu, di samping kita isi dan hiasi Ramadhan ini dengan ibadah puasa, tilawah al-Quran, bersedekah, berziarah, beriktikaf, saling menjamu iftar dan bertarawih, janganlah kita lupa untuk mengambil peluang ini untuk saling mendoakan kebaikan. Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 186 semasa menyentuh berkenaan Ramadhan yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu…”- Semoga Ramadhan tetap menjadi bulan untuk kita mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa mendatang. Diakhiri perutusan ini dengan harapan, semoga Ramadhan kali ini akan memperkukuhkan kesatuan hati sesama kita dalam meninggikan kalimah Allah di bumi tercinta ini.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment