Tuesday, October 22, 2013

TEMPOH 10 MINGGU UNTUK PERTIMBANG CADANGAN KENAIKAN TAMBANG TEKSI



Pihak SPAD telah diberi amanah oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Julai lalu untuk mengkaji semula kadar tambang teksi dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi.

Satu Program Interaksi Bersama Pengguna, Industri Teksi dan SPAD - Kajian Kadar Tambang Teksi telah dilancarkan oleh SPAD pada 18 Oktober lalu. 



Semua peringkat industri teksi iaitu daripada pengguna, penguatkuasa, pengusaha dan pemandu teksi akan terlibat dalam memberi maklumbalas sebelum kadar tambang baru diputuskan yang dijangkakan pada suku tahun hadapan. 


Program itu juga dihadiri wakil persatuan-persatuan pemandu teksi, persatuan pengguna, aktivis masyarakat serta kementerian pengangkutan dan pelancongan.

Maklumbalas tersebut juga akan dibentangkan dalam laman web SPAD dan ia akan dijadikan asas kepada keputusan yang dibuat nanti.

Dengan mengambilkira pandangan semua pihak termasuk rakyat, ini menunjukkan pihak kerajaan tidak mengambil keputusan menaikkan tambang teksi dengan membelakangkan pandangan rakyat di semua pihak.

Di pihak pembangkang, jangan pula semudah itu menuduh kerajaan Barisan Nasional mengenepikan suara dan kepentingan rakyat kerana dengan jelas usaha yang diambil SPAD untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak adalah jalan terbaik. Maka, apabila kerajaan mengumumkan kenaikan tambang teksi nanti, ia adalah satu tindakan bersama dan bukan tindakan yang bakal mendapat tuduhan negatif dari pihak puak-puak kiri.

Kepada rakyat, kenaikan tambang ini adalah setelah kerajaan mengambil kira maklumbalas dari semua pihak termasuk suara kita semua dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi. Penetapan kadar baru ini adalah bersesuaian kerana kali terakhir ia disemak semula pada tahun 2009.

Yang pasti, SPAD akan sebaik mungkin memberi cadangan kenaikan tambang teksi yang tidak akan membebankan rakyat.


No comments:

Post a Comment