Monday, October 21, 2013

AZALINA DIPILIH BUKAN KERANA ISU MAK NENEK!!!



Pada 19 Oktober, 2 kemenangan dalam satu hari...

YB Dato Azalina Othman Said telah memenangi pertandingan Ketua Bahagian Pengerang untuk kali ke2 dan pada hari yang sama beliau telah berjaya menduduki Majlis Tertinggi UMNO.

Yang lebih menarik ialah, Dato Aza adalah satu-satunya wanita sebagai Ketua Bahagian setelah kejayaannya memenangi PRU13 Parlimen Pengerang.

Di Pengerang, rakyat telah mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Bahagian kerana yakin dan berterima kasih ke atas kepimpinannya. Dengan segala pembangunan semenjak 2 penggal beliau adalah Ahli Parlimen, mereka juga yakin hanya Dato Aza sahaja yang mampu membawa suara mereka di Parlimen.

Pada pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pula, Dato Aza yang membawa suara Puteri dan generasi muda telah diberi kepercayaan walaupun sayap Wanita tidak serious untuk mewakilinya. Oleh kerana tiada seorang pun dari sayap wanita yang telah  dipilih perwakilan, namun kedengaran dari suara-suara makcik-makcik UMNO, hanya kepada Dato Aza tempat mereka berharap agar suara mereka didengari di Majlis Tertinggi nanti selain Ketuanya, Dato Shahrizat.

Mesej yang ingin disampaikan kepada Presiden dan Timbalan Presiden ialah majoriti akar umbi lebih pentingkan ukuran kemampuan dan keupayaan seseorang pemimpin berbanding mereka-mereka yang mementingkan soal remeh temeh dan lebih tepat isu-isu "mak nenek" seperti... DI SINI

Ini telah diperakui oleh Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Zainal Kling - Kejayaan kedua-dua bekas Ketua Puteri Umno juga memperlihatkan bahawa kepimpinan mereka mempunyai kualiti dan diakui anggota akar umbi.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata kejayaan kedua wanita itu tersenarai di dalam carta MT membuktikan bahawa mereka pemimpin yang berkualiti dan dipercayai anggota Umno.

"Anggota UMNO melihat tepat pada masanya untuk orang muda diberi ruang dan peluang di peringkat pusat, Azalina mempunyai suara yang tegas yang akan memperkuatkan kepimpinan Umno."
Kepada Dato Azalina, teruskan perjuangan dan galaslah amanah dan kepercayaan yang telah diberi sebaik mungkin.

Tahniah rakyat Pengerang dan terima kasih kepada semua yang telah bekerja keras ke atas kejayaan beliau.

Kepada Allah kita memohon jua...


No comments:

Post a Comment